Rindu Nak BERSENAM ZUMBA Semasa Hamil, Ini Step & Manfaat Yang Anda Patut Buat
Selalu buat senaman zumba tapi tiba-tiba tahu diri hamil, boleh atau tidak saya melakukannya semasa mengandung?
Hampir semua ibu hamil suka mencuba sesuatu yang baru semasa sembilan bulan kehamilan. Disebabkan ingin mendapatkan gerakan yang lebih ekstrem, mereka suka membuat tarian zumba supaya badan lebih berpeluh seterusnya tidak bosan melakukan senaman yang sama setiap hari.
Namun begitu, seperti yang kita tahu tarian zumba ini memerlukan gerakan yang lebih laju sekaligus ia boleh membuatkan ibu hamil berasa cepat penat, berpeluh dan keletihan.
Persoalannya di sini, boleh atau tidak ibu hamil melakukan tarian zumba ini semasa hamil? Ini penjelasan lanjut berkaitannya.
Buat tarian zumba semasa hamil, boleh atau tidak?
Buat pengetahuan, tarian zumba adalah sejenis olahraga dari negara Columbia di mana setiap gerakan memerlukan hentakan dan gerakan yang agak tangkas. Malah muzik yang dimainkan juga bertempo cepat dan ceria.
Namun sebenarnya, senaman zumba ini tetap boleh dilakukan wanita hamil, tapi ia haruslah dengan gerakan yang lebih perlahan dan tidak terlalu memaksa melakukan pergerakan yang cepat seterusnya meletihkan ibu mengandung.
Apatah lagi, kombinasi gerakan dalam zumba ini membuatkan bayi ikut bergerak sama dengan ibu semasa dalam kandungan.
Kelebihan senaman zumba semasa hamil
Ini beberapa kelebihan dan manfaat bagi ibu hamil yang melakukan senaman zumba. Namun perlu diingatkan, jangan buat rentak yang terlalu laju dan cepat kerana ia mungkin boleh memberi risiko pada kehamilan anda.
#1. Hilangkan sakit semasa hamil
Masalah sakit pinggang sering menganggu ibu sepanjang kehamilan namun ternyata dengan senaman zumba ini bisa mengurangkan masalah tersebut.
Ini kerana, senaman yang tepat dapat membuat produksi endorfin meningkat yang akhirnya mengatasi rasa sakit secara lebih baik.
Malah endorfin yang meningkat itu dapat membentuk perasaan yang bahagia dan ceria.
#2. Mempersiapkan diri untuk bersalin
Dengan senaman zumba ini juga dapat membantu proses bersalin dengan cara mengatur nafas dengan sebaiknya semasa bersalin secara normal. Namun, ibu harus mengikuti kelas zumba dengan instraktor yang berpengalaman dalam kendalikan latihan ini bagi wanita hamil.
#3. Meningkatkan peredaran darah
Senaman zumba juga mempunyai gerakan yang cenderung membuatkan sirkulasi darah meningkat dengan baik. Sekaligus ia membantu keadaan ibu supaya tidak mengalami pembengkakan pada kaki dan tangan akibat aliran darah yang tak sempurna.
Tips senaman zumba ketika hamil
– Tidak berlebihan
Walaubagaimanapun, ibu seharusnya tidak berlebihan dan jangan memaksa tubuh untuk melakukan gerakan zumba sekiranya merasakan badan tak sihat atau cepat penat.
– Mengikuti kelas kehamilan
Sebaiknya ibu hamil mengikuti kelas kehamilan khusus untuk senaman zumba jika ada dan anda juga berminat untuk melakukannya. Seterusnya instraktor boleh ajar gerakan yang lebih mudah dan ringan untuk ibu hamil.
– Ambil air kosong yang mencukupi
Seterusnya, jangan lupa untuk minum air dengan mencukupi setiap hari kerana gerakan zumba ini boleh membuatkn tubuh cepat penat maka air kosong sangat diperlukan.
– Berhenti jika penat
Senaman zumba ini mungkin boleh membuatkan ibu bernafas dengan sangat cepat dan laju jadi kalau boleh guna irama yang lebih santai supaya mood bersenam lebih relaks. Kemudian, berehat jika rasa tak cukup nafas atau penat.
Risiko yang mungkin boleh terjadi
1. Gerakan yang aktif terus menerus mungkin boleh memicu kontaksi pada ibu hamil.
2. Gerakan yang terlalu aktif boleh membuatkan betis mengalami sakit dan tidak selesa.
3. Ibu mengalami sesak nafas kerana tak berehat dengan betul
4. Sakit kepala juga boleh dirasai jika ibu penat dan kurang cairan dalam tubuh.
Walaubagaimanapun, sebelum memulakan senaman zumba ringan ini cuba bertanyakan dahulu kepada doktor mengikut tahap kesihatan anda semasa hamil.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan anda yang lain terutama mereka yang sedang mengandung dan sukakan senaman ini!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Hamil.co.id
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga