Tanda Tanda Kanser Ini Kerap Disalah Erti Dengan Petanda Awal Kehamilan, Cepat Buat Pemeriksaan Doktor!

undefined

Tahukah anda kadang-kadang, tanda awal kanser payudara atau kanser ovari boleh nampak seperti tanda tanda mengandung? Ini 7 tanda yang sering disalah erti.

Memang excited kalau kita tahu yang kita hamil dengan melihat beberapa tanda tanda mengandung. Tapi, tahukah anda yang kanser payudara atau kanser ovari juga boleh menunjukkan tanda tanda kanser awal yang sering disalah erti sebagai tanda mengandung?

Kami bukan ingin menakutkan anda, tapi anda perlu mengetahui ilmu ini agar anda boleh menjaga kesihatan diri sendiri sekaligus mendapatkan pertolongan dari doktor dengan sewajarnya.

Tanda-tanda Kanser Yang Mirip Petanda Hamil

tanda tanda mengandung

Jadi mari kita tengok apakah 7 tanda tanda kanser yang senang disalah anggap sebagai tanda mengandung.

1. Ujian kehamilan yang positif

Dalam kes yang mungkin jarang berlaku, ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif (anda hamil, yay!) boleh menjadi tanda awal kanser. Hal ini kerana ujian kehamilan tersebut mengesan hormon yang digelar sebagai hCG.

Jika ada hormon hCG, maka wanita itu hamil. Namun, hormon hCG juga hadir dalam tubuh individu yang didiagnosis dengan kanser. Jadi, mungkin ujian kehamilan positif adalah petanda awal kanser! 

Apa yang penting adalah anda perlu melakukan ujian saringan dengan doktor. 

2. Kaki bengkak

Salah satu tanda tanda mengandung yang harus dialami oleh semua ibu hamil adalah masalah kaki bengkak. Ini terjadi kerana badan menghasilkan lebih banyak darah dan cecair untuk melindungi bayi dalam kandungan.

Namun, kaki bengkak juga adalah petanda praeklampsia. Praeklampsia selalunya menyerang wanita yang sudah hamil selama 20 minggu ke atas. Ia boleh menyebabkan masalah jantung dan kegagalan hati berfungsi.

30% wanita yang menghidap praeklampsia akan terkena kanser, jadi amat penting untuk ibu-ibu hamil di luar sana mendapatkan pemeriksaan doktor pakar agar mereka mampu memantau kesihatan anda.

3. Darah sedikit semasa hamil (spotting)

Kira-kira 20% wanita hamil mengadu mereka mengalami spotting atau pendarahan ringan ketika 12 minggu pertama kehamilan. Sebenarnya, spotting memang biasa berlaku, terutamanya dalam trimester terakhir.

Tapi, spotting juga adalah salah satu tanda awal kanser serviks yang ramai wanita tidak sedar! Ini kerana mereka menganggap spotting adalah pendarahan “biasa”.

Jadi, anda kena lebih peka dengan kesihatan anda, ya!

4. Sakit di bahagian bawah perut

Sakit di bahagian bawah perut adalah tanda tanda mengandung yang biasa terjadi. Ini kerana bayi sedang membesar dalam kandungan wanita.

Namun dalam sesetengah kes, sakit di bahagian bawah perut adalah petanda bengkak atau pembentukan cecair yang mengakibatkan kanser perut, malah juga kanser serviks. 

Maka, jika ketika hamil, anda asyik mengalami rasa sakit yang sungguh tajam di sekitar perut/abdomen anda, segera dapatkan rawatan doktor pakar untuk mengenalpasti punca kesakitan tersebut.

5. Mual dan pening (morning sickness)

Satu lagi tanda tanda mengandung adalah rasa mual dan pening, atau lebih dikenali sebagai morning sickness. Ia selalu sangat terjadi pada wanita hamil, hingga ia dianggap sebagai normal.

Namun, morning sickness juga boleh menjadi tanda awal untuk kanser perut dan kanser usus

6. Tambah berat badan

Pertambahan berat badan ketika mengandung adalah normal, kerana janin sedang membesar dalam kandungan anda.

Namun, pertambahan berat badan juga kadang kala merupakan tanda awal untuk kanser ovari. Ini kerana jika anda terkena kanser ovari, tumor boleh membesar dengan cepat dalam abdomen wanita, yang membuatkan pertambahan berat badan.

7. Asyik terlupa

Wanita hamil akan sinonim dengan masalah cepat lupa atau pelupa. Namun biasanya lepas bersalin nanti, ingatan anda akan kembali seperti sediakala.

Kalau tak kembali juga, anda boleh cuba 2 trik mudah ini untuk tidak jadi pelupa ketika hamil.

Akan tetapi, ada masalah juga jika anda asyik terlupa. Ia mungkin adalah petanda awal untuk kanser otak, kerana kimia dalam otak anda diubahsuai hingga anda menjadi pelupa.

Apa yang penting di sini adalah anda harus sentiasa peka dengan kesihatan diri sendiri. Lakukan pemeriksaan dengan doktor pakar jika anda risau dengan sesuatu simptom yang dialami.

Kami di theAsianparent mendoakan yang terbaik untuk semua ibu-ibu hamil di luar sana. Semoga anda sentiasa dilindungi-Nya. 

8. Rasa penat

Merasakan penat atau keletihan sepanjang hari tidakkira berapa kali anda rehat sekalipun, tetapi tubuh masih merasa penat. Letig adalah satu perkara yang sering diadukan oleh sesetengah wanita hamil sepnajang tempoh kehamilan, biasanya disebabkan oleh perubahan hormon yang mengambil alih.

