X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?

4 min bacaan
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?

Apabila anak mula makan makanan pejal pada usia 6 bulan, anda pasti ingin berikan si manja hanya yang terbaik sahaja. Bahkan nutrisi yang baik banyak membantu anak anda mencapai potensinya selain membantu dia membesar dengan baik. Ini apa yang anda boleh tawarkan pada mereka.

Pada tahun 1927, seorang ibu dan ayah sibuk menyiapkan makanan untuk anak perempuan mereka yang berusia 7 bulan. Sebagai seorang ibu - Dorothy Gerber - sedang menapis kacang pis untuk hidangan si manja, apabila dia dan suami, Dan Gerber muncul dengan idea bernas: mengapa tidak memulakan syarikat makanan bayi? Lagipun, mereka sudah memiliki kilang pengetinan. Inilah bagaimana Gerber dilahirkan, jenama yang sinoni, dengan makanan bayi berkualiti tinggi.

Hari ini, makanan bayi Gerber menjadi satu jenama sebutan ramai. Ibu dan ayah, ini sebab mengapa anda harus memilih Gerber dan percaya mereka dengan pemakanan si manja anda.

Komitmen terhadap kualiti

makanan bayi berkualiti tinggi

Apabila anak anda mula makan makanan pejal pada usia sekitar enam bulan, wajar bagi anda untuk memberikannya makanan yang terbaik sahaja. Bahkan, pemakanan baik adalah penyumpang penting dalam membantu anak anda membesar dengan betul dan mencapai potensi sepenuhnya. Namun ia bukan hanya tentang jenis makanan yang anda berikan kepada anak.

Hanya yang terbaik untuk bayi

Sebagai ibu bapa yang pandai menilai, anda juga ingin mengetahui dari mana makanan itu datang; siapa yang menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan bijian dalam makanan tersebut; dan apakah ukuran kawalan kualiti, keselamatan dan kebersihan bagi memastikan anak anda mendapat makanan yang berkualiti, paling selamat dan paling berkhasiat. Gerber memahami persoalanan anda ini, kerana sama seperti anda, keutamaan mereka adalah kesihatan dan kesejahteraan bayi anda.

Selama beberapa dekad, Gerber komited pada janji mereka dalam menghasilkan makanan bayi berkualiti tinggi. Anda boleh mempercayai mereka dengan kualiti tinggi kerana:

  • 100% produk mereka memenuhi semua keperluan Pentadbiran Makanan & Dadah Amerika Syarikat (FDA).
  • Terdapat lima tahap pemeriksaan keselamatan dan kualiti yang berbeza bermula di ladang sehingga pembungkusan.
  • Setiap makanan bayi diperiksa melebihi 100 pemeriksaan kualiti.
  • Mereka mempunyai pengalaman lebih 90 tahun dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi.

Penambahbaikan berterusan

Salah satu cara untuk mengekalkan standard tinggi secara konsisten dan berterusan, ialah dengan melibatkan diri dalam pembelajaran dan penyelidikan berterusan, dan pengujian kualiti produk anda. Ini sebabnya Gerber sentiasa mencari cara baru untuk mengembang, menguji dan membuat makanan yang sihat untuk bayi. Mereka sentiasa menguji ramuan mereka bahkan makanan siap juga diuji secara rawak. Malah, semua ujian mereka dilakukan oleh makmal yang diakreditasi ISO, di mana mereka mengikut piawaian antarabangsa untuk kebolehpercayaan analisis.

Bukan sahaja Gerber mementingkan kesihatan bayi. Mereka juga memastikan mereka menjaga bumi dan persekitaran dan model unik dikenali sebagai Clean Field Farming™.

Apa Itu  Clean Field Farming™?

Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?

Amalan dibawah Clean Field Farming™ memastikan bahawa bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran Gerber berkhasiat, selamat dan sihat, untuk semua lapisan usia.

Ini dicapai melalui pemilihan benih dan tanah dengan teliti; penjagaan lestari untuk tanah; memastikan semua buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam bukan GMO; dan kebolehan dalam mengesan semua hasil tanaman yang ditanam di ladang dan bendang. Ini sebabnya mengapa Gerber hanya bekerjasama dengan beberapa ladang terpilih yang memenuhi amalan Clean Field Farming™ ketat mereka.

Selain itu, petani-petani Gerber memastikan semua buah-buahan dan sayur-sayuran yang dipetik pada masa yang tepat, yang mana ini akan menyingkirkan keperluan untuk perisa atau warna tambahan. Ini bermakna semua makanan bayi adalah manis, sedap dan berkhasiat secara semula jadi.

Bukan sahaja Gerber mampu mengesan 100% di mana ladang buah-buahan dan sayur-sayuran mereka ditanam, malah di ladang tersebut juga, Gerber mampu memastikan produk ini dilindungi daripada unsur-unsur dan diangkut dengan berhati-hati agar sentiasa sihat dan selamat sepanjang perjalanan mereka dari ladang ke dapur.

Organik yang diperakui oleh USDA

Komitmen kuat Gerber terhadap kualiti dikukuhkan lagi kerana semua makanan bayi Gerber Organik mereka disahkan organik oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA). Ini bermakna semua yang diusahakan oleh petani Gerber ditanam mengikut peraturan dan piawaian organik yang ketat yang ditetapkan oleh USDA, selain amalan Clean Field Farming™ mereka.

makanan bayi berkualiti tinggi

Ibu dan ayah, anda tahu bahawa ibu bapa amat mementingkan kualiti. Oleh sebab ini, anda boleh yakin bahawa Gerber tidak akan mengecewakan anda dengan janji mereka iaitu hanya yang terbaik untuk bayi, apabila, 90 tahun lalu, pengasas mereka juga ibu bapa seperti anda, yang mementingkan standard kualiti tinggi.

Ini adalah asas warisan yang kukuh sehingga hari ini dan akan berterusan di masa hadapan untuk bayi di mana-mana sahaja, termasuk si manja anda.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang makanan bayi Gerber, termasuk kaedah pertanian mereka, dan prosedur keselamatan dan kualiti mereka, klik di sini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Anak Muntah Makanan Sedikit @ Spit-Up: Punca & Tips Mengatasi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis Hanini

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?
Kongsikan:
  • Info Lengkap Pemakanan Bayi Sepanjang Satu Tahun Pertama, Barulah Si Kecil Berkembang Sihat!

    Info Lengkap Pemakanan Bayi Sepanjang Satu Tahun Pertama, Barulah Si Kecil Berkembang Sihat!

  • Makanan berkhasiat untuk bayi: Makanan untuk anak anda berumur 6 bulan

    Makanan berkhasiat untuk bayi: Makanan untuk anak anda berumur 6 bulan

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Info Lengkap Pemakanan Bayi Sepanjang Satu Tahun Pertama, Barulah Si Kecil Berkembang Sihat!

    Info Lengkap Pemakanan Bayi Sepanjang Satu Tahun Pertama, Barulah Si Kecil Berkembang Sihat!

  • Makanan berkhasiat untuk bayi: Makanan untuk anak anda berumur 6 bulan

    Makanan berkhasiat untuk bayi: Makanan untuk anak anda berumur 6 bulan

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.