Allah Ambil Satu Dari Dua, Pilu Bayi Kembar Meninggal Dalam Perut, Tubuh Terbelit Tali Pusat

undefined

Tanda bayi meninggal dalam perut adalah bila tiada sebarang pergerakan. Hasrat suami isteri menimang bayi kembar tiada kesampaian

Perkongsian di media sosial mengenai penantian gembira pasangan suami isteri untuk menyambut bayi kembar bertukar pilu apabila salah seorang zuriat mereka meninggal dunia dalam kandungan kerana terbelit tali pusat. Apakah tanda bayi meninggal dalam perut yang boleh dikenalpasti?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini:

  • Tanda bayi meninggal dalam perut
  • Kurang gerakan antara tanda awal bayi meninggal dunia dalam kandungan

Bayi berkenaan dikesan tidak bernyawa dalam kandungan ibunya berpunca daripada tali pusat yang terbelit ditubuhnya. 

Tanda bayi meninggal dalam perut

Tanda bayi meninggal dalam perut

Tali pusat yang membelit tubuhnya meragut nyawa bayi ini dan pembedahan segera perlu dilakukan bagi menngeluarkan jasadnya dan menyelamatkan kembarnya.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Mr Wan Cai Official:

“KEMBAR!Bidadari syurga Nur Medina Auliya, dikesan tidak bernyawa dalam kandungan ibunya berpunca dari tali pusat yang terbelit ditubuhnya.

“Pembedahan segera telah dilakukan bagi mengeluarkan jasadnya, juga bagi tujuan menyelamatkan seorang lagi kembarnya. Alhamdulillah kembar baby Nur Medina berjaya diselamatkan. Allah SWT izinkan kembarnya itu hidup dimuka bumi.

“Tetapi kehidupan baby Nur Medina telah Allah aturkan disyurga terindah. Terpisah dari kehidupan dunia bersama keluarga. Tersenyum kelak menunggu ibu bapanya dipintu syurga. Pengurusan buat anak syurga ini telah kami urus menggunakan dana hasil dari infaq anda. Pahala yang diterima kita kongsi bersama. Insha Allah.”

Sementara itu, perkongsian di laman Facebook Unit Khas Van Jenazah memaklumkan bayi berkenaan yang dilahirkan dalam keadaan cukup bulan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sireh, Klang, Selangor pada jam 12.30 tengah hari. Semoga keluarga ini tabah menerima kehilangan tidak diduga ini.

Kurang gerakan antara tanda awal bayi meninggal dunia dalam kandungan

Tanda bayi meninggal dalam perut

Apakah tanda awal yang memberi isyarat bahawa sesuatu yang bahaya sedang menimpa bayi dalam kandungan anda?

#1. Kurangnya pergerakan janin

Tanda bayi meninggal dalam perut

Gerakan janin dianggap normal bila terjadi sebanyak 10 kali dalam satu jam atau kurang. Segeralah berjumpa doktor jika kurang daripada itu atau berubah daripada kebiasaannya.

#2. Janin langsung tidak bergerak

Ini adalah isyarat bahaya yang perlukan anda untuk berjumpa doktor segera. Usah bertangguh lagi!

#3. Pendarahan

Jika anda mengesan pendarahan yang pelik keluar dari vagina, ini antara tanda bahaya keguguran atau kelahiran mati. Tetapi tidak semua pendarahan disebabkan perkara ini namun ada baiknya dapatkan pemeriksaan doktor segera. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kelahiran Mati Bukan Salah Ibu Bapa, Fahamilah Kesedihan Mereka

Baca juga: Negara Yang Bercuaca Panas Tinggi Risiko Untuk Ibu Lahirkan Bayi Pramatang & Kelahiran Mati

Baca juga: Mitos Tentang Kelahiran Mati : Apa Yang Benar, Apa Yang Salah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!