Bagaimana Stress Mempengaruhi Kehidupan Seks Anda: Tips Mengurus Stres dan Meningkatkan Intimasi

Mengurus stres dengan betul dapat menjadikan suami isteri seks lebih bahagia dan mencapai kepuasan ketika bersama dengan lebih baik.

Hubungan suami isteri seks seharusnya membawa rasa kepuasan dan keintiman dengan pasangan tetapi ketika stres menguasai, ia boleh mengganggu emosi dan mempengaruhi prestasi bersama sehingga membuatkan hubungan jadi hambar.

Apa Itu Stres?

Stres adalah perkara biasa dalam kehidupan apabila tubuh badan memberikan reaksi terhadap tekanan, cabaran atau situasi yang sukar.

Namun, apabila ia berpanjangan boleh membawa pelbagai masalah kesihatan terutama kesihatan seksual. Ketika kita stres, hormon dalam badan menjadi tidak seimbang yang boleh mengurangkan keinginan seksual dan menyebabkan disfungsi.

Kajian menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap stres, semakin rendah pula kepuasan seksual yang dirasai.

Bagaimana Stress Mempengaruhi Kehidupan Suami Isteri Seks

Stres boleh mempengaruhi kesihatan seksual anda dalam beberapa cara. Antaranya:

1. Masalah Ereksi (ED)

Stres adalah salah satu punca utama masalah ereksi pada lelaki. Bila stres, hormon kortisol dalam badan meningkatdan ini boleh mengganggu keupayaan tubuh untuk bertindak balas terhadap rangsangan seksual.

Tambahan pula, kebimbangan mengenai masalah ini boleh menambahkan lagi stres, menjadikan masalah semakin buruk.

2. Kurang Keinginan Seksual

 Sama ada stres di tempat kerja atau masalah peribadi, stres boleh mengurangkan keinginan untuk bersama pasangan.

Bila kita terlalu penat secara mental dan emosi, kita jadi kurang berminat untuk melakukan hubungan seksual dan ini boleh menyebabkan ketegangan dalam hubungan.

3. Ejakulasi Pra-matang

 Ketakutan atau kegelisahan mengenai prestasi seksual boleh menyebabkan ejakulasi berlaku lebih cepat daripada yang diinginkan dan kemungkinan pasangan tidak puas di ranjang.

4. Ketidaksuburan

Stres juga boleh memberi kesan kepada ketidaksuburan. Bagi wanita, stres boleh mengganggu kitaran haid, manakala bagi lelaki, ia boleh menjejaskan penghasilan sperma.

Bila seseorang menghadapi masalah kesuburan, ini boleh menyebabkan lebih banyak stress berlaku.

5. Vaginismus dan Dyspareunia

Bagi wanita, stres boleh menyebabkan vaginismus, di mana otot vagina mengecut tanpa kawalan, menjadikan hubungan seksual menyakitkan atau sukar.

Stres juga boleh menyebabkan dyspareunia iaitu kesakitan semasa hubungan intim.

Cara Mudah Mengurus Stres dan Meningkatkan Kesihatan Seksual

1. Belajar Relaks dan Tenang

 Meditasi dan yoga adalah cara terbaik untuk menenangkan minda dan tubuh. Mereka yang mengamalkan rutin ini sering merasakan peningkatan dalam keinginan seksual dan kesihatan secara keseluruhan.

Selain itu, senaman pernafasan dalam boleh mengurangkan kegelisahan yang membuatkan tubuh lebih rileks dan meningkatkan keintiman suami isteri seks.

Jangan lupa lakukan regangan otot dari kepala hingga kaki untuk melepaskan ketegangan dalam badan.

2. Komunikasi dengan Pasangan

 Jangan malu untuk berbincang secara terbuka tentang bagaimana stres memberi kesan kepada kehidupan seksual anda

 Ini bukan sahaja membantu pasangan lebih memahami situasi anda, tetapi juga memudahkan mencari penyelesaian bersama.

Jika perlu, jangan ragu mendapatkan bantuan daripada ahli terapi profesional yang boleh membantu mengurus stres dan masalah seksual.

3. Bersenam

 Aktiviti seperti berjoging, berenang, atau berbasikal boleh menjadi cara yang baik untuk mengurangkan stres dengan melepaskan endorfin, hormon yang meningkatkan mood dan keinginan seksual.

Latihan kekuatan juga penting untuk meningkatkan keyakinan diri serta kesihatan fizikal dan seksual.

4. Gaya Hidup Sihat

 Mengamalkan diet seimbang bukan sahaja memastikan tubuh anda sihat, tetapi juga memberi anda tenaga yang diperlukan.

Tidur yang cukup juga memainkan peranan penting dalam membantu tubuh pulih daripada tekanan harian.

Manakala elak pengambilan alkohol dan dadah berlebihan dapat mencegah masalah kesihatan seksual daripada menjadi lebih serius.

5. Cari Aktiviti Yang Anda Suka

Luangkan masa untuk melakukan hobi atau aktiviti yang anda suka. Ini boleh membantu mengurangkan stres, meningkatkan kebahagiaan dan secara tidak langsung, memperbaiki kehidupan seksual anda.

Stres boleh memberi kesan besar kepada kesihatan seksual anda, tetapi dengan pengurusan stres yang baik dan komunikasi terbuka dengan pasangan, anda boleh mengatasinya.

Jangan biarkan stres mengganggu hubungan intim anda dan pasangan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bagaimana Mempunyai Kehidupan Seks Yang Sihat Dalam Perkahwinan, Suami Isteri Perlu Tahu

Baca juga: Berapa Kerap Hubungan Intim Suami Isteri Yang Normal? Ini Jawapan Doktor

Baca juga: Morning Sex Sebaik Sahaja Bangun Tidur, Rupanya Pasangan Lebih Ghairah & Tahan Lama!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!