Bukan hanya anda perlu berjaya memikat suami dengan aksi hebat di ranjang dan memasak di dapur, anda juga perlu menggunakan telefon pintar untuk sentiasa goda suami dengan gambar-gambar seksi.
Melayari bahtera rumah tangga yang penuh gembira serta bahagia sememangnya menjadi impian bagi setiap pasangan.
Mungkin keadaan awal perkahwinan anda masih merasakan hangatnya hubungan percintaan sehingga setiap hari seperti sedang berbulan madu. ‘’Hati dan Perasaan Senang Berubah,’’ inilah ungkapan yang perlu setiap isteri selami agar anda sentiasa bijak dalam memuaskan ‘selera’ suami agar dirinya tidak mencari yang lain.
Dengan menggunakan kamera hadapan di skrin telefon anda sahaja, wajah dan tubuh anda boleh segera terakam dan tersedia dalam galeri album. Namun sebelum terus berkongsi gambar untuk goda suami, beberapa perkara anda perlu beri perhatian agar tidak tersalah cara yang boleh mendatangkan masalah besar pada kemudian hari.
Tidak salah goda suami sendiri
Kredit: Freepik
Siapa tahu di belakang isteri, suami anda seronok menekan butang like pada gambar-gambar wanita cantik dan seksi di laman sosial.
Tidak ada salahnya sesekali goda suami dengan menghantar foto seksi. Hal ini bukanlah perbuatan yang tidak baik dan memalukan.
Sekiranya anda berdua dalam hubungan jarak jauh, alangkah baiknya anda menggunakan cara ini untuk menambat nafsu suami agar sentiasa berjumpa anda tiap kali pada hujung minggu.
Panduan selamat goda suami melalui foto seksi
Kredit: Pexels
Kewujudan group Whatsapp yang sering berkongsi gambar perempuan yang ‘mantap’ pastinya membuatkan suami merasakan anda semakin banyak kekurangan.
Nampak remeh akan aspek goda suami ini, akan tetapi perkara-perkara kecil inilah yang sebenarnya boleh meruntuhkan rumah tangga jika si suami tidak pandai mengawal dan termakan hasutan nafsu.
Akhirnya menyebabkan berlakunya suami hilang selera pada diri anda. Jadi, adakah anda mahu perkara sebegini terjadi? Berubahlah sementara masih ada masa.
Setelah anda sudah menetapkan sudut dan cara posing anda, jangan terus melulu rakam dan berkongsi kepada pasangan! Biarpun anda dalam perbualan rahsia dengannya, terdapat beberapa perkara yang wajib anda pertimbangkan agar tujuan sebenar tidak tersasar dari landasan. Antaranya:
#1. Minta izin terlebih dahulu
Kredit: Elite Daily
Meskipun anda dan pasangan telah lama hidup bersama dan terbiasa melakukan perkara yang terbaik mengikut kemahuan suami, namun dalam aspek berkongsi gambar seksi ini perlu dimulakan dengan meminta izin suami terlebih dahulu.
Hal ini adalah untuk memastikan pasangan anda sedang berada dalam waktu lapang, tidak diganggu atau dikelilingi oleh ramai orang yang berdekatan dengannya.
Untuk memastikan gambar seksi anda mencuri perhatian suami sepenuhnya, suasana persekitaran yang sedang suami anda berada perlu dipastikan.
Bukan itu sahaja, goda suami dengan gambar yang menghairahkan secara tiba-tiba boleh memberikan imaginasi seks yang tinggi dan kadang-kadang sukar dikawal buat seketika.
Silap hari bulan, suami anda yang tidak dapat menahan bayangan imaginasi tersebut boleh memancutkan air mani di tempat yang tidak sepatutnya.
Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya suami menerima gambar seksi anda sewaktu dia dalam sesi mesyuarat, hakikatnya sedikit memberikan beban seksual apabila dia perlu mengawal nafsu yang melonjak.
#2. Memilih aplikasi yang memiliki end-to-end encrypted
Kredit: Seventeen Magazine
Ketika anda goda suami dengan foto seksi, anda perlu juga mengingati bahawa gambar-gambar berkenaan turut memiliki risiko untuk tersebar secara tidak sengaja kepada orang lain.
Untuk keselamatan tambahan, anda disarankan menghantar foto seksi anda melalui aplikasi yang memiliki end-to-end encrypted seperti Telegram atau WhatsApp.
Aplikasi end-to-end encrypted adalah perkongsian sebarang maklumat yang lebih privasi iaitu hanya pengirim mesej dan penerima sahaja dapat melihatnya.
Dalam hal ini, aplikasi Telegram dikatakan adalah aplikasi yang selamat untuk anda saling berkongsi foto, teks mahupun video.
Manakala aplikasi Instagram dan Snapchat dikategorikan sebagai aplikasi yang tidak sesuai untuk anda saling berkongsi atau menukar gambar, mesej mahupun video.
#3. Elak menunjukkan wajah anda dengan jelas
Kredit: Pexels
Seperti yang anda ketahui, terlalu banyak kes gambar bogel tersebar dengan mudah di laman sosial.
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihatkan jangan mengambil gambar seksi dengan menunjukkan terus rupa paras anda.
Apa yang perlu anda ingat, gambar seksi tidak semestinya gambar tanpa memakai seurat benang. Anda hanya perlu melakukannya secara sederhana sahaja seperti menunjukkan bahagian tubuh anda yang seksi
Selebihnya biarkan sahaja suami anda dipenuhi dengan imaginasi yang mengambil alih “tugas” anda untuk membuatnya tidak keruan.
#4. Buat semakan setelah menghantar gambar
Kredit: Allure
Kebiasaannya, pada permulaan anda berasa sedikit berdebar untuk menghantar foto seksi kepada pasangan.
Hal sebegini sedikit sebanyak menganggu fokus anda sehingga anda melakukan beberapa kesalahan.
Gambar yang seharusnya dihantar kepada suami, mungkin jika anda tersalah tekan butang share ia akan dihantar ke group keluarga atau group media sosial yang lain.
Oleh hal demikian, sentiasa menyemak semula penerimanya selepas anda hantarkan foto berkenaan agar ia dihantar kepada orang yang tepat.
Jika anda tersalah hantar, segera padam mesej tersebut iaitu delete for everyone yang tersedia dalam aplikasi.
Telegram, Whatsapp dan Line adalah aplikasi yang menyediakan kemudahan untuk memadam segera kesilapan mesej yang dihantar.
#5. Hapuskan segera gambar yang dihantar
Kredit: Pexels
Tidak perlu menyimpan foto seksi yang baru saja anda hantarkan pada pasangan.
Menyimpannya di dalam telefon hanya membuatkan anda berasa was-was dan risiko untuk dilihat secara tidak sengaja oleh orang lain adalah tinggi.
Selain menghapuskannya dalam galeri telefon, ada baiknya menghapuskan juga perbualan mengenai gambar seksi berkenaan setelah suami telah melihatnya.
Hal ini penting untuk mengelakkan gambar-gambar menggoda anda tersebar kepada orang ramai ketika berlaku perkara yang tidak diingini misalnya telefon pasangan hilang atau dipinjam oleh rakan.
#6. Jangan hantar gambar ketika mabuk
Menghantar gambar seksi ketika anda sedang mabuk bukanlah sesuatu idea yang baik. Ketika anda mabuk, anda akan melupakan perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas.
Lakukan sewaktu anda sedar sepenuhnya dan mengikut keinginan sendiri.
Ketika anda telah bersedia, anda akan mengetahui apa yang perlu dilakukan dan sekaligus akan menghindarkan dari melakukan kesilapan.
Anda juga boleh mengusik dan goda suami dengan menghantar mesej-mesej berunsur seks agar dia yang sibuk bekerja akan segera ingin pulang ke rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: hellosehat
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga: 5 Tips Goda Suami Yang Letih Lepas Balik Kerja, Barulah AKSI Jadi Lebih Ghairah!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!