TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!

3 min bacaan
Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!

Pakar telah membuktikan kunci kebahagian sesebuah perkahwinan terletak pada tangan suami yang bijak mengendali emosi. Bagaimana seorang suami boleh membahagiakan perkahwinan dengan bijak mengendali emosi?

Sains Membuktikan Apakah Kunci Kebahagian Sebuah Perkahwinan

Baru-baru ini, Dr. John Gottman – seorang doktor dan pakar terapi telah menjalankan sebuah kajian bagi membuktikan apakah kunci kebahagian sesebuah perkahwinan. 

Dan jawapan bagi kajian jangka panjang itu sungguh menerujakan! Kuncinya ada pada tangan seorang suami.

Melalui kajian ini, Dr. Gottman mendapati hampir 130 orang pasangan akan lebih bahagia jika mereka mengahwini suami yang bijak mengendali emosi.

Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!

Jadi, suami yang bijak mengendali emosi itu bagaimana?

Ringkasnya, suami yang bijak mengendali emosi adalah suami yang membenarkan dirinya “dipengaruhi” oleh isteri.

Maksudnya di sini, seorang suami sanggup memberikan kuasa yang dia ada untuk mengutamakan hubungan. 

Jadi, apabila seorang isteri dan suami bergaduh,  suami yang bijak mengendali emosi akan menurunkan ego, kedegilan dan keinginan untuk “melawan” yang ada dalam dirinya.

Lalu, dia akan mendengar apa yang sebenarnya ingin dicakap oleh isterinya.

Tapi, ia bukan bermaksud seorang suami akan cepat tunduk dan mudah “ikut telunjuk isteri“. Tidak!

Kajian yang diterbitkan Peace Quaters ini membincangkan bagaimana suami yang bijak mengendali emosi akan menghasilkan perkahwinan yang lebih bahagia.

Umum tahu bagaimana kepenatan seorang isteri boleh mendorong mereka untuk “membebel” bagi melepaskan kepenatan.

Akan tetapi, dengan kehadiran seorang suami yang bijak – situasi seperti ini mudah untuk diatasi.

Perbezaan Antara Lelaki dan Perempuan Dalam Hubungan

Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!

Menurut buku yang ditulis Dr. Gottman, The Seven Principles for Making Marriage Work, wanita lebih cenderung untuk mengutamakan perasaan dalam sesebuah permainan atau hubungan.

Manakala, seorang lelaki pula akan lebih tertumpu untuk menentukan siapa yang menang.

Sebab itu, jika perasaan wanita terluka, dia akan menghentikan permainan/hubungan dan memberi fokus pada “kesakitan” yang dia rasai.

Tapi, lelaki sebaliknya! Oleh sebab didorong rasa “ingin menang“, mereka tak akan mengendahkan perasaan yang dirasai. Jika dia terluka, dia akan mengabaikan perasaan itu. 

Sebab itu wanita dan lelaki sama-sama memainkan peranan penting dalam sebuah hubungan.

Hubungan bukan satu permainan. Apa yang penting bukanlah siapa yang menang, tapi kemenangan bersama-sama.

Anda pasti pernah berselisih faham dengan pasangan, bukan? Dan anda ingatkan suami akan memahami “kesedihan” atau “kekecewaan” anda, tapi dia pun turut marah-marah!

Macam mana nak selesai perselisihan faham ini. Betul tak?

Kajian membuktikan 65% daripada lelaki memang akan menyebabkan sesebuah pergaduhan menjadi lebih teruk kerana mereka menambah negativiti yang tak menyelesaikan masalah.

Ini pentingnya seorang lelaki yang bijak mengendali emosi!

Suami Yang Bijak Mengendali Emosi Kunci Perkahwinan Bahagia

Seorang suami yang bijak mengendali emosi akan mengutamakan emosi isterinya, berbanding asyik ingin menang kerana mereka “ada kuasa”.

Suami yang bijak mengendali emosi tak payah menukar cara dia mengekspresi emosi sendiri, tapi mereka harus lebih bijak “membina” connection dengan isteri.

Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!

Suami yang bijak akan memilih perkataan “kita” berbanding “saya“; dia akan mencari apakah sebab sebenar isterinya marah, daripada ingin melawan semua kata-kata isterinya semata-mata.

Suami yang bijak mengendali emosi akan jadi seorang ayah yang lebih bagus kerana mereka terbuka untuk bercakap tentang emosi dengan anak-anak.

Suami yang bijak mengendali emosi akan membina satu connection kukuh dengan isterinya, hingga isterinya akan pergi dulu padanya walaupun jika isteri itu marah atau gembira.

Maka, perkahwinan yang bahagia terletak pada tangan suami yang bijak mengendali emosinya, malah emosi si isteri. 

Stories Rakan Kongsi
Is Your Child Having Trouble Digesting? Here are 10 Foods to Improve Their Gut Health
Is Your Child Having Trouble Digesting? Here are 10 Foods to Improve Their Gut Health
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
5 Reasons Why You Should Bring Your Kids on Holiday
5 Reasons Why You Should Bring Your Kids on Holiday
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

Cepat beritahu suami anda tentang bukti kajian ini! Barulah mereka faham nanti.

Sumber rujukan: Peace Quaters, The Gottman Institute dan Los Angeles Times

Baca Juga: 7 Sebab Mengapa Isteri Anda Tidak Boleh “Bertenang”

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham