Tanda Period Berkait Dengan Kesihatan Wanita, Ambil Tahu Makna Warna Darah Haid Anda!
Tahukah anda yang darah haid sering menyampaikan 5 perkara penting tentang kesihatan anda sebagai seorang wanita? Jom tengok apakah perkara penting ini!
Tanda period atau darah haid datang setiap bulan. Tapi bagi sesetengah wanita, kitaran datang bulan tidak menentu. Walau bagaimanapun, darah haid masih dianggap sebagai satu topik “taboo” yang tak dibincangkan oleh ramai orang. Apakah maklumat lanjut yang boleh anda baca dari artikel ini?
- Tanda period berkait dengan kesihatan wanita
- Berapa banyak darah haid anda dan berapa lama kitarannya?
- Cara menghilangkan senggugut
Masih ramai yang malu jika topik darah haid disebut terutama di hadapan kaum lelaki. Namun tahukah anda topik ini sebenarnya penting untuk diambil tahu tidak kira golongan lelaki atau wanita.
Haid bukanlah perkara yang tidak boleh dibicarakan secara terbuka, malah ia sebenarnya satu cabang ilmu yang perlu diketahui kerana ia juga boleh memberikan maklumat mengenai kesihatan diri seseorang wanita. Jadi anda nampakkan kepentingannya?
Tanda period berkait dengan kesihatan wanita
Apa yang selalu kita dengar – gara-gara datang bulan, kebanyakan wanita boleh “jadi gila”. Kembung perut, sakit tulang belakang, sakit badan dan sebagainya.
Tapi, tahukah anda ada 5 perkara penting yang sering disampaikan oleh darah haid tentang kesihatan kita?
Ha… sebenarnya dari darah haid, anda boleh tahu banyak perkara tentang kesihatan anda. Tak percaya? Jom tengok 5 perkara penting ini!
#1. Tanda period – Berapa banyak darah haid anda?
Jika darah haid anda sikit, ia tanda-tanda ketikdakseimbangan hormon, pemakanan yang kurang sihat, sering tertekan dan memiliki masalah di bahagian kelenjar tiroid mahupun pituitari.
Darah haid yang sedikit juga mungkin penyebab:
- anomali Mullerian; sejenis gangguan disebabkan oleh selaput dara yang tidak terbentuk dengan sempurna, lalu menyekat pengaliran darah haid
- sindrom ovari polisistik (PCOS) atau
- gangguan autoimun.
Namun, jika anda memakan pil perancang, mungkin darah haid anda akan keluar sedikit saja.
Darah haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan anemia. Ia juga boleh mengakibatkan:
- fibroid (lalu mengancam kesuburan)
- pertumbuhan pada dinding rahim
- polyps
- tumor dalam serviks atau rahim;
- endometriosis
Ia biasanya berlaku pada wanita yang berusia 35 tahun ke atas. Mari lihat berapa banyak darah haid anda. Sila rujuk gambar di bawah:
#2. Ada darah walaupun selepas datang bulan?
Pendarahan secara tiba-tiba, walaupun selepas anda sudah datang bulan adalah tanda-tanda yang bahaya. Ia mungkin petanda:
- jangkitan vagina
- polyps di bahagian serviks atau rahim
- atau kerana ketidakseimbangan hormon.
Akan tetapi, wanita yang mengambil pil perancang mungkin akan melalui insiden berdarah walaupun selepas datang bulan. Tapi tidak bagi wanita lain. Jadi, jika tiba-tiba anda “berdarah” tanpa sebab yang pasti, segera berjumpa doktor!
#3. Kesakitan akibat datang bulan
Kenapa kita selalu berasa sakit apabila datang bulan? Semuanya sebab hormon prostaglandin. Hormon ini mengakibatkan rasa sakit dan keradangan dalam badan.
Tapi, kekejangan atau cramp yang dirasai di bahagian bawah perut biasanya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius – iaitu endometriosis.
Endormetriosis adalah satu keadaan di mana tisu rahim mula tumbuh di bahagian luar rahim (di bahagian lantai pelvik).
Lalu, akibat tisu ini, darah yang mengalir tersekat dan menyebabkan rasa kejang atau radang.
#4. Warna darah haid cair?
Nah, mengetahui warna darah haid3 anda juga boleh mendedahkan tentang kesihatan hormon, tahu? Biasanya, wanita akan mengalami satu daripada tiga warna darah haid ini. Jom tengok warna apa!
Warna keungguan seperti buah beri: menunjukkan paras estrogen yang amat tinggi. Biasanya terjadi pada kitaran haid yang terlalu berat.
Warna merah seperti jem strawberi: Warna sedikit cerah menunjukkan tahap estrogen yang rendah. Boleh mengakibatkan faraj kekeringan, rambut gugur dan keletihan.
Warna pekat seperti jus krenberi: Warna normal untuk darah haid. Biasanya, wanita yang datang haid dengan warna ini akan mengalami PMS.
#5. Kekerapan anda datang bulan
Ini perkara yang paling penting. Berapa kerap anda datang bulan menunjukkan bagaimana kesihatan badan anda secara keseluruhan.
Jika anda sudah lama/lewat tidak datang bulan, tiada tanda-tanda kehamilan – ia bermaksud hormon dalam badan anda tidak seimbang.
Segera berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan bantuan. Bagaimana? Banyak benda yang anda belajar daripada darah haid ini kan? Jadi sekarang, mari kita sama-sama menjaga kesihatan kita.
Bila tanda period muncul selepas bersalin?
Haid anda biasanya akan kembali kira-kira enam hingga lapan minggu selepas anda bersalin, jika anda tidak menyusu badan. Jika anda menyusu badan, masa untuk tempoh kembali datang haid boleh berbeza-beza.
Mereka yang mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif mungkin tidak mengalami haid sepanjang masa mereka menyusu. “Penyusuan susu ibu secara eksklusif” bermakna bayi anda hanya menerima susu ibu anda. Tetapi bagi yang lain, ia mungkin kembali selepas beberapa bulan, sama ada mereka menyusu atau tidak.
Jika haid anda kembali dengan cepat selepas bersalin dan anda bersalin normal, doktor anda mungkin mengesyorkan agar anda mengelak daripada menggunakan tampon semasa haid pertama anda selepas bersalin.
Ini kerana badan anda masih pulih, dan tampon berpotensi menyebabkan trauma.
Adakah haid selepas bersalin berbeza?
Haid pertama anda selepas bersalin mungkin berbeza daripada cara haid anda sebelum ini. Anda mungkin mempunyai tanda datang haid yang:
- haid tidak teratur1 – terutamanya jika ia kembali semasa anda menyusu
- kekejangan – ini mungkin lebih teruk atau lebih baik daripada sebelum anda hamil
- tempoh yang lebih lama
- darah beku kecil semasa haid anda – Jika anda mengalami pembekuan darah semasa haid, atau mengalami kehilangan darah yang lebih banyak daripada yang anda alami sebelum ini, anda harus bercakap dengan bidan atau doktor anda
- aliran yang seolah-olah berhenti dan bermula
- tempoh kitaran tidak teratur
Punca period selepas bersalin sakit
Sesetengah orang mendapati haid mereka menjadi lebih baik selepas bersalin. Ini mungkin kerana rahim telah meregang2 dan mengendur.
Tetapi tidak kurang juga yang merasakan ia lebih sakit yang mungkin disebabkan oleh rahim yang lebih luas dan mempunyai lebih banyak tisu untuk menghasilkan setiap kitaran.
Penghidap endometriosis selalunya mengalami haid yang lebih baik selepas kehamilan. Walau bagaimanapun, perubahan ini biasanya hanya sementara, dan haid yang lebih menyakitkan datang semula selepas beberapa bulan. Jadi keadaan rahim amat mempengaruhi tanda period lepas bersalin.
Petua hilangkan sengugut
- Meletakkan botol berisi air panas di kawasan pusat anda, malah petua ini dikatakan sangat berkesan bagi merelakskan otot yang tegang dan melancarkan perjalanan darah.
- Pengambilan jamu ringan seperti air kenyut assam juga antara petua hilangkan senggugut yang bagus. Ambil ketika anda tidak datang bulan dan hentikan pengambilan ketika haid. Ia dipercayaia dapat mencuci baki darah di dalam rahim.
- Dengan pil tahan sakit dapat menghentikan pengeluaran prostaglandin, iaitu asid lemak yang menggalakkan kontraksi uterus. Pastikan tiada alergi ya!
- Sapu minyak calendula di perut juga dapat membantu melegakan senggugut kepada 81 peratus wanita dalam masa 20 minit. Ia merupakan bahan penenang otot yang mudah diserap kulit.
- Selain itu, urut buku lali juga dapat merangsang penghasilan endorfin, iaitu satu lagi hormon yang membantu melegakan kesakitan. Caranya duduk dengan selesa dan posisikan tapak kaki menghadap satu sama lain. Kemudian urut bawah lengkungan buku lali guna ibu jari sekurang-kurangnya tiga minit.
- Kebanyakan wanita akan hilang rasa sakit senggugut selepas melahirkan anak. Dan juga mungkin berlaku sebaliknya. Ada kemungkinan juga apa yang menyebabkan anda berasa sakit selama ini adalah kerana cyst atau fibroid.
- Jadi dapatkan konsultasi doktor jika sakit berlarutan. Jika cyst yang dimiliki tidak besar, ia akan mengecut secara semula jadi. Namun jika sebaliknya, akan ada rawatan susulan.
- Nhs. UK (April 24, 2021). When will my periods start again after pregnancy?. www.nhs.uk/common-health-questions/pregnancy/when-will-my-periods-start-again-after-pregnancy/
- Cleveland Clinic (n.d.). Do Your Periods Change After Pregnancy?. health.clevelandclinic.org/do-your-periods-change-after-pregnancy/#:~:text=%E2%80%9CMost%20women%20will%20resume%20normal,every%2021%20to%2035%20days.
- Mayo Clinic (n.d). Menstrual cycle: What’s normal, what’s not. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/menstrual-cycle/art-20047186?pg=2
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Tiada Haid Atau Haid Tidak Teratur Semasa Menyusu? Ini Sebabnya
Baca juga: Haid Lambat Beberapa Bulan, Tapi Tidak Mengandung! Ini Penyebab Anda Missed Period
Baca juga: Tanda Pasti Hamil Yang Pelik: Badan Panas, Spotting Tapi Bukan Haid & Banyak Lagi!