Manfaat Menambahkan Bawang Putih Pada Makanan Pejal Si Kecil

undefined

Saat si kecil masuk usia 6 bulan, jangan lupa untuk menambahkan bawang putih dalam makanan pejalnya kerana khasiatnya memang menakjubkan!

Bawang putih dipercaya memiliki manfaat kesihatan bagi orang dewasa. Namun ternyata, ia juga memiliki manfaat untuk bayi dan kanak-kanak!

Bayi yang berusia bawah 1 tahun memang tidak digalakkan untuk mengambil gula dan garam, namun bawang putih boleh membantu membuat rasa makanan pejal lebih enak dan berperisa.

Selain itu, aroma bawang yang harum membuat selera makanan bayi lebih meningkat. Baik bawang putih mahupun bawang merah, jika anda bertanya bolehkan bayi makan bawang merah? Ya, semua jenis bawang boleh diberi kepada bayi. 

Ia bukan hanya bermanfaat untuk meningkatkan nafsu makan, malah kandungan dari makanan ini juga baik untuk kesihatan si kecil, diantaranya:

  • Sumber Vitamin C, B6, dan B1. Serta mengandungi mangan, selenium, zat besi, dan potassium.
  • Mengandungi bahan Allicin yang berfungsi sebagai antivirus dan antibakteria yang bermanfaat untuk kekebalan imun tubuh.
  • Allicin juga memiliki manfaat untuk mengurangi gejala asma.
  • Mampu melawan kolesterol jahat, menurunkan tekanan darah, dan mengurangi risiko penyakit strok dan serangan jantung di masa depan.

Manfaat bawang putih untuk bayi

bawang putih untuk bayi

Manfaat bawang putih adalah sangat besar sehingga kami rasakan anda wajib untuk memasukkannya ke dalam makanan pejal si kecil anda. Antara kebaikannya untuk kesihatan bayi adalah:

#1. Elak bayi dari flu

Tubuh bayi sangat mudah untuk terkena jangkitan, demam, flu, pneumonia, asma dan masalah pernafasan lain. Untuk mengelakkan bayi daripada sakit, ibu-ibu boleh memberikan bayi sup ayam yang direbus bersama bawang putih. 

Ia mampu mengeluarkan jangkitan atau virus daripada sistem pernafasan dengan efektif. Ini kerana minyak yang terkandung di dalam bawang putih dapat membantu membuka saluran pernafasan. Begitu juga dengan sifat antibakteria di dalam bawang putih yang mampu melawan gejala flu. 

#2. Sifat antimikroba dalam melawan jangkitan

bawang putih untuk bayi

Bawang putih memiliki agen antimikroba yang dapat membantu mengatur pertumbuhan jangkitan yang menjadi penyebab bakteria. 

Phytochemical yang terdapat dalam bawang putih sangat efektif dalam membunuh bakteria dalam usus besar dan kecil. Malah ia tidak berbahaya kepada mikroba probiotik yang berada di dalam sistem pencernaan bayi. 

Agen antimikroba ini juga bertindak untuk membantu penyembuhan luka dengan pantas. 

#3. Membunuh cacing usus yang berbahaya

Ketika cacing usus seperti cacing pita masuk ke dalam tubuh bayi dalam bentuk telur, ia akan menetap di usus dan memakan nutrisi di dalam badan bayi, yang akhirnya menyebabkan jangkitan dan penyakit. Malah ini salah satu sebab anak-anak kurang selera makan dan berat badan. 

Dengan itu kandungan ubat anthelmintik dalam bawang putih efektif untuk membunuh cacing usus. 

#4. Menjaga kesihatan jantung bayi 

Bawang putih juga mampu menurunkan kadar kolestrol dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, serta serangan jantung di kemudian hari.

#5. Efek anti-inflamasi

bawang putih untuk bayi

Bwang putih juga cukup terkenal dengan bahan anti-inflamasi dimana ia membantu sistem imunisasi bayi. Bawang putih mampu menstimulasi jenis sel seperti makrofag, limfosit, sel pembunuh semula jadi (NK), Sel dendritik dan eosinofil sehingga meningkatkan sistem kekebalan bayi.

Namun, untuk mendapatkan manfaatnya, ada cara tertentu yang harus anda lakukan.

  • Pastikan anda memberikan bawang yang segar. Bukan yang diproses atau dibotolkan.
  • Masak dengan menghancurkan atau mencincang bawang agar si kecil anda tidak tersedak atau tercekik.
  • Jangan menggoreng bawang sehingga kering kerana itu akan menghilangkan khasiatnya.

Seawal usia bayi tujuh bulan anda boleh mencuba memasak makanan bayi anda dengan menggunakan bawang putih. Sama ada ditumis atau dimasak sekali bersama bubur nasi si manja. Selain dapat menghasilkan makanan yang enak dan berkhasiat, ia juga dapat melatih deria rasa bayi.  Dengan penggunaan makanan yang mempunyai rasa dan aroma dapat mengelakkan mereka dari memilih makanan kelak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: sg.theasianparent.com, Nakita

Baca juga: 

Banyak Khasiat Bawang Putih, Boleh Elak Kanser, Serangan Jantung & Penyakit Kronik Lain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!