Ibu, sebelum beri anak minum susu badan yang diderma, ketahui risiko INI dulu!

undefined

Adakah susu badan yang diderma selamat? Pensyarah kesihatan menyuruh ibu berfikir dua kali sebelum memberi susu badan yang diderma kepada anak.

Adakah susu badan yang diderma selamat untuk bayi? Seorang pensyarah perubatan dari Unviersiti terkemuka menyuruh ibu-ibu untuk berfikir semasak-masaknya sebelum menerima susu dari ibu lain.

“Susu badan adalah seperti darah atau organ. Ia boleh menyebarkan kuman dan penyakit, oleh itu ia perlu disaring sebelum didermakan”, kata Profesor Tong Poovarawan, Profesor Pepatology padeatrik di Fakulti Perubatan, Universiti Chulongkorn, Thailand.

Amarannya ini dibuat selepar seorang influencer Thai, Passavee “Numwan” Payacaboot, bercakap di Instagram tentang dia mendermakan susu badannya yang berlebihan kepada ramai ibu.kebaikkan susu ibu

Adakah susu badan yang diderma selamat?

Ramai ibu beratur untuk mendapat susu Numwan semenjak dia memuat naik tentang “iklan” susunya ini di Instagram.

“Kami telah memberi susu untuk ibu yang tak mempunyai susu badan yang cukup untuk menyuap bayi mereka,” katanya.

Numwan juga mengatakan dia telah membelanjakan hampir satu juta Bhat (RM127,000) untuk kempen dermanya ini termasuk membeli beg simpan susu dan 15 peti sejuk beku.
 

“Saya mahu menerima susu awak. Anak buah saya lahir pra matang dan beratnya hanya 1.6 kg. Susu ibunya tak cukup”, kata seorang wanita pada ruangan komen Instagramnya. Numwan mempunyai 435,000 pengikut di Instagram.

Walau bagaimanapun, Profesor Yong tak setuju dengan perkara ini.

“Sangat pelik bila kita menyokong ibu yang mengepam susunya sendiri dan berikannya kepada ibu lain.

Ini menunjukkan yang masyarakat tak celik perubatan,” katanya di laman Facebook-nya.

susu badan, susu badan yang diderma, derma susu badan, beri susu badan, susu badan berlebihan, risiko susu ibu, susu ibu,

PHOTO: INSTAGRAM / @lucamilky

Walaupun telah diberikan amaran, Numwan dan suaminya, seorang selebriti, Navin “Tar” Yavapolkul, berjanji untuk terus mendermakan susu berlebihan ini dengan hashtag, “periksa sebelum derma”.

Suaminya Navin mendedahkan, “Kami bercadang untuk mengumpulkan susu dari ibu lain dan akan berikannya kepada yang memerlukan. Jika kerajaan hendak hulurkan bantuan, kami sedia menerimanya.”

Inisiatif mereka mungkin baik, tapi ibu, adakah anda tahu yang ada beberapa risiko yang terlibat?

Risiko kesihatan susu badan yang diderma

Memang tak dinafikan yang susu ibu itu berkhasiat. Ia mengurangkan risiko jangkitan dan alahan sementara menguatkan tulang dan memperbaiki tekanan darah.

Tapi, jika anda mencari susu ibu, lebih baik anda mencarinya dari bank susu yang rasmi kerana:

  • Ia disaring untuk periksa penyakit berjangkit

susu badan, susu badan yang diderma, derma susu badan, beri susu badan, susu badan berlebihan, risiko susu ibu, susu ibu,

PHOTO: INSTAGRAM / @numwanz

Ibu yang menderma akan diperiksa untuk penyakit seperti HIV, Hepatitis B dan C, Sifilis dan lain-lain.

Ini kerana susu ibu adalah dalam bentuk rembesan badan. Penyakit seperti ini boleh dipindahkan dari susu kepada bayi.

Dr. Natalis, ahlo neonatologi berkata, penderma susu yang ideal sepatutnya, “ibu yang anaknya masih belum mula makan pepejal dan susu masih ditahap tak matang yang sama dengan bayi baru lahir.

Dah tentu, penderma susu haruslah seorang yang tak merokok.

  • Susu akan dipanaskan dulu untuk mematikan organisma yang boleh berjangkit

Penderma biasanya akan mengepam susu di rumah dan meletakkannya ke dalam peti sejuk sebelum dibawa ke bank susu. Susu ini perlu dipanaskan pada 62.5 darjah selsius dan diuji untuk pencemaran bakteria sebelum ia disimpan dalam keadaan yang selamat.

Peratus kecil nutrisi akan terhapus dengan memanaskan susu ini tapi ini masih mempunyai banyak manfaat.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit info kepada ibu-ibu di luar sana yang tengah mencari ibu menyusu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Jaya dan mendapat keizinan untuk diterjemah dari theAsianparent Singapore

Baca juga

Tanggungjawab Sebagai Penderma Susu Ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!