Pernah Tertanya Bagaimana Proses Persenyawaan Berlaku? Ini Penjelasannya
Selepas hubungan seks, ini yang berlaku untuk proses kehamilan
Anda tahu teknik bersama suami yang tepat untuk kehamilan? terutama bagi anda yang sudah lama mengimpikan untuk mengandung di tahun 2020 ini.
Masa ovulasi inilah yang tepat bagi seseorang wanita untuk mengalami kehamilan, malah ini jugalah masa yang tepat untuk melakukan hubungan suami isteri.
Semasa ovulasi ini, ia memberikan peluang besar bagi seorang wanita untuk berbadan dua.
Teknik bersama suami untuk terjadinya kehamilan
Dalam proses menstruasi, wanita akan mengalami kitaran ovulasi masa subur di hari ke-10 hingga 15 yang dikira sejak hari pertama haid.
Ovulasi ini adalah proses di mana ovarium akan mengeluarkan sel telur yang sudah matang yang kemudian akan masuk ke dalam tiub fallopian.
Nah, inilah masa yang amat sesuai untuk kalian melakukan hubungan seksual.
Ini kerana, sel telur yang masuk dalam tiub fallopian akan menunggu sperma untuk membuah. Jika terjadi pembuahan, maka wanita akan mengalami proses kehamilan.
Proses kehamilan selepas hubungan intim
Ramai yang tanya bila waktu sesuai nak buat seks dengan suami?
Jawapannya adalah semasa waktu subur kerana ia meningkatkan peluang anda untuk merasai kehamilan.
Ia akan berlaku jika sel sperma berjaya membuahkan sel telur. Maka beginilah proses kehamilan itu setelah hubungan seks dilakukan.
1 ke 3 hari selepas hubungan seks
– Selepas hubungan seks, sebanyak 300 juta sperma akan masuk ke dalam vagina isteri. Akan tetapi, tidak lebih dari 100 ribu sperma yang akan berhasil masuk ke leher rahim isteri untuk menuju ke lokasi sel telur.
– Sperma ini boleh bertahan hidup selama lima hari dalam organ reproduksi wanita.
– Dari 100 ribu sperma yang berhasil masuk ke dalam dinding rahim wanita, ternyata tidak semuanya mampu mencapai sel telur. Bahkan, hanya sekitar 200 sperma yang mampu berenang untuk sampai ke sel telur.
– Sel sperma ini akan berlumba-luma untuk tembus ke dalam sel telur. Ketika berhasil mencapainya, maka inilah dinamakan proses persenyawaan.
– Jika ada 2 sel telur matang yang berhasil dibuahi 1 sel sperma maka ia boleh terjadinya kehamilan kembar seiras. Akan tetapi, apabila kedua sel telur matang dibuahi 2 sel sperma maka akan menghasilkan kembar tidak seiras.
– Selepas 24 jam pembuahan, maka telur akan berkembang dan terbahagi dua sel.
– Sel akan terus membelah dan berlipat ganda setiap 12 jam hingga mencapai rahim.
Namun, jika tidak terjadi pembuahan, maka tubuh akan berhenti memproduksi hormon estrogen dan progesteron. Hal ini akan mengakibatkan lapisan dinding rahim yang menebal tadi mulai luruh menjadi darah haid.
3-7 hari selepas hubungan seks
– Pada hari ketiga selepas membuat hubungan seks dan terjadi proses pembuahan, janin akan berkembang menjadi 32 sel dan berbentuk seperti buah raspberi.
– Kemudian ia akan berlanjutan sehingga memiliki 500 sel. Janin ini akan dikelilingi lapisan berisi cairan lalu akan tiba di dalam rahim selepas beberapa hari kemudian.
– Pada hari ke-7, terjadi proses implantasi atau penempelan janin pada dinding rahim.
– Flek atau pendarahan ringan akan terjadi selama 1 ke 2 hari sebagai tanda adanya implantasi.
– Setelah lapisan tadi berisi cairan, kemudian akan membentuk kantung ketuban dan plasenta sebagai sumber nutrisi pada janin.
– Lapisan dinding rahim menebal akan tertutup lendir hingga waktu bersalin tiba.
Bila boleh periksa kehamilan?
Hasil keputusan UPT positif juga boleh menandakan anda hamil, dan ia boleh dilakukan semasa 3 ke 4 minggu selepas haid pertama. Ini dapat memberikan hasil yang cukup jelas kerana hormon hCG sedang banyak diproduksi akibat pengaruh implantasi janin.
Penempelan janin dalam kandungan juga menimbulkan bercak darah, namun usah khuatir kerana ia normal.
Namun, jika pendarahan terlalu lama segera hubungai doktor kerana bimbang jika berlakunya keguguran atau kehamilan luar rahim.
Maka, periksa kandungan anda secara rutin supaya dapat memantau kesihatan janin dan ibu.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Honestdocs
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia