Rahsia Hubungan Suami Isteri Bahagia,No. 5 Paling Malu Isteri Nak Buat Kan?
Bagaimana mahu perkahwinan kekal hingga akhir hayat? Kuncinya, suami isteri bahagia! Jadi berusaha untuk membuat masing-masing bahagia!
Memang bukan mudah untuk kekalkan hubungan suami isteri bahagia berpanjangan. Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan kebahagiaan itu sentiasa kekal harmoni.
Tidak kiralah baru berkahwin atau sebaliknya, usaha untuk mengekalkan kebahagian harus dibuat oleh kedua-dua belah pihak. Bak kata pujangga, it takes two to tango!
Jadi, kali ini kami kongsikan petua mengekalkan suami isteri yang bahagia demi memupuk rumah tangga yang harmoni. Usah biarkan rumah tangga anda terus hambar ya!
Baca juga: Wajib Tahu! Rahsia Membuatkan Perkahwinan Bahagia Dan Berkekalan
Suami isteri bahagia berpanjangan, keluarga sempurna
Hakikatnya, untuk mengekalkan rasa bahagia pada suami dan isteri tidaklah sesusah mana, yang penting adalah usaha daripada kedua-dua pihak.
Jangan hanya mengharapkan satu pihak sahaja yang mengorak langkah tetapi satu pihak lagi tunggu hasil saja. Kerjasama kedua-duanya amat penting!
#1. Bersalaman, ciuman, pelukan
Secara fizikalnya, ciuman, dakapan atau hanya sekadar berpegangan tangan boleh mengeratkan hubungan hubungan. Dari segi emosi, memberi pujian pada waktu tertentu akan membuat seseorang itu berasa diperlukan dan dihargai.
Pujian yang tepat pada waktunya adalah satu daripada dorongan kepada seseorang untuk memberikan yang terbaik. Misalnya, lebih menyayangi dan menghormati.
Jadi, sebagai suami isteri, melakukan semua perkara di atas adalah antara cara sederhana yang boleh diamalkan dalam kehidupan berumahtangga supaya cinta tetap segar dan bahagia hingga ke hujung usia.
Ciuman yang diberi suami mahupun isteri ketika hendak keluar atau pulang ke rumah kesannya boleh melegakan hati. Pelakukan ini memberi tanda kerelaan, penerimaan, doa dan isyarat kesetiaan.
#2. Bantu pasangan
Membantu pasangan melakukan rutin dan tanggungjawab hariannya boleh mengeratkan hubungan suami isteri. Ini sekali gus membuat anda lebih memahami tugas pasangan, selain mampu mewujudkan perasaan empati yang lebih baik.
Jika pasangan sedang memasak, anda tawarlah diri untuk buat perkara lain seperti mop rumah atau vacuum rumah atau lipat kain yang belum berlipat.
Lakukan apa saja yang boleh meringankan beban isteri atau suami. Tidak perlu tunggu untuk dia minta anda lakukan,
#3. Beri kejutan istimewa
Misalnya menghadiahi isteri sejambak bunga atau dompet idaman kepada suami. Cara ini mempunyai pengaruh cukup besar untuk menyemai rasa cinta dan sayang.
Apatah lagi jika diberi pada waktu tepat dan hadiah yang sesuai. Saiz atau harga bukan ukuran. Paling utama dapat menzahirkan kasih juga cinta anda sebagai pasangan suami isteri. Boleh juga bawa pasangan bercuti ke tempat yang ingin dia pergi.
Ada isteri yang bukan hadiah mahal-mahal dimahukan tetapi cukuplah sekadar ia memenuhi keperluannya. Kreatiflah dalam mengenal pasangan masing-masing.
#4. Jaga penampilan diri
Kata orang tua-tua, dari mata turun ke hati. Jaga penampilan diri ketika bersama pasangan. Sesekali, tampil bergaya istimewa dan ajak pasangan keluar berdua.
Bawa pasangan menonton wayang, persembahan teater atau konsert atau makan malam di restoran yang pertama kali dikunjungi bersama di awal perkenalan dahulu.
Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk anda tidak boleh keluar berdua-duaan. Jika terlalu sibuk, ambillah cuti dan cuba luangkan masa bersama.
#5. Tak perlu malu kentut depan pasangan
Kebanyakan lelaki sinonim untuk kentut depan pasangan tetapi berbeza pula dengan isteri. Pada isteri mereka sangat malu untuk melakukannya.
Menurut laman web save marriage forever, ia menyarankan supaya suami atau isteri tidak menyembunyikan kentut mereka. Bayangkan bila kentut masing-masing akan bergelak ketawa selepas itu.
#6. Hargai kepercayaan dan kesetiaan pasangan
Pengkhianatan daripada orang yang dicintai sangat menyakitkan. Jika ada masalah dalam hubungan, berterus-terang dan saling berbincang untuk mencapai penyelesaian.
Jangan terus memendam rasa atau menyimpan rasa tidak puas hati dan prasangka dalam diri. Luahkan kepada pasangan apa yang anda rasa kerana dengan terus berdiam orang tidak akan faham apa yang kita rasakan.
#7. Doa adalah senjata untuk semua usaha kita
Setiap hari jangan malas, berdoalah supaya hubungan anda dan pasangan dilindungi daripada sebarang masalah yang boleh menggugat perasaan cinta dalam hati masing-masing.
Kita telah pun berusaha, tetapi tetap Tuhan jugalah sebaik-sebaik Pelindung serta Penyelamat rumah tangga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: gaya360, pesonapengantin
Baca juga: Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!