Teh, Kopi Bukan Minuman Untuk Anak Kecil, Hentikan Segera Jika Pernah Beri Pada Mereka!
Teh dan kopi memang minuman yang popular. Tetapi ada ibu ayah yang pakai 'sumbat' je mulut anak dengan minuman ini sedangkan ia sebenarnya tidak elok.
Teh dan kopi memang minuman yang popular. Tetapi ada ibu ayah yang pakai ‘sumbat’ je mulut anak dengan minuman ini sedangkan ia sebenarnya langsung tidak sesuai untuk anak kecil.
Punyalah banyak air, kopi dan teh juga mahu diberi kepada anak. Apa salahnya beri saja air kosong, lebih selamat untuk anak kecil kerana perut mereka terlalu sensitif untuk memproses air berperisa.
Teh dan kopi bukan untuk anak kecil, silap besar beri pada mereka
Menurut artikel dikongsikan majalahpama, nutrisi memainkan peranan penting dalam pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak. Oleh itu diet seimbang yang membekalkan segala nutrien sangat diperlukan bagi membantu menyokong perkembangan anak-anak kecil ini.
Teh dan kopi mengandungi kafein dan tannin yang menghalang penyerapan zat makanan ke dalam badan, jadi anda mesti sudah boleh fikirkan, kenapa ia sangat berbahaya untuk anak.
Menurut perkongsian artikel itu, beberapa dapatan kajian pertubuhan antarabangsa dan tempatan mendapati kanak-kanak Malaysia masih kurang mendapat nutrisi dan zat mencukupi. Pernahkah anda terfikir kenapa ia terjadi?
Hentikan semua tabiat ini
Menurut seorang Pegawai Sains Makanan, Nathirah Maamor soalan cepu emas yang wajib ditanya kepada ibu bapa semasa rundingcara pemakanan bagi seorang kanak-kanak yang kekurangan zat makanan (KZM) “adalah adakah anak encik atau puan minum kopi atau teh?”
Jawapan yang biasa didengar adalah;
“Ha ah..ya doktor (panggilan doktor ini selalu dapat walaupun saya bukan doktor)..anak saya memang suka minum teh O cicah biskut setiap pagi…”
atau jawapan lain
“Saya tak bagi anak saya minum teh dengan kopi ni puan…tapi tahu jelah nenek dia ni ada bagi, nenek dia jagakan masa saya kerja,,emm susahlah saya nak tegur, serba salah…”
atau
“Saya pernah tanya dekat taska, memang ada buat teh O untuk bagi pada diorang”
Mohon diberhentikan semua tabiat ini!
Di Melaka, umumnya di Malaysia, trend kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan terutama sekali bantut semakin meningkat. Sama-samalah kita menvegah bermula dari sekarang.
Kekurangan zat berlaku apabila…
Kekurangan zat makanan berlaku apabila terjadinya satu atau lebih masalah seperti:
#1. Berat untuk kanak-kanak
Kurang berat badan atau kurang berat badan teruk sering berlaku kepada kanak-kanak yang mengalamai kekurangan zat makanan.
#2. Tinggi untuk umur
Bantut atau bantut teruk.
#3. BMI untuk umur
Susut atau susut teruk.
Selain itu perlu diambil perhatian minuman berkafein tidak terhad kepada kopi sahaja. Teh dan minuman bergas juga mengandungi kafein. Ia juga boleh menyebabkan rangsangan terlampau kepada anak dan tiada khasiat untuk mereka.
3 jenis makanan berkhasiat untuk anak
Menggalakkan anak-anak untuk mempunyai gaya hidup yang sihat juga amat penting. Lebih-lebih lagi, zaman sekarang yang penuh dengan lambakan makanan merapu yang mudah dibeli.
Secara asasnya, ibu ayah perlu mengamalkan dan memperkenalkan makanan sihat dalam diet keluarga.
Berikut adalah makanan berkhasiat untuk anak
#1. Buah-buahan
Buah-buahan membekalkan serat, vitamin dan mineral penting. Buah beri (seperti blueberi, raspberi, blackberi) adalah yang terbaik kerana ia melindungi daripada penyakit jantung, kencing manis, memperbaiki fungsi otak dan mengurangkan lemak yang tidak diingini.
#2. Sayur-sayuran
Cuba selitkan diet anak anda dengan sayuran. Tomato mempunyai ‘lycopene‘ yang melawan kanser. Untuk cara yang mudah, anda boleh menggunakan sos tomato dalam pasta atau bebola daging. Sayur kobis, brokoli dan lain-lain pula mempunyai phyconutrients, serat dan vitamin.
#3. Telur
Telur adalah sumber protein yang berkualiti tinggi, penuh dengan vitamin D dan antioksidan. Protein membantu dalam membina badan. Manakala vitamin D membantu tubuh untuk menyerap kalsium.
Antioksidan pula dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV. Telur walaupun dalam kuantiti yang sedikit, dapat mengisi perut anak anda jika diambil dalam sarapan pagi. Untuk vegetarian, tauhu adalah pengganti yang baik untuk telur.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: majalahpama, siraplimau
Baca juga: