Tanda sakit jantung wanita TAK SAMA macam sakit jantung lelaki! Ini 4 Tandanya
Kajian menunjukkan yang ramai wanita tak sedar yang mereka alami serangan jantung. Jadi penting untuk anda ketahui apa tanda sakit jantung pada wanita ini.
Tahukah anda, tanda serangan jantung pada wanita adalah lebih halus dan kurang dramatik? Ini menjadikan sakit jantung lebih berbahaya untuk wanita berbanding lelaki! Anda tahu apa tanda sakit jantung pada wanita?
Biasanya, kita tahu tanda biasa serangan jantung adalah rasa sakit yang menikam di dada. Tapi, bukan ini saja tanda sakit jantung pada wanita!
4 Tanda – tanda sakit Jantung Pada Wanita
Jika anda mengalami mana-mana dari empat tanda yang disenaraikan di bawah, anda perlu segera ke hospital. Mungkin tanda ini nampak ringan tapi ia boleh membawa maut jika dibiarkan.
1. Keletihan yang luar biasa
Kebanyakan ibu memang sibuk, jadi selalunya mereka akan rasa penat.
Tapi, jika anda rasa penat dan letih yang luar biasa seperti ini, anda perlu segera berjumpa doktor.
- Walaupun anda tak melakukan banyak kerja keras, anda mungkin akan merasakan penat yang berlebihan atau rasa dada anda “berat”. Mungkin selepas aktiviti mudah seperti mengemas katil atau berjalan ke tandas.
- Anda penat tapi anda terjaga pada tengah malam.
2. Peluh sejuk, pernafasan pendek dan loya
Peningkatan usia, kurang bersenam dan berat badan naik boleh menyebabkan pernafasan pendek.
Namun, ia mungkin tanda sakit jantung jika anda rasa pernafasan anda pendek dengan/tanpa sakit dada, seperti anda berlari maraton walaupun anda tak bergerak.
Tanda-tandanya termasuk:
- Peluh secara tiba-tiba atau tak cukup nafas tanpa melakukan apa-apa
- Sukar bernafas secara berterusan dan semakin teruk bila melakukan kerja
- Rasa sukar bernafas menjadi lebih teruk bila baring dan kurang apabila duduk
- Peluh dan pernafasan kurang diikuti dengan simptom lain seperti sakit dada atau letih
3. Sakit di beberapa kawasan
Tubuh badan manusia adalah satu sistem kompleks yang berhubung antara satu sama lain. Biasanya, jika satu kawasan bermasalah, ia boleh menyebabkan masalah pada bahagian badan yang lain.
Dalam hal ini, rasa sakit atau tak selesa pada satu atau kedua-dua tangan, belakang, leher, perut atau rahang mungkin petanda sakit jantung. Lebih-lebih lagi jika anda susah untuk tunjuk mana tempat yang sakit.
4. Sakit dada
Tanda yang paling jelas adalah rasa tak tak selesa seperti tekanan, diperah atau rasa penuh atau sakit di bahagian tengah dada. Ia mungkin berlanjutan selama beberapa minit dan kadang-kadang ia ada dan hilang.
Seperti lelaki, tanda serangan jantung pada wanita yang biasa adalah rasa tak selesa atau sakit dada.
Tapi wanita lebih cenderung untuk mengalami tanda-tanda lain dari lelakit. Lebih-lebih lagi pernafasan pendek, loya/muntah dan sakit belakang atau rahang.
3 perbezaan simptom sakit jantung pada wanita dari lelaki
Perbezaan serangan jantung pada wanita dan lelaki ditekankan oleh kajian dari Cedars-Sinai Medical Center di California. Menurut kajian, simptom yang unik kepada wanita adalah:
1. Wanita mengalami sakit jantung tanpa sumbat pada saluran darah
Menurut kajian, lebih 8% wanita ada parut pada jantung mereka walaupun tanpa sakit dada dengan tiada saluran darah tersumbat.
