X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bonding dengan keluarga melalui aktiviti outdoor pada hujung minggu

4 min bacaan
Bonding dengan keluarga melalui aktiviti outdoor pada hujung minggu

Ibu ayah, mari jadikan aktiviti hujung minggu kita sebagai satu medium untuk berhubungan atau bonding dengan pasangan dan anak-anak kita.

Dengan adanya gajet dan internet, hidup berkeluarga pada zaman kini sudah berubah. Aktiviti hujung minggu kadangkala kurang diluangkan di outdoor bersama anak-anak.

Apa kata, kita cuba sesuatu yang baru mulai hari ini? Terapkan azam dalam diri kita untuk lebih meluangkan masa berkualiti dengan isteri/suami dan anak-anak ketika hujung minggu.

Jangan lagi terperap di rumah, mari nikmati keindahan alam semula jadi!

Jadikan aktiviti hujung minggu sebagai peluang untuk bonding dengan keluarga

Selain daripada pergi menonton wayang atau membeli-belah bersama keluarga ketika hari cuti, ada banyak lagi cadangan aktiviti hujung minggu berkonsepkan outdoor yang boleh anda pertimbangkan.

Cadangan aktiviti hujung minggu outdoor dengan pasangan dan anak-anak

1. Merakam video keluarga

aktiviti hujung minggu, aktiviti cuti sekolah, aktiviti hujung minggu dengan keluarga

Kredit: The Ashras Photography

Sebenarnya, dengan membuat video keluarga, anda dapat merakam detik indah untuk dijadikan tontonan generasi masa depan. Rakamnya di tempat menarik di bandar anda.

Buatlah temubual menarik tentang sejarah keluarga dengan atuk nenek di kampung atau sanak saudara lain.

Rakam video percakapan si kecil anda tentang inspirasi dan impian masa depannya. Semua ini akan menjadi “buah tangan” mahal untuk keluarga anda.

2. Aktiviti gotong-royong keluarga

Apa kata kita buat juga aktiviti gotong-royong mini dengan pasangan dan anak-anak kita di rumah? Tetapkan satu weekend setiap bulan untuk dijadikan hari gotong-royong keluarga. 

Untuk menjadikannya menarik, buat t-shirt khas yang perlu dipakai semasa hari ini. Anak anda boleh memilih tugasan khas yang ingin dilakukannya.

Ayah boleh memberikan tunjuk ajar dan bantuan. Ibu pula boleh menyediakan hidangan lazat untuk dinikmati bersama selepas aktiviti ini selesai!

3. Melakukan photo shoot outdoor dengan keluarga

aktiviti hujung minggu, aktiviti cuti sekolah, aktiviti hujung minggu dengan keluarga

Kredit: The Ashras Photography

Jika anda belum pernah mempunyai album foto keluarga, mungkin anda boleh jadikan aktiviti fotografi sebagai salah satu aktiviti hujung minggu anda kali ini.

Ia adalah satu kaedah bonding yang membantu mengeratkan kasih sayang dan persefahaman antara ibu ayah dan anak-anak.

Pilih satu tema yang ingin anda ketengahkan dan pergi ke tempat outdoor yang cantik untuk dijadikan “studio” penggambaran keluarga kecil anda.

Photo shoot sebagai aktiviti hujung minggu outdoor menarik untuk anak-anak

Antara jurugambar terbaik yang boleh anda pilih untuk sesi fotografi outdoor anda adalah The Ashras Photography.

Baru-baru ini, beberapa orang ibu telah dipilih sebagai pemenang contest theAsianparent Malaysia dan mereka ada berkongsi pengalaman mereka ketika menyertai sesi fotografi outdoor ini.

www.instagram.com/p/BeIjRVKnKJY/?taken-by=theashrasphotography

Menurut Puan Raja Bayzurah:

“Sesi photoshoot tersebut memberikan saya peluang untuk meluangkan masa secara berkualiti dengan keluarga kerana kami agak jarang keluar bersama pada waktu petang untuk beriadah.”

Menurutnya lagi, ia merupakan sesi fotografinya yang pertama dan ia adalah aktiviti yang sangat menarik. 

“Di masa akan datang, kita dapat mengenang kembali kenangan bersama keluarga dengan melihat potret yang telah dirakamkan.”

Peluang untuk bonding dengan keluarga

aktiviti hujung minggu, aktiviti cuti sekolah, aktiviti hujung minggu dengan keluarga

Kredit: The Ashras Photography

Bagi Cekgu Norazimah pula, sesi photoshoot outdoor telah memberikannya peluang meluangkan masa secara berkualiti bersama keluarga.

Ujarnya:

“Aktiviti photoshoot merupakan salah satu cara untuk berbonding dengan keluarga kerana semasa sesi ini ibu bapa akan cuba menceriakan anak-anak untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik.”

www.instagram.com/p/BePQcjTH1wV/?taken-by=theashrasphotography

Beliau berasa teruja menyertai sesi tersebut kerana ia adalah kali pertama buatnya berphotoshoot bersama anak-anak. Katanya lagi:

“Selepas sesi tersebut, saya rasa happy sebab dapat bersama keluarga sambil bergambar. Memang seronok.”

Mengapa menggunakan khidmat profesional?

Bagi Puan Azeana Zainal pula, beliau mencadangkan aktiviti photo shoot ini kerana semua moment yang dirakam akan menjadi kenangan terindah dalam hidup.

Baginya, jurugambar profesional dapat melihat sesuatu detik dari sisi yang lain (cara merakam) berbanding dengan pandangan orang biasa.

“Puan Lisha dari The Ashras Photography ialah seorang fotografer yang naturally gifted. Beliau sangat mesra dan pandai membuat klien berasa sangat selesa dan mengurangkan kekekokan.”

www.instagram.com/p/Be9b2gBH6Lx/?taken-by=theashrasphotography

Mari jadikan aktiviti outdoor sebagai aktiviti hujung minggu

Menurut Pat Tanner Nelson, profesor Human Development & Family Studies di University of Delaware, untuk meluangkan masa dengan anak, kita perlu merancang. Usaha ini boleh dianggap sebagai satu pelaburan.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Terangnya,

“Apabila anak-anak berasa rapat dengan ibu ayah, mereka akan cuba untuk menggembirakan dan membanggakan ibu bapanya. Ini akan membuatkan ikatan kekeluargaan semakin kuat!”

Sememangnya, ada banyak faedah jika kita berusaha untuk meluangkan masa dengan isteri/suami dan anak-anak ketika hujung minggu. Jadi, jom buat cadangan aktiviti hujung minggu di atas ya!

 

 

 

 

 

Sumber: Parents.com, Parents.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkepentingan-waktu-bermain-di-luar-rumah-untuk-kanak-kanak/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Bonding dengan keluarga melalui aktiviti outdoor pada hujung minggu
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham