Bapa Tak Dapat Tahan Marah, Goncang Bayi Hingga Jadi Pendarahan Otak
Seorang bayi menerima nasib malang akibat bapanya berang apabila dia tak berhenti menangis. Ketahui bahaya sindrom goncang bayi.
Seorang ibu telah berkongsi sebuah cerita yang menyayat hati, berlaku disebabkan kemarahan ibu bapa. Mangsa adalah anak yang baru lahir. Kini, dia mahu semua ibu bapa di luar sedar tentang sindrom goncang bayi dan apakah risiko yang boleh terjadi.
Sindrom goncang bayi: Bayi jadi mangsa kemarahan bapa
Angie Setlak adalah ibu kepada Xavier, seorang bayi lelaki yang kini berusia enam bulan tapi lahir sebagai bayi pramatang pada Mei 2018 lalu.
Ketika hamil, pasangannya curang hingga menyebabkan dirinya menghadapi stres dan tekanan darahnya naik mendadak. Hasilnya, Xavier lahir empat minggu awal kerana tak membesar.
Tapi, Xavier dilahirkan sihat walaupun perlu dipantau dalam unit penjagaan rapi neonatal (NICU) sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Ketika Xavier berumur tiga bulan, Angie perlu kembali bekerja. Ketika inilah, kehidupan Angie dan Xavier berubah.
“Sepanjang hari, saya dapat mesej dari bapa Xavier mengatakan Xavier susah dijaga. Saya beritahu bapanya yang kami akan cari penyelesaian lain supaya dia tak perlu jaga Xavier siang hari.
Semasa saya cuti bersalin, bapa Xavier pernah berseorangan dengannya selama dua jam dan segalanya baik saja. Bapanya bekerja pada waktu malam dan kami merancang untuk jaga Xavier bergilir-gilir. Bapanya jaga waktu siang, saya jaga waktu malam.”
Tapi, Angie selalu mesej dari bapa bayi ini bertanya “adakah dia boleh bunuh bayi itu sekarang.”
“Xavier dah tak bernafas. Balik sekarang!”
Selepas Angie mendapat mesej mengejutkan itu, dia beritahu yang dia akan pulang sekejap lagi. Tapi dia tak sangka nyawa anaknya benar-benar dalam bahaya!
Kemudian, pada pukul 2.30 petang, ibu ini mendapat mesej “Xavier dah tak bernafas. Balik sekarang!”
Bila dia menelefon rumah, dia diberitahu bayinya tercekik susu dan dalam perjalanan ke Hospital Kanak-Kanak Seattle.
Doktor kemudian memberitahu yang otak anaknya berdarah. Sebabnya?
Dipenuhi dengan rasa marah ketika menjaga Xavier, bapanya telah menggoncang bayi ini dan merosakkan otak si kecil ini.
Xavier perlu diletakkan dalam koma kerana dia mengalami sawan – salah satu simptom sindrom goncang bayi.
Xavier akhirnya dibenarkan pulang ke rumah
Selepas lebih seminggu di hospital, Xavier dibenarkan pulang ke rumah. Bapanya pula telah ditangkap pada malam kejadian dengan tuduhan penderaan kanak-kanak darjah pertama.
Tiga bulan berlalu, Xavier masih lagi perlu menjalani rawatan sebelum pulih sepenuhnya. Dia ada temujanji mingguan dengan pakar terapi dan otaknya perlu “dikejut dan dibetulkan”.
Dia juga berisiko mendapat Cerebral Palsy, tapi penyakit ini hanya boleh didiagnos lagi dua tahun.
Walaupun dilanda pelbagai cabaran, Angie masih menaruh harapan. Dia mempunyai mesej penting untuk semua ibu bapa bila berhadapan dengan bayi yang tak berhenti menangis atau meragam.
“Sehingga hari ini, Xavier masih menangis dan meragam. Ada masanya saya perlu meletakkannya ke bawah dan pergi darinya. Ini apa yang perlu anda lakukan sebagai ibu bapa. Saya harap bila seseorang membaca kisah ini akan sedar betapa pentingnya untuk tak menggoncang bayi anda. Tak kira apa, jangan sesekali goncang bayi. Kerana kemarahan telah mengubah anak saya selamanya.”
Apa itu sindrom goncang bayi?
Ketika dalam keadaan marah atau kecewa, tak mustahil untuk orang dewasa menggoncang bayi.
Walau bagaimanapun, tindakan meluru ini boleh menyebabkan otak bayi bergerak ke depan dan ke belakang di antara tengkoraknya dan menyebabkan trauma otak yang tak boleh dipulihkan!
Ia dikenali sebagai sindrom goncang bayi atau shaken baby sindrome. Simptom shaken baby syndrome dan kesannya boleh menjadi parah sehingga membawa maut.
Kajian menunjukkan, jika anda menggoncang bayi secara kasar, ia boleh menyebabkan pendarahan retina yang teruk, koma dan maut.
Dalam kes ringan, kesan yang dialami biasanya tak kelihatan. Bayi mungkin nampak tak cedera, tapi mereka boleh dapat masalah kesihatan atau pembelajaran apabila dia membesar.
Simptom sindrom goncang bayi
Menurut Mayo Clinic, simptom shaken baby syndrome ini termasuk:
- Bayi meragam teruk
- Sukar untuk kekal jaga
- Masalah pernafasan
- Tak mahu makan
- Muntah
- Pucat
- Sawan
- Lumpuh
- Koma
Tip pencegahan
Sindrom goncang bayi biasanya terjadi kerana kekecewaan ibu bapa/pengasuh ketika menjaga bayi.
Untuk melindungi anda dan bayi dari kejadian tragik yang boleh berlaku, ini beberapa tip yang boleh anda ikut:
Bersabar – Jadi ibu bapa adalah perjalanan yang stres dan anda mudah untuk berada di luar kawalan. Pastikan anda tahu bagaimana untuk tenangkan diri anda.
Kongsi bebanan — Buat giliran untuk jaga bayi dengan pasangan, ibu bapa atau penjaga bagi mengelak anda penat dan tertekan.
Jadikan tidur sebagai keutamaan — Anda sukar untuk kawal diri bila anda tak cukup tidur. Jadualkan penjagaan pada waktu malam dengan pasangan supaya anda berdua boleh dapat rehat yang secukupnya.
Sistem sokongan – Sertai kumpulan sokongan ibu bapa di atas talian atau minta bantuan rakan anda yang sudah biasa dengan pengalaman ini.
Bukan saja anda boleh belajar cara untuk menjaga anak anda, anda juga boleh mendengar kesusahan ibu bapa lain dan tahu yang anda tak keseorangan.
Menjaga bayi baru lahir memang mencabar, lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman pertama anda.
Jadi, jangan takut untuk dapatkan bantuan orang lain bagi mengelakkan anda tertekan dan ambil kisah Angie ini sebagai pengajaran.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Awas, Jangan Sesekali Goncang Bayi! Ini Boleh Menyebabkan Risiko Kerosakan Otak