Akibat lelaki ini, Hospital Sultanah Bahiyah berhenti bagi suami teman isteri bersalin!

Apabila suami bersetuju untuk menemani isteri di bilik bersalin, mereka seharusnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan mengawal emosi ketika berada dalam bilik tersebut!

*** Gambar hanya sekadar contoh

Baru-baru ini, Jabatan Kesihatan Malaysia telah menghentikan secara serta-merta kebenaran suami untuk teman isteri  bersalin di wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah. 

Keputusan tersebut dibuat gara-gara amukan seorang lelaki berusia 23 tahun yang mengamuk selepas permohanan isterinya untuk bersalin secara pembedahan ditolak. 

Pengarah Hospital, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata pihaknya mendapati, tidak perlu untuk wanita berkenaan bersalin secara pembedahan kerana tiada sebarang indikasi. 

Atas sebab itu, lelaki tersebut bertindak menumbuk dan merosakkan pintu bilik bersalin. Kemudian, apabila pengawal keselamatan meminta suami pesakit menunggu di luar, amaran itu tetap tidak diendahkan. 

Disebabkan insiden yang berlaku itu, pihak Hospital Sultanah Bahiyah mengambil tindakan untuk memberhentikan sementara kebenaran suami teman isteri ketika bersalin bagi menyemak kembali prosedur kebenaran tersebut agar kejadian yang sama tidak berulang lagi. 

Pihak hospital juga telah membuat laporan polis berhubungan kejadian itu. Lelaki berkenaan akan dipanggil untuk berbincang sekiranya terdapat sebarang masalah hingga menyebabkan dia bertindak sedemikian. 

Namun, ibu berkenaan selamat melahirkan bayi keduanya secara normal dan telah dibenarkan pulang. 

Polisi hospital ‘rakan suami’ untuk teman isteri di dewan bersalin 

teman isteri, teman isteri bersalin, suami teman isteri, suami teman isteri bersalin, suami teman isteri melahirkan, suami teman isteri di wad bersalin, suami teman isteri di bilik bersalin, suami masuk bilik bersalin, kebenaran suami lihat isteri bersalin, suami lihat isteri melahirkan, suami lihat isteri bersalin, suami lihat isteri beranak

Polisi ini bertujuan bagi membenarkan suami teman isteri semasa proses kelahiran berdasarkan pada kekosongan tempat dan peraturan yang ditetapkan. 

Antara ketetapan yang perlu dipatuhi dalam polisi “rakan suami” ini ialah:

  1. Hanya suami pesakit dibenarkan teman isteri di bilik bersalin
  2. Kebenaran teman isteri bersalin bergantung pada keadaan semasa di bilik bersalin dan atas budi bicara ketua jururawat atau jururawat perbidanan di bilik bersalin. 
  3. Suami diberi kebenaran untuk berada di sisi isteri sehingga proses kelahiran selesai. Namun, bersedia untuk keluar dari bilik tersebut jika diminta berbuat demikian 
  4. Proses keluar masuk suami ke bilik bersalin mesti mendapat kebenaran jururawat terlebih dahulu. Suami dibenar keluar hanya dua kali sahaja. 
  5. Privasi pesakit lain perlu dihormati. Suami dilarang menjenguk ke bilik lain atau menjadi penyampai maklumat pada orang lain. 
  6. Perakam video, kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan bawa masuk ke bilik bersalin.
  7. Sentiasa memakai ‘gown’ dan pas pelawat khas yang disediakan sepanjang berada di bilik bersalin. 
  8. Suami dilarang makan atau minum semasa berada di dalam bilik terssebut. 

Namun begitu, suami tidak dibenarkan masuk jika berlaku perkara ini: 

  1. Isteri perlu menjalani pembedahan caesar (czer), bukan bersalin secara normal
  2. Isteri kena vakum
  3. Suami berperilaku kurang sopan, marah, menengking dan salahkan pihak hospital jika terdapat sebarang komplikasi berlaku. 

Senarai hospital kerajaan yang boleh teman isteri bersalin

teman isteri, teman isteri bersalin, suami teman isteri, suami teman isteri bersalin, suami teman isteri melahirkan, suami teman isteri di wad bersalin, suami teman isteri di bilik bersalin, suami masuk bilik bersalin, kebenaran suami lihat isteri bersalin, suami lihat isteri melahirkan, suami lihat isteri bersalin, suami lihat isteri beranak

Namun untuk dapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas, anda harus menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sebarang soalan. 

Ini antara senarai hospital kerajaan yang membenarkan suami masuk untuk menemani isteri ketika bersalin.

1 – Kedah 

  • Hospital Sultanah Bahiyah – kini tidak dibenarkan lagi sementara waktu. 
  • Hospital Sultan Abdul Halim 
  • Hospital Kulim 
  • Hospital Langkawi 

2 – Pulau Pinang  

  • Hospital Pulau Pinang 
  • Hospital Bukit Mertajam 

3 – Perak 

  • Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak 
  • Hospital Teluk Intan
  • Hospital Slim River

4 – Selangor

teman isteri, teman isteri bersalin, suami teman isteri, suami teman isteri bersalin, suami teman isteri melahirkan, suami teman isteri di wad bersalin, suami teman isteri di bilik bersalin, suami masuk bilik bersalin, kebenaran suami lihat isteri bersalin, suami lihat isteri melahirkan, suami lihat isteri bersalin, suami lihat isteri beranak

  • Hospital Selayang 
  • Hospital Serdang
  • Hospital Ampang 
  • Hospital Sungai Buloh 

5 – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

  • Hospital Kuala Lumpur (HKL) 
  • Hospital Putrajaya

6 – Negeri Sembilan

  • Hospital Tuanku Jaafar
  • Hospital Tuanku Ampuan Najihah 
  • Hospital Port Dickson
  • Hospital Jelebu 

7 – Melaka

  • Hospital Melaka 

8 – Johor

  • Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru 
  • Hospital Sultanah Fatimah, Muar
  • Hospital Batu Pahat 
  • Hospital Kluang 
  • Hospital Segamat 
  • Hospital Mersing 
  • Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru 

9 – Pahang

  • Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan 
  • Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh 
  • Hospital Kuala Lipis 

10 – Terengganu

  • Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu 

11 – Kelantan 

  • Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru 
  • Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh 

12 – Sarawak dan Sabah 

  • Hospital Umum Sarawak, Kuching
  • Hospital Sibu 
  • Hospital Bintulu
  • Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah (Likas) 
Hospital ‘rakan suami’ di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 
  • Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan 
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM / UMMC)  – sudah dimansuhkan. 
  • Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Dalam pada itu, ahli keluarga pesakit yang mendapatkan rawatan haruslah bijak mengawal diri dari mengelak sebarang risiko yang bakal berlaku seperti yang terjadi di Hospital Sultanah Bahiyah itu. 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: UtusanMariafridz

Baca juga:

Suami Boleh Teman Isteri Bersalin, Ini Tips Buat Bakal Ayah Kali Pertama Masuk Labour Room

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!