Lelaki Melecur Separuh Badan Lepas Telefon Bimbit Meletup Semasa Dicaj Ketika Tidur!

undefined

Peringatan buat pengguna telefon bimbit supaya tahu sama ada telefon tersebut dari peranti original atau tiruan. Ia agar anda dapat mengelak kejadian ini dari berulang kembali.

Banyak kejadian telefon bimbit meletup atau terbakar yang dilaporkan kini.

Ia kerana teknologi pengecasan ini sentiasa dinaik taraf setiap tahun supaya caj arus yang lebih tinggi dapat dihasilkan ke dalam peranti, seterusnya telefon pintar boleh melalui proses pengecasan dengan pantas.

Walau bagaimanapun, telefon bimbit memang mempunyai sistem keselamatan dalam perantinya. Namun, masih ada beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah bateri meletup dan sebagainya. Ia sekaligus menyebabkan kecederaan yang serius pada pengguna jika membiarkan ia dicas terlalu lama.

Jom ambil ikhtibar dari kejadian yang menimpa seorang lelaki baru-baru ini. 

Telefon bimbit meletup, seorang lelaki cedera parah 

telefon bimbit terbakar

Semasa kejadian, lelaki tersebut sedang tidur pada petang Sabtu. Tapi akhirnya, dia mendapati tubuhnya cedera parah kerana telefon bimbit terbakar dan meletup!

Lelaki 21 tahun yang berasal dari Sarawak itu mengalami kesan luka terbakar di bahagian kulit badannya hingga melecur teruk.

Suka cas telefon semasa tidur

Menurut laporan yang ditulis oleh Sin Chew Daily, lelaki ini mempunyai tabiat menggunakan telefon bimbit di tempat tidur sambil mengecas baterinya. Kemudian meletakkan telefon itu di atas dadanya sehingga kejadian mengejutkan itu berlaku.

Semasa tidur, lelaki tersebut tidak menyedari yang telefon bimbitnya sudah terlampau panas hingga menyebabkan dadanya melecur dan tilamnya terbakar. Setelah mendengar mangsa menjerit, lantas keluarganya bergegas melihat apa yang telah terjadi hingga mendapati tubuhnya sudah hampir terbakar.

Kemudian, mereka menelefon Jabatan Kecemasan hospital untuk memberi pertolongan.

Selepas beberapa minit, ambulans tiba lalu membawa mangsa ke Sarawak General Hospital di bahagian kecemasan. Semasa menerima rawatan, doktor memberitahu mangsa mengalami 20% kesan terbakar yang merangkumi dada, leher dan tangan kanannya.

Setelah itu, dia dihantar ke bahagian unit pesakit melecur untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, punca kejadian masih samar, namun ia pastinya berpunca daripada telefon bimbit meletup yang dicas terlalu lama.

4 tips penjagaan bateri telefon pintar 

telefon bimit

1) Menggunakan telefon yang sedang dicas boleh merosakkannnya

Tidak menjadi masalah jika ingin berbuat demikian, namun pastikan anda menggunakan pengecas original yang berkualiti supaya tahap keselamatannya tidak diragui.

2) Penggunaan cas telefon yang murah boleh merosakkan telefon

Ya, pengecas telefon murah yang dibeli di pasar malam biasanya tidak mengandungi ciri-ciri keselamatan yang boleh mendedahkan diri anda pada litar pintas.

Jika tidak mampu membeli pengecas original, seeloknya pilih daripada jenama yang boleh dipercayai.

3) Elakkan cas telefon sepajang malam

Kini, telefon pintar sudah mempunyai pengecasan tahap indikator bateri di mana jika bateri sudah penuh maka telefon secara automatiknya akan berhenti cas.

Mitos mengecas telefon sepanjang malam boleh merosakkan telefon mungkin betul semasa dahulu ketika telefon pintar baru diperkenalkan.

4) Matikan telefon semasa caj bateri

Telefon bimbit juga perlukan masa rehat bagi memastikan jangka hayatnya lebih lama. Menurut pakar mematikan telefon bimbit semasa caj dapat memelihara bateri dengan lebih tahan lama.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Asiaone

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comkesan-penggunaan-telefon-bimbit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!