Oh Isteri, Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Nak Suami Sentiasa Rindu

Oh Isteri, Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Nak Suami Sentiasa Rindu

Layanan kepada suami daripada isteri yang solehah adalah tiket anda ke syurga. Tidakkah itu sebab yang paling kukuh untuk anda menarik perhatian suami?

Indahnya hidup berumah tangga ini jika adanya persefahaman yang baik dan juga tolak ansur. Selalu kita isteri merungut suami tidak pandai ambil hati dan sebagainya. Tapi pernahkah isteri terfikir cara menarik perhatian suami?

Jika anda tahu cara-caranya percayalah, bukan saja si suami bertambah sayang malah mulai rindu apabila si isteri tidak bersamanya. 

Tidak rugi untuk isteri-isteri mencuba, kerana layanan kepada suami daripada isteri yang solehah adalah tiket anda ke syurga. Tidakkah itu sebab yang paling kukuh untuk anda menarik perhatian suami?

Jadi isteri-isteri ambil sedikit masa dan baca cara-cara ini. Ingat, usaha itu yang penting. Dan jika timbul sedetik rasa seperti "kenapa aku kena buat begini, suami tak pernah buat pun," ingatlah anda buat ini kerana Allah swt, dan juga sebagai tiket anda ke taman firdausi. 

Cara menarik perhatian suami

cara menarik perhatian suami

#1. Sambut suami pulang kerja

Waktu suami paling penat adalah ketika pulang dari pejabat. Jadi, alangkah indahnya apabila pulang ke rumah isteri sudah siap sedia menunggu berhias dan menghidangkan minuman petang yang enak.

Tapi jika isteri-isteri juga bekerja, tidak mengapa, cuma selalulah mesej suami waktu pulang kerja dan bertanya pukul berapa suami pulang. Dan jika anda yang pulang ke rumah dulu, ambil sedikit masa dan masaklah makanan kegemaran suami anda.

Ada diantara isteri-isteri mungkin berasa penat jadi anda bolehlah memesan makanan sebelum suami pulang. Bukankah seronok apabila suami balik dengan penat dan perut yang lapar, kemudian makanan sudah sedia terhidang, isteri pun ada untuk melayan. 

#2. Jaga Penampilan 

Tidak kiralah sama ada anda suri rumah sepenuh masa atau isteri yang bekerja, tapi penampilan diri ini cukup penting. Lelaki mana yang tidak suka melihat perempuan cantik, apatah lagi isteri mereka. 

Duduk di rumah pun paling kurang calitlah sedikit pelembap bibir yang bewarna atau oles sedikit bedak asas yang tipis pada wajah. 

Untuk yang bekerja jangan ke pejabat saja berias sempurna, apabila pulang saja ke rumah habis berubah penampilan, nak bezakan anda dengan bibik tak banyak bezanya. 

Mengikut Islam berias sebenarnya bukanlah untuk tontonan orang luar,  untuk suami sebenarnya yang wajib malah dapat pahala pula.

Jadi berbaloi untuk anda bersiap sedikit, rambut janganlah selalu diikat bunjut, kadang-kadang lepaskanlah ia biar panjang mengurai seksi. Kalau yang berambut kusut rajin-rajinlah ditiup pengering rambut dulu ya. 

#3. Ambil berat penampilan suami

Ini berkenaan penampilan suami pula, lelaki biasalah memang suka tengok benda yang cantik, tapi bab nak grooming diri tu mereka bukanlah reti sangat. Jadi para isteri yang suka memilih stail untuk suami, percayalah suami anda cukup menghargainya. 

Malah ketika mereka tanya pendapat anda mengenai apa yang patut dipakai dan segalanya, cubalah melayan dengan penuh hemah, jangalah endah tak endah saja ya. 

cara menarik perhatian suami

#4. Tempat tidur yang kemas

Ini juga antara yang isteri kena peka. Suami sukakan tempat tidurnya sentiasa kemas, tanpa baju bergelimpangan diatas katil, juga cadar yang segar baru disalin. Tapi mereka bukan ada usaha untuk menyalin cadar, sebab mereka ni tidak reti untuk memilih apa yang sesuai dipakai. Nanti dipasangnya cadar bewarna biru corak-corak si isteri pula merungut tak serasi dengan mood. 

Kamar tidur juga perlu dipastikan tiada barang mainan anak-anak, atau kalau boleh janganlah anak-anak selalu masuk ke kamar tidur anda. Suami sebenarnya berasakan kamar tidur itu satu tempat privasi yang dimilikinya setelah berkeluarga. 

#5. Pendengar setia

Menjadi teman setia adalah penting, tapi menjadi pendengar setia juga sama pentingnya. Suami suka apabila isteri mendengar rungutannya mengenai kerja, rakan-rakan atau keluarga. Anda patut berasa bertuah kerana suami sebenarnya merasakan isterilah orang yang paling mereka percayai jika dia meluahkan segalanya kepada anda. 

cara menarik perhatian suami

#6. Terima kasih

Suami bekerja keras demi untuk menyara keluarganya. Jadi sentiasalah ucapkan terima kasih walaupun apa yang suami buat memang tanggungjawab mereka. 

Dan jika ada sesuatu yang mereka lakukan walaupun bukan sesuatu yang besar, sentiasa rasa bersyukur. Contohnya bila dia menggoreng telur dadar, tapi hangus sedikit.

Janganlah terus mengutuk mereka "awak ni goreng telur pun boleh hangit," jangan begitu ya isteri-isteri. Nanti dia memang tidak akan menggoreng telur seumur hidup mereka. 

Sebaliknya katalah "comelnya abang ni goreng telur pun hangit, tapi takpelah asalkan sedap," katakan dengan unsur bergurau mesti dia pun tertawa. 

#7. Manja tapi tidak keterlaluan

Suami paling suka bila isterinya bermanja. Bermanja ni contohnya seperti baring memeluk suami, ucapkan kata-kata romantis, cium suami di pipi atau bergurau dengannya. Ada beza ya manja dengan mengada-ngada. Mengada-ngada itu lebih kepada mahu itu ini, dan merengek. Tak perlulah dijelaskan bagaimana anda pun tahu kan? 

Jadi para isteri, cubalah sebaik mungkin melakukan cara-cara ini, untung-untung suami bawa anda pergi bercuti habis PKP nanti. Ini bukan saja mampu mengeratkan hubungan suami isteri tapi juga dapat menyuntik rasa rindu bila anda tiada di sisinya. Seronok kan?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber:  Bidadari

Baca juga: 

my.theasianparent.com/cara-bahagiakan-suami

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner