Tahap Perkembangan Bahasa Anak Sejak Lahir Hingga Usia 3 Tahun

undefined

Perkembangan bahasa dan kemampuan bercakap pada anak ternyata melalui proses yang panjang. Kenali tahap-tahapnya agar kita boleh memaksimumkan kemampuannya.

Comelnya apabila anak mula menunjuk minat hendak bercakap. Seiring pula dengan tahap perkembangan bahasa yang dia miliki, celoteh pelat si manja pun semakin lama semakin berkurang.

Dia akan mula mengucapkan beberapa perkataan pertamanya namun masih ramai ibu bapa tidak pasti bilakah sepatutnya anak mula bercakap dengan baik?

Perkembangan bahasa adalah salah satu tahap perkembangan paling penting untuk seseorang anak kecil.

Tanpa tahap perkembangan bahasa yang baik, ini akan menyebabkan mereka sukar untuk meluahkan perasaan mereka, tidak dapat menyelesaikan masalah dengan baik, tidak mempunyai hubungan sosial baik mahupun tidak mempunyai kemahiran berfikir dan belajar.

Oleh sebab itu, asas untuk tahap perkembangan bahasa yang baik adalah membaca dan menulis. Semuanya bermula daripada ibu bapa sendiri. Kami faham dengan keadaan sekarang, kebanyakan ibu bapa perlu bekerja dari rumah dan sukar untuk mengajar anak seperti pembelajaran di sekolah.

Namun, perkembangan bahasa anak tidak boleh bergantung kepada media semata-mata. Jadi sebelum anda rasakan ia sudah terlambat buat anak, kenal pasti terdahulu perkembangan bahasa anak sejak lahir hingga dia berusia 3 tahun.

Tahap Perkembangan Bahasa Bayi 0-4 Bulan

tahap perkembangan bahasa

Apa yang bayi lakukan?

Bayi dilahirkan sebagai pendengar. Setelah lahir, si kecil akan mula membuat ‘kesimpulan’; misalnya suara berat milik ayah, suara lembut milik ibu.

Menangis adalah cara bayi berkomunikasi.

Tapi tak lama lagi dia akan mulai menggunakan lidah, bibir, dan langit-langit mulutnya untuk membuat dengungan, atau suara seperti “oohs”, dan “aahs”.

Apa yang bayi boleh fahami?

Bayi usia 4 minggu dapat membezakan suara dengan suku kata yang sama seperti “ma” dan “na”. Dan tepat usia 2 bulan, bayi akan mula mampu menghubungkan beberapa suara dengan gerakan bibir.

Tahap Perkembangan Bahasa Bayi 4-6 Bulan

tahap perkembangan bahasa

Apa yang bayi lakukan?

Dengusan bayi adalah caranya untuk berlatih menceloteh. Tak lama lagi anda akan mendengar suara yang seperti berasal dari bahagian belakang lidah, seperti suara “g” dan “k”. Atau suara bibir seperti “m”, “w”, “p”, dan “b”.

Perhatian si kecil akan berfokus pada kata-kata yang biasa dia dengar, misalnya namanya, kata “Mama”, “Ibu”, “Ma”, “Ayah”, “Papa” sebagai caranya untuk memahami kalimat.

Apa yang bayi boleh fahami?

Di usia 4 hingga 5 bulan, si kecil mungkin mengenal namanya, tapi ia hanya akan faham beberapa kata penting seperti “hai” atau “dadah”.

Baru pada usia 6 bulan bayi akan sedar bahawa nama yang sering disebutkan tersebut ditujukan untuknya.

Tahap Perkembangan Bahasa Bayi 7-12 Bulan

tahap perkembangan bahasa

Apa yang anak lakukan?

Pada usia ini, celotehnya akan mula didengar seperti kata (misal “gaga”).  Dan dia akan sering mengulangi kata-kata tersebut berulang kali.

Pada usia 9 bulan, dia akan mula mengerti makna gerak tubuh, mampu menunjuk atau merungut untuk menunjukkan apa yang dia inginkan.

Dan kira-kira di usia 10 bulan, ia mula mampu mengendalikan dan menggabungkan suara.

Biasanya kata-kata yang pertama muncul adalah kata-kata sapaan (seperti “hai” atau “dadah”), orang (“ma, ma” atau “da, da”), dan makanan (seperti “ue” untuk kue, “mam”, dan “cu,cu” untuk susu).

 

Apa yang anak boleh fahami?

Si kecil pelan-pelan mula memahami beberapa kata, misalkan nama-nama benda yang sering dia temui, seperti botol atau kasut.

Dia juga akan mengenali intonasi, dan tahu bahawa intonasi tinggi seringkali bererti “tidak” atau “jangan”.

Tahap Perkembangan Bahasa Anak 13-18 Bulan

Tahap Perkembangan Bahasa Anak Sejak Lahir Hingga Usia 3 Tahun

Apa yang anak kecil lakukan?

Dia akan mampu mengeluarkan kata pertamanya, namun jika gagal, galakkan untuk dia mencuba lagi.

Perbendaharaan kata si anak pada awalnya akan bertambah walaupun agak perlahan. Ingat, kadang kala dia hanya mampu menyebut beberapa kata setiap bulannya. Anak-anak seperti ini lebih suka kata-kata benda, baru kemudian kata kerja dan kata sifat.

Dia juga akan mencuba kata tanya yang hanya terdiri dari 2 suku kata seperti “ue?” untuk bertanya “Boleh makan kue?” dan suka sekali berkata “tidak”.

Apa yang boleh difahami?

Si kecil akan mula tahu ayat dasar seperti “Ibu melempar bola” dan “Bola dilempar ibu”. Dia juga mula faham perintah-perintah sederhana dan mengerti lebih banyak kata dibanding yang boleh diucapkan.

Tahap Perkembangan Bahasa Anak 19-24 Bulan

Tahap Perkembangan Bahasa Anak Sejak Lahir Hingga Usia 3 Tahun

Apa yang akan dia lakukan?

Walaupun pakar-pakar bahasa tidak begitu pasti mengapa, tetapi bayi rata-rata mempunyai “letupan bahasa” pada usia 19-20 bulan.

Setelah berbulan-bulan berkembang dengan sangat lambat, tiba-tiba dia akan mula belajar banyak kata dengan sangat cepat, bahkan hingga sembilan kata setiap hari.

Letupan kata ini kadang diikuti dengan fasa menggabungkan kata, seperti bertanya “apa itu” menjadi “patu” yang kadang boleh jadi sangat serupa dengan saat dia mengucapkan “sepatu”.

Bersabarlah ketika si kecil memasuki tahap ini, kerana mengetahui pertanyaan atau permintaannya boleh jadi sangat melelahkan. Sering si kecil mudah nangis kerana kita tidak tahu apa yang dia inginkan.

Kadang kala, si kecil akan salah menganggap maksudnya. Misalkan kerana dia telah mengenal bola dengan benda berbentuk bulat, maka, ketika melihat semua benda bulat, ia akan menganggap itu bola.

Apa yang boleh difahami?

Si kecil akan mula mengerti bagaimana menggunakan kata kerja. Dia akan faham bahawa ibu bapanya adalah kunci baginya belajar bahasa.

Dia akan melihat, mendengar, menyerap semua kata yang ibu bapanya katakan atau lakukan.

Perkembangan bahasa pada bayi 25-36 bulan

Tahap Perkembangan Bahasa Anak Sejak Lahir Hingga Usia 3 Tahun

Apa yang si kecil lakukan?

Pada tiga tahun pertamanya, si kecil mula menggunakan semua kosa kata yang telah dia miliki. Dia boleh mula memilih semua yang dia pelajari selama ini.

Dia mula menambahkan kata tanya “Bila?”, “Mengapa?”, “Di mana?” pada kata “pa tu”-nya. Dia mulai menambahkan idea yang lebih kompleks, seperti belajar bahawa “tidak” boleh bererti “jangan” atau “bukan” atau “tidak ada”.

Di akhir tahun ketiganya, kata-kata abstrak seperti “tahu” dan “suka” mula digunakan.

Seiring ingatannya yang berkembang, dia juga mula mampu bercerita cerita-cerita pendek.

Apa yang boleh difahami?

Si kecil mulai memahami konsep waktu dalam kalimat, erti kata yang bererti banyak, kata dengan awalan dan akhiran, serta bercerita pendek.

Bantu Perkembangan Bahasa Anak Dengan Cara Ini

 
  • Anak kecil paling mudah menyerap ajaran dalam bentuk lagu. Lagu dengan lirik berirama seperti “Injit injit semut” boleh menjadi cara mengajarnya kosa kata baru.
  • Membacakan buku cerita juga akan membantu si kecil memperbanyak perbendaharaan kata.
  • Anak-anak memerlukan banyak bantuan agar mampu berkomunikasi dengan baik. Cuba sesekali tanyakan tentang teman-temannya atau malah apa yang baru sahaja dikerjakan, dan kita akan menemukan cerita-cerita ajaib keluar dari mulutnya.

Apa Yang Perlu Diperhatikan?

Pemikiran anak boleh sahaja lebih jauh dari kemampuannya bercakap. Dan hal ini kadang kala akan menimbulkan masalah pada komunikasi pada anak dan ibu bapa.

Anak boleh jadi lebih mudah marah. Apabila anak mula marah, cuba bercakap dengannya secara perlahan-lahan dan baik. Pastikan anda bercakap dengannya pada paras yang sama agar dia tahu apa yang anda maksudkan.

Jika anak tersalah cakap, betulkan percakapan dia dengan cara baik. Elak menengking atau marah kerana anak di usia ini masih tidak tahu membezakan intonasi sama orang dewasa.

Pada usia ini juga, ada anak yang gagap. Jika anda rasa anak gagap, bawa berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Bezanya Anak Lambat Bercakap Atau Ada Masalah Gangguan Percakapan (Speech Delay)!

Baca juga: 5 cara untuk bantu perkembangan pertuturan anak anda tanpa bantuan elektronik!

Baca juga: Nak Anak Cepat Bercakap? Ayah, Jom Ajar Anak Cakap Lancar Dengan 6 Tips Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!