Wanita Ini Selamba Gesek Biola, Walaupun Doktor Tengah Tebuk Tengkorak Kepalanya!

Langsung tak rasa takut, wanita gesek biola ketika tengkorak kepalanya ditebuk

Biasanya kita kalau membabitkan dalam pembedahan besar tentunya akan rasa takut kerana ia melibatkan nyawa. Tapi lain pula dengan wanita ini yang melakukan pembedahan di bahagian tengkorak kepala.

Menurut laporan Reuters, pesakit wanita tersebut menjalani pembedahan di sebuah Hospital di Britain.

Pembedahan di tengkorak kepala, wanita selamba gesek biola

tengkorak kepala

Dia mencipta kejutan apabila dengan selamba menggesek biola semasa sekumpulan doktor sedang berusaha mengeluarkan ketumbuhan di tengkorak kepalanya atau otak.

Wanita berkenaan bernama Dagmar Turner, 53 tahun berbuat demikian supaya doktor pakar yang menjalankan pembedahan itu mampu melihat keupayaannya bermain muzik.

Selain menunjukkan keghairahannya selama 40 tahun untuk bermain instrumen berkenaan.

Pembedahan kerana ketumbuhan di tengkorak kepala

Wanita berkenaan yang juga merupakan bekas perunding pengurusan dari Isle of Weight itu memainkan biola semasa pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan di bahagian kanan lobus frontal otaknya.

Ia berhampiran dengan bahagian untuk mengawal pergerakan di tangan kirinya.

Bagi mengelakkan Turner hilang upaya untuk bermain biola, Perunding Pakar Neuro di Hopital King’s College, Profesor Keyoumars Ashkan, membuat perancangan dengan melakukan lakaran membuka tengkorak kepala Turner
sambil dia menggesek alat muzik itu semasa pembedahan dijalankan.

” Semasa doktor melakukan pembedahan di bahagian otaknya, Turner bermain muzik Gustav Mahler iaitu salah satu klasik jazz nyanyian daripada George Gershwin selain muzik daripada penyanyi Sepanyol, Julio Iglesias.

Pertama kali pesakit bermain instrumen

tengkorak kepala

Menurut Dr Ashkan, ini merupakan kali pertama pesaki bemain instrumen berkenaan semasa dibedah.

Dalam masa yang sama, pembedahan itu menyaksikan kejayaan pakar perubatan mengeluarkan 90% ketumbuhan termasuk bahagian yag disyaki berlakunya pergerakan ketumbuhan yang aktif.

Dalam pada itu, Turner mengucapkan terima kasih kepada doktor yang melakukan pembedahan tersebut kepadanya.

Untuk pengetahuan, Biola adalah alat muzik yang Turner minat dan telah bermainnya sejak usia 10 tahun.

“Sebab itu kalau saya hilang upaya untuk bermain alat muzik ini tentunya ia menyedihkan,” katanya.

Sakit ketumbuhan otak

ketumbuhan otak

Ketumbuhan Otak adalah ketumbuhan pepejal yang paling kerap berlaku dikalangan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, penyakit ini tidak mengira usia.

Buat masa ini, lebih daripada separuh kanak-kanak yang telah disahkan menghidap ketumbuhan di otak boleh sembuh daripada penyakit ini.

Walaubagaimanapun rawatan ketumbuhan otak adalah sangat rumit disebabkan oleh lokasi ketumbuhan tersebut.

Akibatnya, ramai kanak-kanak yang dirawat dengan tumor otak mengalami masalah jangka panjang seperti perubahan dalam fungsi intelek dan motor.

Justeru, kanak-kanak ini memerlukan penilaian berterusan dan penjagaan yang khusus untuk membantu mereka ke sekolah dan meneruskan kehidupan harian dengan baik.

Punca

Punca tumor otak tidak diketahui. Tapi kanak-kanak yang dilahirkan dengan sindrom genetik seperti neurofibromatosis, Von Hippel-Lindau, sindrom Li- Fraumeni diketahui mempunyai risiko mendapat ketumbuhan sistem saraf.

Kanak-kanak yang pernah menerima rawatan radiasi di kepala sebagai sebahagian rawatan barah lain juga berisiko untuk mendapat ketumbuhan otak.

Simptom yang dialami

  • Sakit kepala.
  • Loya dan muntah
  • Resah gelisah
  • Mudah marah
  • Mengantuk
  • Perubahan karakter diri
  • Penurunan fungsi jantung dan pernafasan dan akhirnya koma jika tidak dirawat.
  • Bagi bayi, kepala bonjol dan menjadi besar.

Gejala lain yang boleh berlaku

  • Sawan
  • Juling
  • Saraf menjadi lumpuh 
  • Hilang ingatan
  • Pertuturan yang tidak jelas
  • Gangguan fungsi usus atau pundi kencing
  • Sakit belakang

Rawatan terhadap ketumbuhan 

Ketumbuhan ini boleh mendapatkan rawatan yang terdiri daripada pembedahan, radioterapi, kemoterapi secara bersendirian dan kombinasi.

Dalam kebayakan kes, pakar bedah otak akan mengeluarkan sebanyak mungkin ketumbuhan dengan menyediakan tisu yang akan diperiksa oleh ahli patologi bagi menentukan jenis ketumbuhan yang sebenar.

Selain itu, kadang kala saluran getah atau tiub akan dimasukkan bagi mengalirkan cecair serebrospina berlebihan ke bahagian otak ke dalam lapisan rongga abdomen.

Proses ini bertujuan supaya dapat mengurangkan tekanan dan meredakan gejala yang muncul.

Jika ketumbuhan tidak boleh dikeluarkan atau berada di tapak berbahaya maka radioterapi boleh diberikan selepas pembedahan.

Kemoterapi ini adalah penggunaan dadah anti kanser bagi memusnahkan sel kanser.

Wanita Ini Selamba Gesek Biola, Walaupun Doktor Tengah Tebuk Tengkorak Kepalanya!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Astro Awani, My Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.compembedahan-caesar-diwarisi-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!