Kajian: Wanita DUA KALI GANDA Lebih Stress Dengan Suami Berbanding Anak

Satu kajian mendapati yang para suami adalah antara sebab terjadinya stress di kalangan ibu bekerja dan juga di kalangan suri rumah tangga. Apakah langkah penyelesaiannya?

Ibu berasa stress ketika di rumah? Itu bukanlah perkara baru, terutamanya apabila kita berbincang tentang stress ibu bekerja. Selalunya, kita pasti akan terfikir tekanan ini mungkin disebabkan oleh hal penjagaan anak di rumah.

Tapi, anda pasti terkejut apabila mendapati ia lebih banyak disebabkan oleh si suami!

Ada satu kajian yang menyatakan para suami cenderung membuatkan isteri mereka tertekan, dengan kadar sehingga 2 kali ganda berbanding anak-anak.

Stress ibu bekerja dan suri rumah – suami mungkin bertanggungjawab! 

Kajian: Wanita DUA KALI GANDA Lebih Stress Dengan Suami Berbanding Anak

 

Ada banyak cara bagaimana seorang suami boleh menyumbangkan kepada kadar stress ibu di rumah. Adakalanya, ia disebabkan ketidakcekapan suami dalam hal keibubapaan.

Malah, ia mungkin juga disebabkan oleh harapan dan permintaan yang tidak realistik oleh si suami pada isteri mereka.

Dalam senario yang lebih berat lagi, stress ibu bekerja dan suri rumah tangga adalah disumbangkan oleh kekurangan sokongan emosi, kecurangan, dan pengabaian oleh si suami akibat sibuk bekerja dan sebagainya.

Dalam kajian yang dinyatakan ini, stress yang dialami oleh para ibu di rumah adalah disebabkan si suami tidak membantu secara aktif dalam membesar dan mendidik anak-anak – mereka bersikap lepas tangan!

Dalam zaman moden di mana kaum wanita mula bekerja dan membantu mencari pendapatan untuk seisi keluarga, kita mengharapkan yang si ayah akan membantu dalam hal menjaga anak-anak. Kan?

Tapi, itu bukanlah apa yang terjadi. Disebabkan itulah, stress yang dirasai oleh si ibu menjadi lebih berat kerana mereka memainkan dua peranan sekaligus iaitu mencari rezeki dan menjaga anak-anak.

Stress ibu bekerja adalah disebabkan si suami yang tidak cukup membantu dalam hal keibubapaan

stress ibu muda rumah tangga Kredit: Nerdwallet.com

Dalam hal urusan anak, kedua-dua ibu ayah perlulah memainkan peranan yang lebih aktif dan saling bekerjasama.

Apabila si ibu sudah sibuk bekerja di pejabat dan pulang ke rumah, mereka juga memerlukan si ayah turut membantu dalam menguruskan hal anak-anak di rumah.

Jika si ayah lepas tangan dan sekadar berehat di rumah selepas pulang dari pejabat, maka si ibu terpaksa berhempas-pulas menyediakan makanan, mengemas rumah, dan memastikan anak elok mandi dan bersiap kemas.

Daripada semua wanita yang menyertai kajian di atas, hampir 45% daripada mereka merasakan yang ibu berasa tertekan apabila suami tidak membantu dalam urusan rumah tangga.

Kajian tersebut turut memberi cadangan penyelesaian: kedua ibu ayah perlu berkomunikasi dan berbincang dengan baik tentang pembahagian urusan anak-anak.

Perkongsian pendapat para ibu di luar sana

Kajian: Wanita DUA KALI GANDA Lebih Stress Dengan Suami Berbanding Anak

Kami ada membincangkan hal stress ibu bekerja dan mereka yang menjaga anak di rumah dengan beberapa orang ibu. Mereka turut bersetuju yang tekanan yang dialami turut disumbangkan oleh suami mereka.

Wahai suami, bersikap matang dan bertanggungjawablah tentang hal rumah tangga!

Ibu yang seorang ini berkongsi pendapatnya. Dia merasakan golongan ayah perlu segera matang dan bersikap lebih bertanggungjawab terhadap keluarganya.

•••

"Jika saya melihat anak lelaki saya yang berumur 8 tahun bersikap acuh tidak acuh dan menganggap kehidupan ini sebagai satu hiburan saja, saya pasti dapat memahaminya.

Tapi, apa yang saya lihat ialah seorang lelaki dewasa yang bersikap seperti budak-budak!

Dia tidak matang dari segi pemikiran dan emosi untuk memahami kesan daripada tindakan childish itu.

Kajian: Wanita DUA KALI GANDA Lebih Stress Dengan Suami Berbanding Anak

Apabila saya bercakap tentang hal anak-anak, ilmu keibubapaan, dan urusan rumah, dia pasti hanya akan tertawa dan membuat lawak bodoh tentangnya – ia mengecewakan!

Pada saya, sikapnya itu menunjukkan yang dia dengar, tapi dia tidak mahu berbuat apa-apa. Dia memandang remeh kerisauan saya dan itu cukup merungsingkan.

Sebagai seorang ketua keluarga, saya berasa lelaki perlu membantu untuk mengurangkan tekanan si ibu. Mereka mesti membantu dalam mencari langkah penyelesaian yang praktikal untuk setiap masalah rumah tangga.

***

Begitulah satu perkongsian si ibu yang merasakan si suami tidak cukup serius dalam menjaga keharmonian perkahwinan dan hal menguruskan anak-anak.

Kurangkan stress ibu bekerja dengan saling bantu-membantu

Ibu, adakah anda berasa yang sama? Mari ambil langkah proaktif hari ini dan mula berbincang dengan suami.

Kurangkanlah tekanan dalam hidup anda dan pastikan pasangan anda turut membantu tugasan rumah.

Ia supaya anda kekal gembira dan tenang, bebas dari segala tekanan! Betul tak?

Apa pendapat anda?

Sumber: The Asian Parent Singapore

Kredit gambar: Ladies

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 7 Sebab Mengapa Isteri Anda Sering Tertekan Dan Tip Untuk Suami

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!