Tambah Rezeki Keluarga Guna Selawat Ini, Senang Saja Nak Hafal

undefined

Banyak amalan dan usaha yang kita boleh lakukan untuk menarik rezeki. Antaranya termasuklah mengamalkan selawat tafrijiyah.

Rezeki seseorang manusia itu memang ditentukan oleh Allah. Tetapi banyak amalan dan usaha yang kita boleh lakukan untuk menarik rezeki. Antaranya termasuklah mengamalkan selawat tafrijiyah.

Tidak banyak pun ayat yang perlu dihafal, jika diamalkan setiap hari, pasti mudah saja untuk anda ingat. Ada juga yang mengatakan, kepada sesiapa yang sedang sakit, yang sedang ditimpa masalah, yang sedang ada sebarang hajat, amalkanlah selawat tafrijiyah.

Ada juga yang mungkin kata berkesankah? Dalam apa juga yang anda lakukan, usaha itu yang paling penting. 

Amalkan selawat tafrijiyah jika mahu rezeki sekeluarga melimpah ruah

selawat tafrijiyah

Antara kebaikan atau fadilat mengamalkan selawat ini termasuklah:

#1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya

Tidak rugi pun jika anda mengamalkan selawat ini. Cubalah baca jika anda ditimpa kesedihan atau ketika dalam bahaya. Tidak salah untuk kita berikhtiar dan cuba lakukan usaha yang terbaik.

#2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya

selawat tafrijiyah

Jika bangun setiap pagi anda sering risau dengan apa yang anda akan lalui hari ini atau hari seterusnya, cubalah amalkan ayat ini. InsyaAllah segala urusan hidup anada akan dipermudahkan.

#3. Dipancarkan cahaya dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya

Jika anda hilang arah untuk buat keputusan, cubalah baca selawat ini. Adakalanya kita rasa seperti susah untuk buat keputusan kerana rasa seperti hilang arah dan punca untuk buat keputusan.

Namun, cubalah selawat ini, semoga hati anda tenang dan diberikan cahaya untuk buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

#4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai

selawat tafrijiyah

Sekiranya dan perlu membuat pembentangan dalam sesuatu mesyuarat dan sebagainya, mungkina ada baiknya jika anda cuba amalkan selawat ini. Ia mungkin membantu supaya buah fikiran anda didengari dan pendapat anda diterima ramai.

Disamping usaha yang dilakukan, sudah pasti usaha daripada segi rohani juga perlu.

#5. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka

Kita sudah pasti tidak tahu bila bahaya atau bencana akan datang menimpa kita. Namun, tidak rugi jika kita mengalkan selawat ini untuk mengelak daripada bencana yang bakal menimpa. 

#6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang

Mahu disayangi semua orang dan mahu disenangi oleh orang di sekeliling, cubalah amalkan selawat ini. Sekurang-kurangnya bila orang lihat anda tenang saja hatinya.

#7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah

Apa saja impian anda, yang pasti usaha itu amat penting. Disebalik setiap usaha, Allah nampak usaha anda. 

#8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan

Berusahalah apa saja untuk rezeki keluarga. Amalkan selawat ini dan lihat saja hasilnya nanti. 

Cuba amalkan cara ini supaya rezeki keluarga dipermudah

Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. InsyaAllah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

Menurut Imam Ad-Dainuri, sesiapa membaca selawat ini 11 kali setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Jangan Cepat Naik Angin Bila Anak Mengamuk, Bacalah Selawat & Tiup Pada Ubun Kepalanya

Baca juga: Kelebihan Selawat Tafrijiyah Untuk Ibu Hamil, Elak BAHAYA, Siti Nurhaliza Pun Amalkan

Baca juga: Rahsia di sebalik nama anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan foto majlis tahnik anaknya

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!