X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Nenek Beri Cucu Usia 13 Hari Minum 6oz Air Masak! Parents, Tolong JANGAN Beri Air Masak Pada Bayi!

5 min bacaan
Nenek Beri Cucu Usia 13 Hari Minum 6oz Air Masak! Parents, Tolong JANGAN Beri Air Masak Pada Bayi!Nenek Beri Cucu Usia 13 Hari Minum 6oz Air Masak! Parents, Tolong JANGAN Beri Air Masak Pada Bayi!

Walaupun sudah ditegaskan yang bayinya tidak boleh diberi air putih, namun ibu mertuanya masih melakukannya!

Bolehkah bayi minum air putih?

Air putih atau air kosong sememangnya baik untuk diambil selepas selesai makan atau bagi melancarkan pencernaan dan mengelakkan dehidrasi. Tetapi hal ini sama sekali tidak boleh digunapakai bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah.

Bagi ibu, ia mudah untuk mengawal pemakanan si manj,a namun bagaimana pula sekiranya bayi diletakkan di bawah penjagaan orang lain? Inilah yang berlaku kepada seorang ibu di mana anak kesayangannya diberi minum air masak dengan berlebihan!

Bolehkah Bayi Minum Air Putih? Jawapannya Tidak!

bayi bawah 6 bulan

Seorang ibu telah berkongsi tentang bagaimana ibu mertuanya melakukan sesuatu tanpa izinnya. Bayi kecilnya yang baru berusia 13 hari itu telah diberi air masak secara berlebihan, walaupun si ibu telah memberitahu ibu mertuanya untuk tidak melakukannya.

Nah, apa yang akan anda rasakan sekiranya berada dalam keadaan ini?

“Saya beritahu tidak, bayi tidak memerlukan air”

Ibu itu menjelaskan anak perempuannya mempunyai perut yang sensitif, jadi dia telah dinasihatkan oleh doktor untuk memberi susu kepadanya dalam dos kecil. Malah bayi itu juga sangat cantik, jarang menangis dan tidur nyenyak pada kebanyakkan malam.

Namun beberapa minggu yang lalu, ibu mertuanya mencadangkan dia memberikan bayi berusia 13 hari tersebut air untuk membantu dia menyejukkan diri. Ibu mertuanya berkata dia ingin melakukan demikian disebabkan cuaca agak panas!

“Saya telah beritahu tidak, yang bayi tidak memerlukan air. Tambahan lagi dengan dengan perutnya yang sangat sensitif, sudah tentu saya tidak mahu apa-apa yang tidak dibenarkan!” 

Ibu Mertua Beri Bayi Usia 13 Hari Minum 6oz Air Putih

Beberapa minggu kemudian, pasangan tersebut  pergi ke majlis perkahwinan dan perlu meninggalkan puteri mereka bersama ibu mertua. Semuanya kelihatan okay, namun hakikatnya mereka menyedari ada sesuatu yang pelik pada si puteri selepas mengambilnya semula.

“Walaupun hari tersebut panas, ibu mertua saya pakaikan bayi dengan baju tidur dan memakainya selimut. Saya rasa sakit hati dengan keadaan ini, jadi saya buka baju anak saya tetapi terlihat betapa kembungnya perut dia!”

“Saya mesej ibu mertua untuk bertanya sama ada anak saya baik sepanjang hari dan mesaj balasnya adalah ‘Ibu fikir dia terlalu panas jadi ibu beri dia sebotol air sebanyak 6oz (175ml) jadi jangan risau ya, dia akan baik-baik saja’ . “

Ibunya menambah yang anak perempuannya okay selepas beberapa kali sendawa, tetapi pastinya dia masih tertanya, adakah dia tidak berhak merasa marah apabila ibu mertuanya melanggar arahan yang semudah itu?

air masak untuk bayi

“Mungkin sekarang dia hanya beri air putih tetapi macam mana pula lain kali? Beri anak saya makan? Air manis?”

“Kalau setakat satu sip saja ia bukannya isu tetapi 6oz itu terlalu banyak!”

Respons Yang Pelbagai dari Warga Internet

Posting berkenaan isu tersebut dari si ibu juga mendapat pelbagai maklumbalas dari warga internet. Ada yang bersetuju, malah ada juga yang merasakan ia tidak akan mengapa-apakan bayi tersebut.

