Tips Buat Isteri Yang Ingin Memulakan Hubungan Intim, No. 4 Wajib Cuba, Dijamin Berkesan

undefined

Menikmati hubungan suami isteri perlulah bermula dengan teknik seks yang mengghairahkan. Isteri jangan malu mengajak suami melakukannya dengan cara ini

Melayari bahtera rumah tangga dengan penuh bahagia turut memerlukan hubungan intim dengan pelbagai teknik seks yang mengghairahkan.

Jika anda memberikan layanan yang terbaik buat suami tercinta, pastinya dia akan mengingati anda sentiasa sehingga tidak sabar pulang ke rumah hanya kerana ingin mendapatkan belaian manja dan penuh kasih sayang.

Teknik seks menghangatkan suasana

cara memulakan seks

foto: shutterstock

Sejak dahulu pepatah bagai perigi mencari timba sudah sebati dalam kehidupan masyarakat.

Wanita yang terlalu berusaha dan terhegeh-hegeh menagih cinta atau perhatian daripada lelaki akan dilabel sebagai  terdesak. Namun, mengapa perlu membataskan keinginan nafsu diri anda apabila si dia sudah menjadi milik abadi?

Berdasarkan kajian golongan lelaki yang akan menghidupkan suasana untuk aktiviti asmara ini dan isteri hanya mengikuti sahaja kehendak mereka.

Menurut pakar pendidikan seks, Jessica O’Reilly, dia mengatakan bahawa situasi sedemikian adalah didorong oleh sesetengah pasangan yang beranggapan bahawa suami yang perlu memikirkan aktiviti seks dan setiap tindakan permulaan mereka perlu lakukannya.

”Pada hakikatnya, golongan lelaki tidak selalunya berasa selesa untuk memulakan seks kerana tenaga fizikalnya terjejas kerana penat bekerja atau tidak cukup rehat. Jadi sebagai seorang isteri, anda perlu membantu untuk merangsang nafsu merek,” jelasnya.

Tips mengajak suami bersetubuh

Tidak dinafikan, golongan perempuan akan berasa malu dan tidak selesa untuk memulakan seks. Namun padahalnya tiada yang salah jika anda yang memulakan langkah ‘bercinta’ dengan semua.

Beberapa tips ini mampu membantu anda berasa kekok ketika bersama suami. Antaranya ialah:

#1. Berbisik pada telinganya

Sebenarnya cara yang paling mudah untuk memulakan hubungan intim adalah berterus terang kepada suami kehendak batin yang sedang melonjak.

Dalam hal ini, cuba menghampiri tubuh suami dan berbisik pada telinganya perkara yang anda inginkan. Jangan lupa untuk menerapkan elemen kejutan bagi membuatkan keinginan diri lelaki sejati ini berada tahap maksimum.

”Ketika menyatakan kehendak nafsu, anda juga boleh berluntut, memanjat atau membuka pakaian suami dengan suasana yang cukup romantik,” ujar O’Reilly.

Ia turut memberikan petunjuk kepada suami untuk bersedia untuk aksi seterusnya dan kemungkinan anda memperoleh kenikmatan yang lebih dari yang dibayangkan!

#2. Sediakan bilik romantik

cara mengajak suami hubungan seks

credit to sources

Sesetengah pasangan menyukai seks yang berlaku secara spontan. Misalnya, suami sedang bermain permainan pada ruang tamu, hubungan intim boleh terjadi jika anda bijak mencuri perhatiannya dengan berada di atas sofa, dapur mahupun meja makan.

Sekiranya anda memiliki waktu yang mencukupi, tidak salah untuk anda menyediakan bilik yang bersih bagi menaikkan mood untuk bercinta.

Pastikan tidak terlalu bercahaya terang, anda boleh memasang beberapa batang lilin aroma terapi, lampu tidur romantik atau menekan suis penghawa dingin.

Tidak perlu menginap ke hotel mewah untuk mendapatkan keselesaan ketika bersetubuh dengan pasangan. Keadaan bilik yang sejuk membuatkan suami memerlukan anda untuk menghangatkannya!

#3. Hantar teks nakal

Jika anda tidak berani untuk berbicara, gunakan sahaja telefon pintar yang dimiliki. Caranya adalah dengan menghantar mesej yang berunsurkan kata-kata nakal.

Jangan malu untuk mengungkapkan fantasi seks yang anda bayangkan atau apa sahaja teknik seks yang anda ingin suami lakukan pada malam ini!

Kesannya, suami menjadi lebih bersedia untuk menunjukkan kehebatannya berada di ranjang.

#4. Memakai lingerie seksi 

teknik hubungan seks

credit to sources

Cara yang sederhana untuk mengajak suami melakukan hubungan seks adalah anda perlu mengenakan pakaian seksi dan menjolok mata.

Tanpa memerlukan sebarang sentuhan, anda hanya perlu membuatkan pasangan menjadi tidak keruan dan pastinya dia akan menyedari tindakan yang perlu dilakukan agar dapat memuaskan keinginan nafsunya.

Usah malu untuk menggoda suami dengan cara ini kerana tiada batasan aurat bagi pasangan yang telah selamat mendirikan rumah tangga.

Manfaatkan kelebihan ini agar suami merasai layanan yang sempurna dari bidadari yang dia cintai.

#5. Layangkan ciuman istimewa

Ciuman yang dianggap biasa adalah ketika suami ingin pergi ke tempat kerja, pulang ke rumah atau sekadar ingin mengucapkan selamat malam.

Jadi untuk memberikan isyarat kepada pasangan bagi memulakan hubungan seks, anda perlu memberikannya ciuman yang lebih kuat dari kebiasaannya.

Gunakan bibir anda untuk mencium bahagian muka suami dan diiringi dengan leher, bahagian dada dan sekitar kemaluan suami.

Selitkan juga dengan jilatan manja pada bahagian sensitif agar suami berasa tidak tahan dan ingin menerkam diri anda sepuas hatinya.

Sumber: Cnn Indonesia

Kredit foto: Shutterstock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Tips Buat Isteri Yang Ingin Memulakan Hubungan Intim, No. 4 Wajib Cuba, Dijamin Berkesan

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkenikmatan-seks

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!