Isteri Jangan Larang Kalau Suami Tidur Awal, Sperma Lebih Sihat Jika Suami Tidur Jam 10.30 Malam!
Kualiti sperma yang dihasilkan orang lelaki jauh lebih berkualiti kalau tidur lebih awal. Benarkah?
Selepas mendirikan rumah tangga, sudah tentu pasangan suami isteri merancang untuk memiliki zuriat sendiri. Namun, ada ketikanya perancangan itu tidak menjadi dan mengambil masa bertahun- tahun lamanya hingga dituduh mandul dan tak subur.
Sebenarnya masalah kesukaran mendapat anak ini bukanlah 100% berpunca daripada isteri sahaja, tetapi suami juga mempunyai masalah yang serupa dan ia berkaitan dengan jumlah sperma lelaki yang dihasilkan.
Sperma lelaki lebih berkualiti jika tidur awal
Ahli saintis menemui penawar bagi menangani isu ini di mana mereka mendapati lelaki yang tidur sebelum jam 10.30 malam memiliki kualiti sperma yang empat kali ganda lebih baik berbanding lelaki yang tidur selepas jam 11.30 malam.
Pakar kesuburan menjelaskan, lelaki yang kurang tidur mempunyai sistem imun yang terjejas sekaligus menyerang penghasilan sperma mereka. Ini kerana apabila kurangnya waktu tidur, ia membuatkan lelaki tertekan lantas menjadi punca lambat dapat anak.
Menurut laporan yang ditulis oleh The Telegraph, sepasukan pengkaji dari Universiti di Netherlands mengesahkan kajian itu dan berkata masalah ini semakin meningkat pada zaman serba moden kini kerana lelaki lebih suka berjaga malam daripada tidur.
Kajian itu dilakukan kepada 104 peserta lelaki dengan umur kira-kira 34 tahun. Kemudian corak tidur mereka dibandingkan dengan keputusan analisis sampel sperma peserta tersebut.
Keputusan menunjukkan lelaki yang tidur jam 10.30 malam dan sebelum jam 11.30 malam menghasilkan 2.75 sperma yang sihat.
Kajian tersebut dipersembahkan di European Society Of Human Reproduction and Embryology di Vienna di mana para saintis mengakui isu kemandulan pada lelaki sering dipandang remeh sejak beberapa tahun dahulu.
Profesor Hans Jacob Ingerslev mengatakan salah satu punca adalah disebabkan tekanan dan kurang tidur yang memberi kesan ke atas kesuburan lelaki.
Mereka turut menambah tidur antara tujuh hingga lapan jam sehari adalah tempoh yang sangat ideal bagi kaum lelaki kerana dapat menghasilkan sperma yang jauh lebih sihat berbanding mereka yang kurang tidur.
6 Langkah Memperbaiki Kualiti Sperma
Langkah dalam membantu memperbaiki kualiti sperma lelaki
#1. Kawal stress
Ya, stress boleh menyebabkan masalah kepada penghasilan sperma dan teknik yang dapat meredakan keadaan itu seperti biofeedback atau relaks kan otot.
#2. Ambil makanan sumber Vitamin C
Untuk menambah kualiti sperma anda boleh mengambil beberapa jenis makanan yang mengandungi Vitamin C seperti mangga, tembikai, strawberi, tomato dan brokoli.
#3. Elakkan berolahraga secara berlebihan
Melakukan olahraga secara berlebihan boleh mengurangkan kualiti sperma seperti kajian dari Amerika Syarikat di mana para pengkaji menemukan bahawa pelari yang berlatih lebih dari 90 kilometer per minggu mempunyai jumlah sperma yang lebih rendah berbanding lelaki yang berlari kurang dari 50 kilometer seminggu.
#4. Berhenti merokok
Merokok nampaknya mempunyai kaitan dengan penurunan kualiti sperma dan penelitian menemui bahawa keguguran boleh meningkat 64 peratus apabila kedua-dua pasangan merokok.
Selain rokok, elakkan juga minuman beralkohol yang boleh menurunkan kualiti sperma anda.
#5. Jangan mandi sauna terlalu lama
Mandi sauna atau mandi air hangat semestinya dapat memberikan kesegaran pada tubuh namun jika anda menghabiskan masa lebih dari 15 minit sehari ia boleh menurunkan kualiti sperma yang dihasilkan oleh lelaki.
#6. Turunkan berat badan
Apabila mempunyai berat badan yang berlebih, anda perlu menurunkan sedikit dalam beberapa kilogram kerana jaringan lemak yang membungkus testis boleh menaikkan suhu sekaligus membunuh sperma di dalamnya.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: The Reporter
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Baca juga
4 Tips Untuk Sperma Yang Lebih Sihat, Subur & Kuat, Suami Patut Tahu!