“Mulanya saya nak cakap awak bersikap tidak keruan, sebab benda ni perkara biasa sebenarnya..tetapi memandangkan awak telah berpesan kepada ibu mertua jadi dia tidak sepatutnya melanggar peraturan awak.”

Seorang lagi berkata, 

“6oz air? Kalau setakat 1 sip saja ia tidak menjadi isu tetapi 6oz terlalu banyak. Anak saya baru berusia 11 bulan juga tidak minum sebanyak itu. Tambahan lagi awak sudah beritahu ibu mertua untuk tidak melakukannya!” “6oz air banyak untuk bayi usia 13 minggu,” tambah seorang lagi. “Dia tahu awak tidak mahu bayi minum air putih dan dia masih memberikannya. Kalau saya jadi awak, dia tidak akan menjaga bayi lagi sehingga dia dapat menghormati hasrat saya.”

Namun ada segelintir yang merasakan ia tidak berbahaya.

“Saya fikir dia cuma melakukan apa yang dia fikir terbaik untuk memastikan bayi anda tidak menjadi kering,” 

Seorang lagi berkata, ia adalah salah faham yang mudah:

“Saya hanya akan menganggapnya sebagai salah faham, tambahan lagi semasa generasinya ia kerap dilakukan.”

Kenapa Bayi Tidak Boleh Minum Air Putih?

bayi minum air masak

Menurut HealthDirect, bayi hanya perlu susu ibu atau formula untuk 6 bulan pertama.

Semasa cuaca panas, air mendidih yang disejuk boleh ditawarkan dalam jumlah yang kecil, namun hanya selepas bayi berusia 6 bulan. Penggunaan air yang berlebihan boleh membawa kepada mabuk air yang boleh menjadi sangat berbahaya.

Cadangan HealthDirect untuk pengambilan air untuk bayi:

  • Sekiranya bayi berusia kurang dari enam bulan, mereka hanya perlu minum susu ibu atau susu formula.
  • Setelah umur lebih 6 bulan, parents boleh memberi bayi asedikit air hanya jika perlu, sebagai tambahan kepada susu ibu atau suapan formula.
  • Air TIDAK mesti menggantikan susu ibu atau susu formula mereka.
  • Susu susu atau formula masih harus menjadi minuman utama mereka sehingga 12 bulan.
  • Selepas 12 bulan, minuman utama mereka perlu air dan susu lembu atau susu ibu.
  • Tawarkan air dan susu dalam cawan.
  • Sekiranya bayi baru mula makanan pejal, mulakan dengan beberapa teguk air dari cawan semasa mereka makan. Ini supaya mereka dapat belajar tentang minum dari cawan dan ia juga dapat membantu sembelit kerana mereka akan lebih kerap membuang.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Nenek Beri Cucu Usia 13 Hari Minum 6oz Air Masak! Parents, Tolong JANGAN Beri Air Masak Pada Bayi!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comair-masak-untuk-bayi

 

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Nenek Beri Cucu Usia 13 Hari Minum 6oz Air Masak! Parents, Tolong JANGAN Beri Air Masak Pada Bayi!
Kongsikan:
  • Anak Kerap Minum Air Kosong Bukanlah Tabiat Yang Normal, Ia Petanda Diabetes!

    Anak Kerap Minum Air Kosong Bukanlah Tabiat Yang Normal, Ia Petanda Diabetes!

  • Bayi Bawah 6 Bulan TIDAK BOLEH Minum Air Kosong, Bahayakan Nyawa!

    Bayi Bawah 6 Bulan TIDAK BOLEH Minum Air Kosong, Bahayakan Nyawa!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Anak Kerap Minum Air Kosong Bukanlah Tabiat Yang Normal, Ia Petanda Diabetes!

    Anak Kerap Minum Air Kosong Bukanlah Tabiat Yang Normal, Ia Petanda Diabetes!

  • Bayi Bawah 6 Bulan TIDAK BOLEH Minum Air Kosong, Bahayakan Nyawa!

    Bayi Bawah 6 Bulan TIDAK BOLEH Minum Air Kosong, Bahayakan Nyawa!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.