Tanda-Tanda Amaran Dalam Pembesaran Anak-Anak, Semak Senarai Ini Ibu!

Sambil anda melihat anak anda membesar, anda pastinya selalu berjaga-jaga dengan tanda-tanda amaran dalam pembesaran anak. Adakah anak saya mula bercakap pada waktu yang sepatutnya? Adakah anak saya merangkak pada usia yang betul? Bilakah anak saya patut mula senyum? Semua persoalan ini bermainan di fikiran anda.

Sebagai ibu bapa kita harap anak membesar dengan baik dan sihat. Namun, apabila si manja mula menunjukkan tanda-tanda amaran dalam tumbesaran anak yang mana dia mungkin lambat sedikit berbanding kanak-kanak sebayanya, kita mula akan rasa panik dan tidak tentu arah.

Anda tidak dapat berbuat apa kecuali berlari ke kedai buku berhampiran, ambil semua buku berkaitan bayi dan mula membacanya dari kulit ke kulit.

Walaupun ada beberapa buku yang memberikan informasi berguna, ada juga yang sekadar memuatkan istilah saintifik yang terlalu banyak dan anda pun terpinga sendiri seperti mulanya.

Tahap Pencapaian Pembesaran

Pakar-pakar telah menghasilkan satu siri garis panduan pembesaran yang ringkas dan mudah dibaca, dikenali sebagai “tahap pencapaian pembesaran.”

Anda, sebagai ibu bapa, digalakkan untuk menyemak apa yang anda lihat pada bayi anda dengan panduan ini. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengetahui lebih awal apa yang boleh anda harapkan pada bulan-bulan akan datang.

tanda-tanda amaran dalam tumbesaran anak

Gambar di atas adalah satu contoh ‘Carta Tahap Pencapaian Pembesaran.’ Ada banyak lagi carta lain yang terperinci tetapi carta yang ini meliputi bahagian utama dalam pembesaran. Ia adalah mudah untuk dibaca dan diikuti.

Tidak mencapai tahap pencapaian ini, atau mencapainya lewat daripada kanak-kanak lain, boleh menjadi tanda-tanda kelewatan pembesaran. Jadi, ianya adalah penting untuk kita sentiasa berjaga-jaga dengan tanda-tanda amaran atau ‘red flag’ di dalam potensi kelewatan pembesaran kanak-kanak.

Kanak-kanak boleh menunjukkan tanda kelewatan di dalam pelbagai aspek pembesaran mereka. Contohnya, kelewatan dalam kemahiran bahasa atau kemahiran motor atau juga kemahiran sosial.

Tanda-tanda Amaran Dalam Tumbesaran Anak

Sebab itulah, untuk memudahkan ibu bapa, para pakar telah membahagikan tanda-tanda amaran red flag kepada beberapa kategori: Ucapan & Bahasa, Kemahiran Motor, Sosial/Emosi, dan Pemikiran.

1# Ucapan & Bahasa

tanda-tanda amaran dalam tumbesaran anak

Ucapan adalah merujuk kepada ungkapan lisan, termasuklah cara-cara perkataan dibentukkan. Manakala, bahasa adalah satu sistem yang luas berkaitan ungkapan dan menerima maklumat, seperti kemampuan memahami gerak isyarat.

Semak beberapa tanda kelewatan atau tanda amaran di dalam tumbesaran anak, khususnya di dalam ucapan dan bahasa.

Pada umur 4 bulan, jika anak anda:

  • Tidak memberi tindak balas pada bunyi bising yang kuat
  • Tidak mengeluarkan bunyi mulut

Pada umur 7 bulan tahun, jika anak anda:

  • Tidak bertindak balas pada bunyi

Pada umur 1 tahun, jika anak anda:

  • Tidak mengguna sepatah pun perkataan (seperti “mama” atau “dada”)

Pada umur 2 tahun, jika anak anda:

  • Tidak boleh bercakap sekurang-kurangnya 15 perkataan
  • Tidak menggunakan frasa 2-perkataan tanpa pengulangan (seperti “nak biskut”)
  • Hanya boleh meniru ucapan (tetapi tidak membentuk frasa sendiri)

Pada umur 3 tahun, jika anak anda:

  • Tidak boleh menggunakan sekurang-kurangnya 50 perkataan
  • Tidak menggunakan ayat ringkas (contohnya Kereta Besar Gerak)

Pada umur 5 tahun, jika anak anda:

  • Tidak memahami 2 kata perintah berserta kata sendi (seperti “bawah” atau “atas”)
  • Tidak boleh menggunakan kata jamak atau kata bagi perkara yang telah berlaku secara betul
  • Tidak boleh menceritakan apa yang telah berlaku pada hari tersebut

Jika anak anda menunjukkan lebih daripada 6 bulan kelewatan di dalam mana-mana bahagian dinyatakan di atas, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada Pakar Patologi Ucapan & Bahasa untuk penilaian secara rasmi.

2# Kemahiran Motor

tanda-tanda amaran dalam tumbesaran anak

Kelewatan pembesaran di dalam kemahiran motor mungkin berkait dengan kemahiran motor asas, seperti merangkak atau berjalan, ataupun kemahiran motor yang lebih halus seperti menggunakan jari untuk menggenggam sudu.

