TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Malaysia Catat Sejarah, Kali Pertama Pembedahan Kembar Siam Pramatang Dijalankan

22 Mar, 2022
Malaysia Catat Sejarah, Kali Pertama Pembedahan Kembar Siam Pramatang Dijalankan

Malaysia lakar sejarah jalankan pembedahan pertama kembar siam pramatang iaitu lelaki dengan berat 2.7 kilogram.

Malaysia melakar sejarah apabila buat pertama kali apabila pembedahan kembar siam pramatang seberat 2.7 kilogram berjaya dilakukan pada 19 Mac lalu yang melibatkan 13 doktor pakar.

Pembedahan tersebut dijalankan di Hospital Tunku Azizah (HTA) diketuai oleh Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari yang mengambil masa kira-kira 66 minit.

Berdasarkan hantaran Facebook HTA yang memetik Dr Zakaria, pembedahan seumpamanya biasanya dilakukan pada umur 3 hingga 6 bulan. Namun disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, pasangan ini terpaksa menjalani pembedahan segera pada umur 17 hari.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kembar siam lelaki berkongsi hati
  • Pembedahan melibatkan 13 doktor pakar, hampir 20 jururawat dan kakitangan
  • Pujian rakyat Malaysia

Kembar siam pramatang berkongsi hati

kembar siam pramatang

Bayi kembar lelaki ini dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan dan dirujuk oleh Pakar Neonatologi HRPB, Dr. Maneet Kaur a/p Ranjuth Singh untuk rawatan lanjut di HTA.

Kemudian, selepas perbincangan di antara doktor-doktor pakar HRPB dan HTA secara atas talian pada 15 Mac lalu jam 2 petang, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu telah disepakati.

Tanggal bersejarah 19 Mac iaitu Sabtu lalu, pasukan Dr. Zakaria yang disertai oleh 6 lagi Pakar Bedah Kanak-Kanak dari seluruh Malaysia dan pasukan bius kanak-kanak diketuai oleh Pakar Perunding Bius Kanak-Kanak HTA, Dr. Intan Zarina Fakir Mohamed dan Dr. Ruwaida Isa berjaya memisahkan kembar tersebut dalam masa 66 minit tanpa komplikasi major.

Kembar siam jenis ‘Omphalophagus’ ini didapati berkongsi bahagian hati (liver) dan organ-organ lain pula adalah normal.

13 doktor pakar, hampir 20 jururawat dan kakitangan terlibat pembedahan kembar siam pramatang

kembar siam pramatang

Proses persediaan untuk pembedahan dimulakan seawal 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudiannya dihantar balik ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) pada jam 2 petang.

Dengan sokongan pasukan Neonatologi yang diketuai oleh Pakar Perunding Neonatologi HTA, Dr. Neoh Siew Hong dan jururawat NICU HTA diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya.

Semenjak pembukaan HTA, ini merupakan pembedahan ketiga untuk pasangan bayi kembar siam.

Dalam masa sama, doktor pakar lain yang terlibat sama dalam pembedahan tersebut ialah Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Dr. Mughni Bahari; Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab II Kelantan, Dr. Mohd Tarmizi Md. Nor; Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HRPB, Dr. Nurdaliza Mohd. Badarudin dan Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Hafatin Fairos Tamadun.

Selain itu, Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Mohd. Yusran Othman; Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Cheng Joo Qing; Pakar Bius Kanak-Kanak HRPB, Dr. Rohanizah Alias; Pakar Bius Kanak-Kanak HTA, Dr. Zubaidah Zulkipeli dan Pakar Neonatologi HTA, Dr. Elaine Wong Ee Lane.

Malah pembedahan tersebut turut melibatkan hampir 20 jururawat dan kakitangan dewan bedah kanak-kanak.

Pujian rakyat Malaysia

kembar siam pramatang

Usaha tungkus-lumus menjalankan pembedahan tersebut bagi memisahkan kembar siap itu yang dijayakan oleh pasukan pakar perubatan Malaysia ternyata mendapat pujian dan penghargaan daripada rakyat. 

Menjengah pada komen-komen Facebook HTA, netizen memberikan ucapan penghargaan terhadap kerjasama yang dijalankan oleh pasukan pakar perubatan tersebut. 

“Alhamdulillah, tahniah kepada semua barisan doktor dan jururawat bertugas. Tahniah, kekalkan prestasi terbaik. Semoga Allah memberkati serta dipermudahkan Allah segala urusan kalian”.

“Masya-Allah, alhamdulillah sekalung tahniah. Semoga bayi kembar ini didalam rahmat kesembuhan daripada Allah dan seluruh team dirahmati Allah SWT,” itu antara kata-kata penghargaan daripada netizen. 

Stories Rakan Kongsi
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
Ini Item Yang WAJIB Ada Dalam Checklist Barang Baby Ke Hospital, Lampin Paling Penting!
Ini Item Yang WAJIB Ada Dalam Checklist Barang Baby Ke Hospital, Lampin Paling Penting!

Facebook, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kembar Lahir Lain Hari, Bulan & Tahun, Salah Seorang Kembar Itu Lahir Di Malam Tahun Baru

Baca juga: Kandungan Kembar Hadir Dengan Risiko Komplikasi Yang Boleh Ragut Nyawa Bayi & Ibu, Awas Ya!

Baca juga: Kandungan Kembar Hadir Dengan Risiko Komplikasi Yang Boleh Ragut Nyawa Bayi & Ibu, Awas Ya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Malaysia Catat Sejarah, Kali Pertama Pembedahan Kembar Siam Pramatang Dijalankan
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham