Budak 6 Tahun Nyaris Maut Tercekik Kepingan Pelitup Muka Dalam Nugget!

undefined

Pelik tapi benar. Ya memang ada kejadian budak tercekik kepingan facemask dalam nugget yang dimakannya! Mengerikan betul kejadian itu. 

Pelik tapi benar. Ya memang ada kejadian budak tercekik kepingan pelitup muka dalam nugget yang dimakannya! Mengerikan betul kejadian itu. 

Bayangkan jika ibu kanak-kanak berkenaan terlambat sedar yang anaknya tercekik, pasti terjadinya kejadian kehilangan nyawa yang tidak diingini.

Menghairankan betul, bagaimana pelitup muka boleh masuk dalam nugget berkenaan, mungkin ketika penyediaannya ada yang tercicir pelitup muka pula. Lebih meloyakan adakah pelitup muka itu sudah digunakan atau sebaliknya.

Budak tercekik ibu terpaksa jolok ke dalam tekak

Menurut laporan dailymail, ibu kanak-kanak berkenaan menyedari sesuatu tidak kena pada anaknya ketika mereka sama-sama menikmati makanan itu di sofa rumah mereka.

Anaknya seperti sukar untuk menelan, apabila ditanya, dia memberitahu seperti ada sesuatu tersekat di kerongkongnya. 

Ibu kanak-kanak berkenaan terpaksa mengorek kerongkong kanak-kanak itu dan kanak-kanak berkenaan memuntahkannya. Terkejut apabila menjumpai kepingan pelitup muka dalam sisa yang dikeluarkan.

Ada kira-kira 20 kepingan nugget yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera itu, apabila diperiksa hampir kesemuanya ada kepingan pelitup muka berkenaan.

Sungguh menjijikkan!

Hampir kesemua nugget ada facemask

Kejadian yang berlaku di Aldershot, Hampshire, United Kingdom itu, ibu berkenaan membelikan kira-kira 20 nugget  untuk empat orang anaknya.

Beliau memeriksa kesemua nugget dalam kotak berkenaan, hampir kesemuanya mempunyai kepingan emas. Katanya pelitup muka itu memang nampak jelas, tidak perlu dikhuatiri lagi kerana strukturnya memang pelitup muka.

Dia kemudiannya membuat laporan kepada restoran makanan segera itu yang mana pada mulanya mereka seperti tidak menghiraukannya kerana menganggap itu adalah perkara kecil dan masih terus menjual kepada pelanngan lain.

Bagaimanapun, restoran makanan segera itu segera memohon maaf selepas mengakui kesilapan mereka dan membayar ganti rugi kepada wanita berkenaan.

Rawatan awal jika anak tercekik

tercekik

Menurut myhealth Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak.

Tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian tercekik sering berlaku pada kanak-kanak dan ia merupakan salah satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak.

Kejadian tercekik ini boleh berlaku dalam keadaan anda sedar dan tidak sedar dan rawatan awalnya sedikit berbeza.

Gejala dan tanda-tanda tercekik

  • Susah bernafas secara tiba-tiba
  • Bunyi pernafasan tidak normal
  • Menggenggam kerongkong/leher
  • Susah bercakap
  • Batuk
  • Kebiru-biruan pada bibir
  • Pernafasan yang laju
  • Pengsan

Rawatan awal

#1. Bayi – berumur kurang dari 1 tahun (sedar)

tercekik

  • Pastikan bayi boleh menangis atau batuk
  • Buka mulut bayi dan periksa benda asing. Keluarkan jika kelihatan. (Jangan lakukan jolokkan jari kedalam mulut bayi yang mana ia boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk)
  • Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala bayi terkulai sedikit kebawah
  • Tepuk sebanyak 5 kali di belakang dada bayi
  • Terlentangkan bayi serta keluarkan benda asing jika kelihatan
  • Sekiranya bayi masih tercekik, letakkan 2 jari di bahagian tengah-tengah dada dan lakukan 5 kali tekanan
  • Sekiranya bayi tiba-tiba tidak sedarkan diri, mulakan CPR
  • Hubungi ambulans

#2. Kanak-kanak – 1 hingga 8 tahun (sedar)

  • Pastikan kanak-kanak yang tercekik boleh bercakap atau batuk
  • Arahkan mangsa batuk sekiranya berupaya sehingga benda asing keluar
  • Sekiranya gagal, lakukan 5 tepukan antara tulang belikat mangsa dengan kedudukan kepala lebih rendah.
  • Sekiranya gagal, lakukan Heimlich Manouvre (tekanan di bawah diafragma) sehingga benda asing terkeluar.
    Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan
  • Lakukan CPR sekiranya mangsa tidak sedarkan diri
  • Hubungi ambulans

#3. Dewasa (sedar)

tercekik

  • Arahkan mangsa supaya batuk beberapa kali sehingga benda asing terkeluar
  • Sekiranya gagal, bongkokkan mangsa ke depan dan tepuk sebanyak 5 kali di belakang tulang belikat
  • Sekiranya gagal lakukan ‘Heimlich Manouvre’ – Berdiri di belakang mangsa, letakkan kedua-dua tangan anda di pinggang mangsa, tekan abdomen menggunakan genggaman tangan dengan cepat kearah dalam dan ke atas
  • Bagi wanita yang mengandung atau mangsa yang gemuk tekanan dada boleh dilakukan.
  • Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan
  • Lakukan CPR sekiranya mangsa pengsan
  • Hubungi ambulans

Dalam keadaan jika mangsa tidak sedar apa yang penting telefon ambulans, buka segala benda yang menggangu pernafasan, longgar tali leher, tali pinggan dan sebagainya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: dailymail,dailymail

Baca juga: 

https://my.theasianparent.commakanan-mudah-tercekik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!