Setiap ibu pastinya inginkan terbaik buat si manja bermula dengan penjagaan harian hinggalah pengambilan makanan. Seiring peningkatan usia, anda mungkin kehabisan idea untuk menyediakan makanan bayi 1 tahun.
Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?
- Makanan bayi 1 tahun yang mudah berkhasiat- Rice egg roll
- Makanan sesuai untuk bayi 1 tahun
Memandangkan pada usia ini anak sudah mula belajar makan sendiri dan boleh mengunyah, adalah penting ibu mempelbagaikan menu yang memikat selera si manja.
Makanan bayi 1 tahun yang mudah berkhasiat- Rice egg roll
Pada usia ini, susu badan masih lagi membekalkan nutrisi serta perlindungan daripada penyakit, tetapi makanan lain akan menjadi sumber utama untuk nutrisi serta tenaga. Anda boleh berikan mereka makanan lain dan kemudian berikan susu badan jika mereka masih lapar.
Menurut American Academy of Pediatrics, saat anak memasuki satu tahun, mereka memerlukan sekurangnya, 1000 kalori, 700 mg kalsium, 600 IU vitamin, dan 7 mg zat besi setiap hari untuk membantu pertumbuhan yang betul.
Pada usia ini juga anak akan menjadi cerewet dalam memilih makanan jadi ibu kenalah bijak dalam memilih menu makanan mereka.
Jangan asyik bagi anak makan bubur sahaja, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh seorang ibu di laman Facebook ini untuk tarik selera makan anak.

Resipi rice egg roll

Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Ayam cincang
- Telur
- Brokoli
- Serbuk ikan bilis
- Nasi putih

Cara membuatnya:
- Tumis bawang putih bersama dengan ayam cincang, Ketepikan.
- Pukul telur bersama brokoli dan serbuk ikan bilis. Ketepikan.
- Masak telur di dalam kuali. Pastikan lapisan telur tidak terlalu tebal atau nipis. Buat seperti lapisan telur dadar
- Letakkan nasi di atas lapisan telur tetapi jangan letak banyak sangat nanti susah nak gulung.
- Taburkan ayam cincang, serbuk keju dan juga lobak merah. Anda boleh hiris lobak merah.
- Gulungkan telur tadi dengan berhati-hati.
- Tunggu sejuk baru anda potong hidangan telur tersebut.
- Hidangkan pada anak anda.
Makanan yang sesuai untuk bayi 1 tahun
Anak yang sudah berusia setahun sudah boleh makan makanan yang sama seperti anda namun mungkin ada beberapa makanan yang perlu diubah untuk memastikannya mudah dan selamat untuk dimakan.
Ibu bapa tidak boleh memaksa anak untuk makan, sebaliknya terus menawarkan pelbagai pilihan berkhasiat untuk mereka. Anak anda mungkin perlu mencuba makanan tersebut berkali-kali sebelum mereka menyukainya.
Di sini ada beberapa senarai makanan yang sesuai untuk bayi 1 tahun yang ibu boleh cuba.
Buah seperti avokado, pisang, oren, beri, mangga dan buah lain adalah pilihan terbaik untuk menu makanan anak anda. Pastikan anda potong buahan tersebut menjadi kepingan kecil agar mudah untuk si manja makan.
Sama seperti orang dewasa, anak anda juga boleh menikmati semua jenis sayuran. Inilah usia yang sesuai untuk mengajar anak supaya makan sayur. Ibu bolehlah cuba menu sayuran berbeza agar si manja tertarik untuk makan atau boleh cuba puri makanan bayi dengan campuran buahan dan sayuran kerana ia memberikan rasa yang manis.
Pada usia ini juga, anak sudah boleh makan potongan daging sebagai sumber protein. Cuma pastikan daging atau ayam itu di potong dalam saiz yang mudah untuk mereka makan. Mereka juga boleh menikmati protein lain seperti lentil, kekacang, tauhu atau telur.
Bijirin seperti oatmeal menawarkan serat yang sihat untuk mengelakkan masalah sembelit.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini
Baca juga: Senarai Makanan Bayi 9 Bulan Yang Sedap & Berkhasiat, Mampu Pikat Selera Si Manja!
Baca juga: Cara Bekalkan Makanan Bayi Ke Rumah Pengasuh, Ini Panduan Buat Ibu Yang Bekerja
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!