Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

undefined

Ramai anggap feminis adalah wanita hebat yang cukup kuat, berkeyakinan dan bekerjaya. Tapi, saya suri rumah saja. Adakah saya cukup kuat untuk anak saya?

Memupuk Semangat “Kuat” Dalam Keluarga

Anak perempuan saya baru berusia 8 bulan apabila dia mula belajar berjalan.

Dia akan berdiri dengan kekok dan cuba untuk ambil beberapa langkah sebelum jatuh terduduk atas punggung yang berbalut cloth diaper yang comel. 

Pasti semua ibu bapa masih ingat lagi apa perasaannya bila anak baru mula berjalan

Kita ni tak habis-habis rasa takut melihat mereka berjalan dengan tidak stabil. Takut mereka luka terjatuh nanti!

Tapi pada masa yang sama, kita bangga melihat pencapaian mereka.

Sambil melipat kain, saya nampak anak saya berdiri dan kemudian terjatuh ke depan. Tersentak hati saya! Ya Tuhan, anak ibu! 

Tapi saya kuat. Saya puji dia sikit “Wahhh… kuatnya sayang ibu!” walaupun hati saya berdebar-debar. 

Saya ulang kata-kata itu sehingga dia faham saya mahu dia bangun tanpa bantuan.

Sekarang anak saya sudah berusia 7 tahun dan perkataan “kuat” seringkali digunakan di rumah kami.

Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

Gadis-gadis yang kuat tidak akan marah kalau mummy kata “tak boleh”. Gadis-gadis kuat tidak akan menangis apabila pergi ke sekolah atau dibuli oleh kawan-kawan lelakinya.

Baca juga:

Saya Rasa Semakin Lemah Dan Terdedah Selepas Menjadi Seorang Ibu

Saya Suri Rumah Saja. Adakah Saya Seorang Feminis?

Macam mana rupa seorang feminis

Sudah tentu beliau seorang wanita yang mementingkan kerjaya, bijak, boleh bertutur dengan baik, berpengaruh dan jenis yang tidak ikut tradisi. 

Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

Tapi kalau itulah rupa seorang feminis, maka sudah sah saya gagal! Saya hanya seorang suri rumah.

Saya telah memilih “kerjaya” yang paling tradisional. Sayalah yang memastikan hidangan sudah tersedia, semua pakaian telah dilipat, di samping membawa dan mengambil anak di sekolah.

Semakin banyak saya baca tentang apa yang dicapai oleh wanita-wanita yang hebat di luar sana, saya tertanya-tanya: adakah saya layak untuk jadi feminis?

Bagaimankah saya boleh tunjukkan pada anak-anak yang mereka boleh jadi apa sahaja apabila mereka sudah besar?

Fahaman Feminisme Di Kalangan Masyarakat

Memang ramai yang menyanjung kekuatan wanita dalam masyarakat kita hari ini. Ia sebenarnya topik hangat!

Di negara Filipina, ada rang undang-undang khas untuk melindungi hak wanita yang telah diperkenalkan oleh ahli politik perempuan.

Malah, berjuta-juta lagi wanita yang telah berarak di Washington, D.C. baru-baru ini untuk meraikan kekuatan wanita.

Budaya pop pun tak kurang sumbangannya. Ingat lagu Beyonce ‘Who Run The World’? Atau insiden Emma Watson yang enggan memakai korset ketika berlakon untuk Beauty and the Beast?

Pemahaman feminisme mempunyai banyak nama.

Mengikut DBP, feminisme adalah satu fahaman kewanitaan atau gerakan kewanitaan.

Bahkan Spice Girls pun mempromosikan girl power! 

Saya Yang Pilih Hidup Ini!

Feminisme mempercayai yang lelaki dan wanita harus mempunyai peluang yang sama

Sekiranya saya ingin mengajar anak perempuan saya tentang konsep ini, pendapat saya adalah tanggapan tentang wanita yang bebas dan berjaya perlu diubah!

Feminisme Memberi Peluang, Tapi Ia Tak Menentukan Pilihan

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk berpuas hati.

Saya bukan HANYA seorang suri rumah yang selalu duduk di rumah menjaga anak.

Saya MEMILIH untuk menjadi seorang suri rumah. Sama juga macam pilihan sahabat lama saya tak mahu ada anak lagi kerana dia ingin kembali bekerja.

Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

Apabila pintu peluang dibuka, kita memilih untuk melangkah masuk ataupun tidak. 

Siapa yang memilih untuk berhenti kerja? Saya. Siapa yang buat keputusan akhir? Saya juga. 

Walaupun saya mungkin berjaya mahupun gagal dengan pilihan sendiri. Sama macam wanita lain yang buat keputusan mereka sendiri.

Saya rasa inilah matlamat feminisme sebenar: tiada pilihan yang tidak sah, dan wanita tidak seharusnya rasa terpinggir.

Banyak kali anak saya cakap dia ingin jadi seorang doktor dan seorang ibu apabila sudah besar.

Walaupun dia masih kecil lagi, saya ingin menanam satu asas supaya dia tahu yang dia boleh menjadi apa saja dia nak bila besar nanti.

Dia boleh menjadi seorang doktor, seorang ibu, ataupun tidak. Semua ini akan menjadi pilihannya sendiri satu hari nanti.

Saya cukup kuat untuk membesarkan anak-anak saya, seperti feminis, walaupun saya hanya seorang suri rumah tangga!

Baca juga: 

16 Panduan Membesarkan Anak Perempuan Yang Wajib Diketahui Semua Ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!