Ramai Ibu Bapa Tidak Tidur Seharian Sebab Urus Anak! Ini 8 Tips Untuk Atasinya

undefined

Bila anak ramai, pasti sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Pernah tak anda tidak tidur seharian? 

Mungkin ada segelintir dari anda yang pernah tidak tidur seharian disebabkan sibuk bekerja, atau terlalu leka dengan aktiviti yang menyebabkan anda tidak sedar masa berlalu.

Malahan ada juga yang terlalu biasa dengan keadaan ini, dan hanya tidur beberapa jam sahaja dalam sehari!

Apabila seseorang terbiasa dengan rutin sebegini, ia mungkin kelihatan seolah tidak memberi kesan kepadanya. Namun hakikatnya, ia memberi kesan yang mungkin tidak kelihatan pada pandangan kasar, atau anda perasan pun kerana ia memakan masa!

Ramai Ibu Bapa Tidak Tidur Seharian Sebab Urus Anak! Ini 8 Tips Untuk Atasinya

Jangan ambil ringan masalah ini, kerana kesan akibat tidak tidur bukan sahaja mempengaruhi kesihatan, malah emosi dan hubungan bersama keluarga. 

Tidak Tidur Melebihi 5 Jam

Kami telah bertanyakan di poll pada pengguna komuniti di theAsianparent berkenaan hal ini, dan telah menerima 1987 respon. Berdasarkan undian poll, 54% pengguna tidur 5 hingga 7 jam sehari, dan hanya 19% pengguna tidur cukup 8 jam atau lebih.

Manakala 26% mengatakan mereka tidur kurang dari 5 jam setiap hari! Angka ini sudah cukup untuk menunjukkan betapa ramai yang mengabaikan kepentingan tidur yang mungkin disebabkan terlalu sibuk dengan aktiviti lain.

tidak tidur

Ada beberapa sebab yang menyebabkan keadaan ini berlaku selain sibuk bekerja. Khususnya bagi yang berkeluarga, mereka memberi alasan menguruskan anak sebagai faktor utama.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!