X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Muntah Makanan Sedikit @ Spit-Up: Punca & Tips Mengatasi

5 min bacaan
Anak Muntah Makanan Sedikit @ Spit-Up:  Punca & Tips Mengatasi

Anak anda muntah makanan setiap kali selepas makanan? Jangan risau para ibu! Ketahui punca & tips membantu anak anda disini.

“Aduhai, anak asyik muntah makanan sahaja! Beri makanan sahaja muntah. Apa lagi saya nak buat ni?”

Anak anda asyik muntah sedikit selepas makan? Alahai, ibu bersabarlah ya. Banyak betul kerisauan yang melanda ibu ini setiap kali anak muntah. Asal elok sahaja beri makan kepada anak, mulalah anak muntah sedikit tanpa keduanya sedari. Akibatnya, habislah tempat makan dan baju ibu sekali jadi mangsa. Anak pun nak ditukarkan baju lagi. Pening, risau banyak lagilah yang ibu rasakan. Apatah lagi untuk bayi yang baru lahir sering muntah ya.

Salah satu persoalan yang bermain di fikiran ibu-ibu pastinya adalah adakah muntah ini perkara normal ataupun tidak normal? Biasakan kalau kita lihat bayi muntah tetapi apakah yang membuat perkara ini menjadi di luar kebiasaan. Kami akan menjawab persoalan ini di dalam artikel kali ini. 

Anak muntah makanan sedikit: Normal atau tidak?

Untuk pengetahuan para ibu, apabila anak muntah makanan atau susu, ianya sebenarnya sesuatu yang normal. Ibu-ibu boleh tarik nafas lega tau. Cuma, kami faham bahawa anda merisaukan anak anda yang kerap muntah. Adakah anak anda dapat makanan yang cukup ataupun tidak? Ini memang membuatkan ibu bertambahlah risau kerana ibu-ibu juga tidak tahu apa yang patut mereka buat untuk menghalang anak mereka muntah.

Jangan risau ibu! Anak biasanya muntah dalam kadar yang sedikit dan ia dipanggil spit-up. Keadaan spit-up ini tidaklah membuatkan anak anda kehilangan berat badan yang mendadak. Malah, ianya juga bukanlah berpunca daripada stress. 

Apa punca anak muntah makanan?

anak muntah makanan

Kredit: Pexels

Pernahkah anda menimang anak anda selepas makan dan mendapati anak anda muntah selepas itu? Ya, itu adalah antara punca mengapa anak muntah selepas makan.

Untuk perkara ini ada penjelasannya. 

Bayi mudah muntah apabila terlalu kenyang ataupun bila isi kandungan perut bayi berkocak. Selain itu, bayi mudah muntah apabila terdapat kandungan udara yang melebihi kuantiti yang sepatutnya iaitu dipanggil aerophagia. Nak ringkas lagi, kita panggil perut bayi masuk angin atau kembung. Yang kedua, bila anak anda terlebih stimulasi. Ini yang kami cerita awal-awal tadi. Bila anda timang anak anda atau anak anda tummy time selepas makan. Gamaknya, memang keluar balik lah makanan sedikit.

Anak muntah makanan dan gangguan GERD (Gastroesophageal Reflux Disease)

Gerd adalah gangguan pencernaan yang kronik dan boleh menjadi punca mengapa anak anda muntah. Apa yang berlaku adalah pencerut esofagus tidak berfungsi dengan baik yang mana makanan atau minuman yang diambil oleh bayi akan keluar semula. Makanan tersebut tertolak semua ke saluran esofagus. Esofagus adalah struktur yang menyambungkan mulut dengan perut.

Tetapi untuk bayi, otot ini masih belum matang sepenuhnya. Tidak seperti kita orang dewasa. Makan macam-macam pun rileks lagi. 

Perhatian kepada ibu bapa: Jika anda muntah dengan teruk dan kehilangan berat badan secara mendadak akibat GERD bawa anak anda berjumpa dengan doktor dengan segera.

Apa beza muntah dengan spit – up ni?

Ibu-ibu mesti dah keliru sama ada bayi muntah atau bayi sebenarnya sedang spit-up ni. Sebab kadang-kadang ia nampak sama. Ya, sama tetapi sangat berbeza.

Yang pertama, spit-up ini adalah satu kebiasaan pada bayi dalam peringkat umur yang kecil seperti 6 bulan dan ke bawah kerana ototnya masih belum lagi matang. Apabila bayi muntah sedikit atau spit-up ini, mereka biasanya kekal ceria sebelum dan selepas. Ini bermaksud ia  tidak memberi sangat impak pada mereka. 

