Anak gatal di lubang bontot- adakah dia terkena penyakit cacing?

Ibu bapa harus sentiasa diingatkan agar menjaga kebersihan anak seperti mencuci tangan sebelum makan dan memakai pakaian yang bersih selepas mandi. Ibu pun sama perlu jaga kebersihan diri ketika menyuap makanan ke mulut anak.

Kanak-kanak sering dijangkiti dengan penyakit cacing hingga ia membimbangkan semua ibu bapa. Tapi, adakah anda benar-benar tahu tanda penyakit cacing ini?

Sebenarnya, gejala cacingan pada anak atau penyakit cacing adalah disebabkan oleh parasit yang hinggap pada usus anak lantas menyebabkan gejala-gejala tertentu yang akan kami jelaskan secara mendalam dalam artikel ini.

Lebih membimbangkan, tanda penyakit cacing ini boleh merebak dari seorang kanak-kanak kepada yang lain.

Apabila terdapat tanda penyakit cacing ini pada anak, segera rawatnya dan bawalah si manja anda berjumpa doktor. 

Tanda penyakit cacing: bagaimana ia merebak? 

tanda penyakit cacing, tanda-tanda penyakit cacing, penyakit cacing, cacing pada anak, ciri-ciri penyakit cacing, apa itu penyakit cacing, punca penyakit cacing, sakit cacing, ubat penyakit cacing, jangkitan penyakit cacing, pengetahuan tentang penyakit cacing

Wabak penyakit cacing bermula apabila cacing betina bertelur di sekitar anus kanak-kanak yang biasanya berlaku ketika waktu malam. 

Kemudiannya, kanak-kanak akan rasa gatal yang di bahagian kawasan punggung (tempat keluar najis). Disebabkan menggaru dengan tangan dan kuku, parasit itu boleh merebak. 

Pencemaran boleh terjadi dan merebak apabila tangan si kecil memegang atau bersentuhan dengan pakaian, tempat tidur, permukaan meja, tempat duduk, tandas, mainan dan makanan. 

Hal ini kerana, serangan parasit senang merebak dan telur cacing boleh bertahan selama tiga minggu. 

Selain daripada itu, ia boleh dijangkiti apabila terdapat makanan atau minuman yang mengandungi telur cacing atau larva seperti daging atau makanan mentah tertentu yang tidak dimasak atau kurang masak.

Hati-hati ya! 

Simptom dan tanda penyakit cacing 

tanda penyakit cacing, tanda-tanda penyakit cacing, penyakit cacing, cacing pada anak, ciri-ciri penyakit cacing, apa itu penyakit cacing, punca penyakit cacing, sakit cacing, ubat penyakit cacing, jangkitan penyakit cacing, pengetahuan tentang penyakit cacing

Kredit: Sirap limau

  • Perubahan tingkah laku 
  • Masalah tidur akibat rasa tak selesa 
  • Kurang selera makan 
  • Perut tak selesa dan perubahan warna najis
  • Bagi kanak-kanak perempuan, ada kemerahan di sekitar kawasan vagina
  • Dalam sesetengah kes, kanak-kanak mungkin kekurangan vitamin dan mineral. 
  • Tengok juga tanda lain seperti ada darah dalam najis, anaemia atau batuk kering

Jika anda mendapati anak alami tanda penyakit cacing ini, adalah sewajarnya anda memeriksa bawah dubur anak setiap hari atau dua ke tiga jam sebelum si kecil tidur. 

Periksa sama ada ada cacing nipis bergerak seperti benang putih kira-kira 15mm panjang. 

Langkah pencegahan untuk gejala cacingan pada anak

tanda penyakit cacing, tanda-tanda penyakit cacing, penyakit cacing, cacing pada anak, ciri-ciri penyakit cacing, apa itu penyakit cacing, punca penyakit cacing, sakit cacing, ubat penyakit cacing, jangkitan penyakit cacing, pengetahuan tentang penyakit cacing

Kredit: Mengobat Info

  1. Ada ubat yang boleh bunuh cacing tersebut tapi si kecil perlu dirawat terlebih dahulu. 
  2. Ubat tersebut boleh mengakibatkan cacing kurang aktif lalu mati. 
  3. Sekiranya anda mendapati anak sudah pulih dari tanda penyakit cacing, doktor akan minta ujian dan pemeriksaan sekali lagi bagi memastikan tiada lagi jangkitan selepas ini. 
  4. Membasuh tangan terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum pegang makanan. 
  5. Basuh sayur dan buah-buahan hingga yakin bersih
  6. Pakaian yang telah dipakai anak ketika dijangkit penyakit cacing perlulah dibasuh dengan air panas. 
  7. Mandikan haiwan peliharaan dengan kerap, bimbang kemungkinan jangkitan parasit boleh berlaku lagi. 

Kesimpulannya, ibu haruslah memastikan anak dan seisi keluarga dalam keadaan yang bersih.

Pastikan anda berulang kali mencuci tangan anak setiap kali tangannya kotor. Jagalah kebersihan dengan baik dan sempurna. Semoga memberi manfaat untuk semua. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Medicine. NET 

Sumber rujukan: Penulis asal Rosanna Chio dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga

https://my.theasianparent.comcacing-membahayakan-kesihatan-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!