Berikut adalah tanda-tanda amaran di dalam tumbesaran anak, terutamanya dalam kemahiran motor:

Pada umur 4 bulan, jika anak anda:

  • Tidak mencapai, menggenggam, atau memegang objek atau memasukkannya ke mulut
  • Tidak menyokong kepalanya dengan baik

Pada umur 7 bulan, jika anak anda:

  • Mempunyai otot yang keras dan tegang atau lembik
  • Menjatuhkan kepalanya jika diletakkan dalam posisi duduk
  • Tidak berguling ke mana-mana arah
  • Tidak boleh berdiri tegak tanpa bantuan

Pada umur 1 tahun, jika anak anda:

  • Tidak merangkak
  • Mengensot badannya ketika merangkak
  • Tidak boleh berdiri biarpun dibantu

Pada umur 2 tahun, jika anak anda:

  • Tidak boleh berjalan atau hanya berjengket
  • Tidak boleh menolak mainan beroda

Pada umur 5 tahun, jika anak anda:

  • Tidak boleh menyepak atau membaling bola
  • Tidak boleh mengayuh basikal roda tiga
  • Tidak boleh memberus gigi
  • Tidak boleh membuka pakaian dengan mudah

Jika anak anda menunjukkan lebih daripada 6 bulan kelewatan di dalam mana-mana bahagian dinyatakan di atas, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada Pakar Pemulihan Terapi Carakerja (Occupational Therapist).

3# Sosial & Emosi

Tanda-Tanda Amaran Dalam Pembesaran Anak-Anak, Semak Senarai Ini Ibu!

Kredit: Freepik

Kanak-kanak mungkin berhadapan dengan masalah bergaul dengan orang dewasa atau kanak-kanak lain. Ini dipanggil kelewatan pembesaran sosial dan/atau emosi. Selalunya kesukaran ini timbul sebelum seseorang anak itu memulakan sekolah.

Berikut adalah tanda-tanda amaran di dalam tumbesaran anak, terutamanya dalam kemahiran sosial dan emosi:

Pada umur 3 bulan, jika anak anda:

  • Tidak senyum pada orang lain
  • Tidak kenal muka baru

Pada umur 7 bulan, jika anak anda:

  • Enggan untuk berpelukan
  • Tidak menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa atau penjaga
  • Tidak menunjukkan minat pada permainan cak-cak (peek-a-boo)

Pada umur 1 tahun, jika anak anda:

  • Tidak menunjukkan perkongsian atau reaksi terhadap bunyi, senyuman atau ekspresi muka
  • Tidak menunjukkan perkongsian atau reaksi terhadap gerak isyarat seperti melambai, mencapai atau menunjuk

Pada umur 3 tahun, jika anak anda:

  • Tidak menunjukkan minat terhadap kanak-kanak lain
  • Tidak mengekalkan hubungan mata (eye-contact) secara baik

Pada umur 5 tahun, jika anak anda:

  • Tidak mahu bermain dengan kanak-kanak lain
  • Tidak boleh berpisah dengan ibu bapa dengan mudah
  • Menunjukkan tindak balas emosi yang sedikit

Jika anak anda menunjukkan lebih daripada 6 bulan kelewatan di dalam mana-mana bahagian dinyatakan di atas, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat Pakar Pediatrik Pembesaran & Tingkah Laku atau Pakar Terapi Bantuan Awal (Early Intervention Therapist).

4# Pemikiran

Tanda-Tanda Amaran Dalam Pembesaran Anak-Anak, Semak Senarai Ini Ibu!

Kelewatan pemikiran selalunya didefinisikan sebagai kesukaran dalam berfikir seperti berfikir secara logik, mencari sebab, menyelesaikan masalah, mengingat, dan sebagainya.

Semak kelewatan dalam pemikiran melalui tanda berikut:

Pada umur 1 tahun, jika anak anda:

  • Tidak mencari objek yang disorokkan dihadapannya
  • Tidak menunjuk ke arah objek atau gambar

Pada umur 2 tahun, jika anak anda:

  • Tidak mengetahui fungsi objek biasa seperti sikat, telefon, atau sudu
  • Tidak mengikut arahan yang mudah
  • Tidak meniru perbuatan atau perkataan

Pada umur 3 tahun, jika anak anda:

  • Tidak bermain permainan imaginasi kanak-kanak (contohnya berpura-pura menjadi puteri, bermain masak-masak)

Pada umur 5 tahun, jika anak anda:

  • Tidak dapat memberikan perhatian kepada satu-satu aktiviti sekurang-kurangnya 5 minit
  • Mudah terganggu perhatiannya

Jika anak anda menunjukkan lebih daripada 6 bulan kelewatan di dalam mana-mana bahagian dinyatakan di atas, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat Ahli Psikologi Klinikal untuk penilaian rasmi.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  14 punca kenapa perkembangan anak anda perlahan dan agak LAMBAT

Baca juga: Usah Risau Bila Anak Lelaki Lambat Belajar, Daya Fokus Mereka Berbeza Berbanding Perempuan

Baca juga: Berat Badan Kurang & Tubuh Anak Kecil Tanda Perkembangan GAGAL, Ibu Sila Take Note!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!