Lain pula dengan muntah. Muntah ini seringkali dikaitkan dengan simptom kepada penyakit lain. Contohnya, macam cirit birit atau demam. Kalau anak anda muntah yang teruk itu, biasanya anda boleh nampak macam ada kehijau-hijauan sikit yang datang dari hempedu hati dan muntah juga turut datang dengan bunyi. 

Ada tak tips untuk bantu anak yang muntah sedikit atau spit-up ini?

Mestilah ada ibu-ibu semua. Menghadapi anak yang muntah ini perlukan kesabaran untuk ibu dan juga anak yang pastinya tidak selesa bila muntah. Ikuti tips-tips ini untuk membantu anda.

#1 Jangan angkat atau timang anak selepas makan

anak muntah makanan

Kredit: Valeria Zoncoll dari StockSnap

Geram kan dengan bayi? Comel-comel je. Lagikan anak sendiri pulak tu. Tapi, selepas makan ibu atau bapa janganlah pula angkat anak ya atau timang-timang. Biarkan anak anda duduk tegak dalam masa 20 hingga 30 minit sehinggalah makanannya turun. 

#2 Bagi anak makan atau minum dalam kuantiti sedikit dan secara perlahan

Bayi muntah apabila terlalu kenyang. Oleh sebab itu, cuba beri anak anda makan dalam kuantiti yang sedikit. Jika anak anda minum susu, kurangkan kuantiti susu anak anda yang anda beri pada satu-satu masa. Jangan bagi anak anda makan laju-laju kerana anak anda mudah mendapat angin. 

#3  Bagi anak sendawa

Sendawakan anak bila beri susu untuk buang angin. Ini kerana bayi menelan udara yang banyak sewaktu minum. Perbuatan ini akan mengurangkan risiko bayi muntah.

#4  Jangan pakaikan baju ketat

Jangan pakaikan anak anda dengan baju ketat yang menyekat bahagian perutnya. Atau pastikan anda tidak mengetatkan lampin di bahagian perut. Takut perut anak anda senak nanti.

#5 Jangan baringkan anak di bahagian perut

anak muntah makanan

Kredit: Pexels

Selepas makan, jangan baringkan anak anda di bahagian perut. Sebab lagi senanglah anak anda nak muntahkan balik makanan.

Macammana saya nak tahu yang anak saya dapat makanan yang cukup walaupun anak saya muntah?

Tanyakan diri anda soalan-soalan ini dan lihat keadaan anak anda.

  • Adakah anak anda kelihatan berasa gembira dan berpuas hati?
  • Adakah bayi anda naik berat badan?
  • Adakah anda sentiasa menukar lampin basah

Jika ya, anda jangan risau kalau anak anda muntah kerana ia masih berada dalam tahap normal.

Bagi bayi yang sudah mempunyai susu yang cukup pula ialah mereka akan tidur lena, berpuas hati dan tidak merengek-rengek dan bayi menelan susu dengan baik.

Sumber: mamanatural

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:    Bayi Muntah Menyembur, Normal Atau Bahaya? 6 Tanda Ibu Ayah Perlu Peka!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Anak Muntah Makanan Sedikit @ Spit-Up: Punca & Tips Mengatasi
Kongsikan:
  • Bayi Muntah Darah Secara Tiba-Tiba, Bukan Dibuat Orang - Ini Punca Sebenarnya

    Bayi Muntah Darah Secara Tiba-Tiba, Bukan Dibuat Orang - Ini Punca Sebenarnya

  • Ingatkan Normal Anak Selalu Muntah Lepas Menyusu, Rupanya Ada Penyakit Kronik Stage 4!

    Ingatkan Normal Anak Selalu Muntah Lepas Menyusu, Rupanya Ada Penyakit Kronik Stage 4!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Bayi Muntah Darah Secara Tiba-Tiba, Bukan Dibuat Orang - Ini Punca Sebenarnya

    Bayi Muntah Darah Secara Tiba-Tiba, Bukan Dibuat Orang - Ini Punca Sebenarnya

  • Ingatkan Normal Anak Selalu Muntah Lepas Menyusu, Rupanya Ada Penyakit Kronik Stage 4!

    Ingatkan Normal Anak Selalu Muntah Lepas Menyusu, Rupanya Ada Penyakit Kronik Stage 4!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.