Lebih tiga dari 26 wanita tak pernah didiagnos dengan serangan jantung walaupun otot jantung mereka rosak.
2. Serangan jantung tanpa tekanan pada dada
“Walaupun lelaki dan wanita boleh mengalami tekanan pada dada dan merasakan seperti ada gajah yang duduk di dada mereka, wanita boleh mengalami serangan jantung tanpa tekanan pada dada,” kata Nieca Goldberg, MD, seorang pengarah perubatan.
3. Tekanan pada atas belakang badan
Ada juga beberapa kes wanita mengatakan mereka mengalami tekanan pada bahagian atas belakang seperti tali perlahan-lahan melilit badan.
Tanda sakit jantung pada wanita: Pencegahan
Penyakit jantung adalah sesuatu yang kita boleh cegah. Dr. Goldberg mencadangkan cara-cara ini untuk mengelak serangan jantung pada wanita:
- Buat temujanji dengan doktor untuk mengetahui risiko penyakit jantung.
- Berhenti merokok. Setahun selepas berhenti merokok, anda boleh kurangkan risiko sakit jantung kepada 50%.
- Amalkan rutin senaman seperti berjalan 30 minit sehari untuk kurangkan risiko sakit jantung atau strok.
- Jika perlu, tukar corak pemakanan anda. Banyak alternatif lain seperti cadangan snek sihat dan penyediaan makanan yang lebih baik yang anda boleh cuba.
Bantuan perubatan untuk serangan jantung
Jika anda alami serangan jantung, ikut langkah ini:
- Duduk rehat dan cuba untuk tenang.
- Longgarkan pakaian yang ketat (buka butang baju, buka tali pinggang, kasut dan buka bra).
- Jika anda ambil ubat yang berkaitan dengan sakit jantung, makan ubat itu.
- Jika dalam masa tiga minit selepas ambil ubat dan berehat dan sakit masih belum hilang, hubungi 999 untuk bantuan perubatan.
JANGAN BUAT perkara ini!
Ada juga beberapa perkara yang anda tak boleh lakukan semasa anda alami serangan jantung. Jika seseorang berdekatan anda mengalami serangan jantung, ingat perkara ini:
- JANGAN tinggalkan orang tersebut berseorangan kecuali untuk meminta bantuan.
- JANGAN tunggu untuk lihat tanda ini akan hilang.
- JANGAN berikan apa-apa ke dalam mulut mereka kecuali ubat untuk jantung yang memang dah dipreskripsi
Ketahuilah yang anda berisiko
Sebelum menopaus, hormon wanita berikan wanita beberapa perlindungan dari penyakit jantung. Walau bagaimanapun, risiko ini akan meningkat setiap tahun selepas menopaus.
Penting untuk wanita berusia lebih 40 tahun untuk mendapatkan pemeriksaan dari doktor.
Penting juga untuk anda ketahui sama ada anda ada sejarah kesihatan keluarga yang mempunyai masalah jantung kerana ini akan meningkatkan risiko anda.
Jangan abaikan tanda sakit jantung pada wanita
Goldberg berkata dia telah melihat ramai wanita yang hanya mengambil Panadol bila mereka mempunyai serangan jantung dan tak pernah meminta bantuan.
Biasanya wanita melihat tanda-tanda ini sebagai simptom biasa seperti refluks asid, selsema atau sakit biasa.
Satu kajian yang melihat perbezaan simptom serangan jantung antara lelaki dan wanita juga menemui yang beberapa wanita yang tak mengalami tanda serangan jantung biasa tak menerima rawatan yang sepatutnya.
Ini boleh menyebabkan komplikasi seperti degupan jantung abnormal, kegagalan jantung, jantung pecah atau maut.
Kajian ini juga menemui, lebih ramai wanita yang cuba untuk mendapatkan rawatan bagi simptom mereka selalunya disahkan yang mereka tak mengalami serangan jantung berbanding lelaki.
Jadi, penting untuk wanita untuk tak mengabaikan tanda sakit jantung pada wanita ini dan mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Paul dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: