Surat Ikhlas Seorang Suami Yang Amat Merindui Isterinya Lepas Mereka Jadi Ibu Bapa

Suami ini menulis sepucuk surat indah untuk isteri yang paling dia rindu. Betapa dia menyayangi isterinya. Kan bagus kalau semua suami sayang isteri begini.

Mereka kata, bila anda sudah menjadi seorang ibu bapa, semuanya akan berubah. Mana tidaknya, akan ada satu bayi comel kecil yang memerlukan kasih sayang dari ibu bapanya. Anda pula akan bertanggungjawab terhadap bayi ini. Tapi, si suami kepada isteri ini tahu semua tanggungjawab itu. Lantas dia menulis sepucuk surat untuk isteri bagi meluahkan perasaannya.

Surat Untuk Isteri – Luahan Hati Si Suami

Surat Ikhlas Seorang Suami Yang Amat Merindui Isterinya Lepas Mereka Jadi Ibu Bapa

Kredit: Redaksi

Si suami merasakan sesuatu yang hilang setelah hadirnya cahaya mata mereka. Walaupun dia amat bersyukur dan gembira dengan kehadiran orang baru di rumah, namun dia rasa seperti hubungan mereka tidak lagi sama. Dan suami ini telah menulis sepucuk surat ikhlas untuk isterinya. 

Ikuti surat yang meruntun hati ini.

****

Banyak benda sudah berubah, sayang. 

Dulu kita berdua, sekarang kita sudah bertiga. Tiba-tiba, saya bukan lagi insan yang paling penting dalam hidupmu. 

Dulu kita lalui semua cabaran hidup ini sama-sama. Kini, matlamat kita hanya satu: ingin anak mendapatkan semuanya. 

Cukup ke makanan dia? Sudah ke dia berak?

Saya merinduimu sayang. Bukan kamu tidak cukup memberi belaian dan kasih sayang pada saya. 

Baca juga: Oh Isteri, Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Nak Suami Sentiasa Rindu

Semuanya cukup. Tapi saya merindui benda-benda kecil tentang kamu, isteriku.

surat untuk isteri

Kredit: Unsplash

Saya rindu apabila kamu akan bertanya tentang bagaimana hari saya. Walaupun kamu sibuk sangat, kamu tetap akan mendengar cerita-cerita saya.

Dulu saya rasa semua perhatian kamu adalah pada saya. Tapi kini, saya rasa seperti saya adalah sebuah gangguan.

Adakah saya buat kamu tidak boleh fokus, sayang?

Maafkan saya kalau saya tidak sedar tentang bagaimana ragam anak kita satu hari ini bakal buat kamu jadi gila. 

Maafkan saya kalau saya tidak sedar bagaimana kamu berkorban demi saya. Saya tahu kamu selalu beri saya peluang untuk tidur lebih.

Kamu yang akan menyalin lampin dan menjaga anak apabila dia terjaga di tengah malam.

Saya faham, kamu mencuba sehabis baik walaupun kamu amat keletihan. Terima kasih padamu.

Saya merindui kamu, isteriku.

surat untuk isteri

Kredit: Unsplash

Tapi saya amat merinduimu, sayang.

Saya rindu gelak tawamu. Ingat tak kita selalu gelakkan orang dalam bahasa yang kita saja faham, dulu?

Sekarang kita gelakkan anak kita pula. Semua benda yang dia buat sungguh bermakna. 

Saya rindu ingin jadi insan terpenting dalam hidupmu. Tapi saya masih ingat janji kita.

Saya ingat kita telah berjanji, walau apa pun yang berlaku, kita akan meletakkan anak kita sebagai benda terpenting.

Maafkan saya, sayang. Sebab itu lepas kamu bersalin, saya memilih untuk melihat bayi kita dulu dari menjaga kamu di sisi. 

Anak ini adalah permata dalam hidup kita sayang. Dan saya faham komitmen yang perlu digalas oleh kita berdua.

Ya, saya akui mungkin saya amat merindui waktu kita berdua dulu. Tapi saya juga amat mencintai kamu, ibu kepada anak saya kini.

surat untuk isteri

Kredit: Freepik

Kamu mungkin tidak lagi mendengar lawak bodoh saya, tapi kamu yang gigih berjaga setiap malam.

Kamu mungkin lupa untuk tanya bagaimana hari saya, tapi apabila kamu menyanyi untuk menenangkan anak kita, saya benar-benar jatuh cinta.

Ya, saya amat merinduimu sayang. Tapi itu tidak bermakna saya tak menghargai pengalaman sebagai ibu bapa ini.

Saya jatuh cinta dengan kamu, ibu kepada anak saya ini setiap hari! Terima kasih kerana menjadi yang terbaik untuk keluarga kita.

Terima kasih kerana menjadi wanita yang terhebat dalam hidup saya. 

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya, dan menghadiahkan permata kecil yang sungguh berhargai buat saya dan kamu ini.

Terima kasih untuk semuanya, sayang.

Salam rindu, 

Suamimu.

Sumber: Romper

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 5 Tanggungjawab Suami Dalam Islam – Ehem, Suami Jangan Ambil Lewa Pula!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!