Berikutan tubuh anda sedang menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung anda dan bayi dalam kandungan, kandungan gula dalam darah dan tekanan darah juga akan meningkat. 

Sebagai satu cara untuk trade-off, anda mendapat boost di dalam progesterone yang mana membuatkan ibu hamil alami lebih rasa mengantuk. Pada peringkat ini letih melampau ini adalah selalunya kerap berlaku pada trimester pertama dan ia akan semakin baik selepas itu. Walaubagaimanapun, sesetengah wanita yang tidak bernasib baik akan mengalami keadaan yang mana tubuh mereka cepat kehilangan tenaga biarpun selepas bersalin.

Perkara yang menakut, walaubagaimanapun, adalah rasa letih itu juga boleh jadi satu simptom major akan kanser. Berikutan tubuh kita bekerja lebih keras untuk melawan sel kanser, ia akan mengakibatkan lebih rasa penat. Merasakan lemah dan penat adalah simptom tipikal pada pesakit kanser dan ia boleh berterusan sehingga selepas sesi rawatan habis.

9. Migraine tidak henti

Satu lagi perkara yang sering diadukan oleh kebanyakkan wanita hamil adalah apabila mereka mengalami migraine yang teruk. Anda boleh tahu yang ia migraine apabila merasakan sakit yang intense pada satu kawasan tersendiri di bahagian kepala. 

Ia adalah diakibatkan oleh perubahan hormon dan sesetengah wanita mengalami migraine yang teruk berbanding wanita hamil lain. Jika anda melalui migraine yang agak teruk sewaktu kitaran haid yang lepas, jadi seakannya anda akan mendapatnya lebih teruk sewaktu hamil. 

Dan apa yang lebih teruk adalah apabila anda tidak boleh lakukan lebih untuk merawatnya ketika hamil. Doktor hanya boleh mencadangkan kepada ibu hamil untuk mengambil acetaminophen, yang mana tidak begitu kuat apabila ia perlu melawan rasa migraine yang menyakitkan yang boleh berlaku selama beberapa hari.

Malangnya, migraine juga boleh jadi satu tanda major akan kondisi yang lebih teruk seperti kanser otak. Simptom ini juga sangat sama pada ramai orang yang melalui migraine berpanjangan yang perlu digegaskan ke ER kerana ditakuti jadi lebih teruk. Jika anda mengalami perkara ini, adalah penting untuk anda mendapat diagnosis yang tepat dari pakar neurologist yang lebih arif dalam bidang tersebut.

10. Sakit pada bahagian perut

Biarpun hakikatnya yang sakit pada bahagian perut boleh jadi agak menakutkan untuk dialami ketika hamil, boleh kata hampir separu wanita hamil mengalami beberapa degree akan kesakitan pada bahagian abdomen, yang mana boleh berlaku pada bila-bila masa di sekitar tempoh kehamilan.

Kebanyakkan kes yang mild adalah agak normal dan boleh mimik seakan sama dengan kekejangan PMS. Dengan semua perubahan ketara yang berlaku pada bahagian perut, sedikit ketidakselesaan adalah seperti yang dijangkakan. Walaubagaimanapun, rasa sakit yang tajam dan berpanjangan boleh jadi satu tanda komplikasi yang serius dan tidak sepatutnya diendahkan.

Yang menariknya, sakit pada bahagian abdomen juga boleh jadi simptom kanser yang tidak patut diabaikan juga. Sakit abdomen atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen boleh jadi satu tanda pembengkakkan atau pembentukkan cecair yang disebabkan oleh kanser perut.

Sakit abdomen boleh jadi sukar untuk kita kenal pasti, yang mana disebabkan itulah kanser perut adalah selalunya didiagnos pada peringkat lewat. Inilah sebabnya kenapa pentingnya untuk membuat pemeriksaan secepat yang mungkin jika simptom ini muncul.

11. Mood tidak stabil

Jika anda rasa migraine, mual dan sembelit tidak cukup untuk menghalang mana-mana wanita untuk tidak ingin hamil lagi, kini kita juga boleh tambah sedikit kesan mood tidak stabil ke dalam simptom-simptom ini. Tiada siapa yang sukakannya lebih berbanding daripada pasangan anda.

Sekejap anda merasa gembira seperti anda boleh mengemas sekeliling rumah, dan tak lama selepas itu anda menangis hanya kerana sebab perkara kecil. Mood tidak stabil akan bermula sewaktu minggu pertama kehamilan dan akan muncul pada trimester terakhir ketika tubuh sedang bersedia untuk bersalin.

Apa yang boleh jadi lebih bersalah daripada hormon sayang? Dan selain daripada hormon, bagaimana lagi seorang wanita boleh mengatasi berat badan berlebihan dan sentiasa tidak selesa?

Walaubagaimanapun, pesakit kanser juga boleh mengalami ketidakstabilan mood yang turun naik. Pesakit kanser otak khususnya mengalami kesan pertama akan perubahan chemical yang juga boleh mengubah personaliti seseorang sepenuhnya. Sesetengah wanita melalui simptom seperti depresi, anxiety, gangguan obsesif kompulsif, mudah marah dan menangis.

Diharapkan yang artikel ini dapat memberi sedikit manfaat kepada wanita-wanita di luar sana. Bukan untuk memberikan rasa takut, tetapi agar kita lebih waspada dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita.

Sumber: Babygaga.comOvarian-cancer-survivors.org

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Benda Bukan Penyebab Kanser dan 2 Yang Berpotensi Menyebabkan Kanser!

Baca juga: Bijirin sarapan kegemaran anak ini ada toksik punca kanser, menurut kajian!

Baca juga: Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!