Akibat Tidur Bayi Dalam Dakapan, Seorang Bapa Menyesal Setelah Anaknya Ditemui Mati

undefined

Bapanya mendakwa bahawa beliau bangun dan mendapati bayi perempuannya tidak responsif.

Akibat tidur bayi dalam dakapan ayahnya, bayi yang masih berumur 11 bulan bernama Darcie-Rose Souster didapati meninggal dunia dalam insiden menyayat hati yang sebenarnya boleh dielakkan. 

Kini, doktor menggunakan kejadian malang ini untuk mendidik ibu bapa tentang kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa.

Menurut laporan BBC, beliau meninggal dunia di Hospital Besar Northampton.

Bapanya, Justin Souster, mendakwa bahawa beliau bangun dan mendapati anak perempuannya tidak responsif.

“Apabila saya bangun, saya mendapati tangan saya telah kebas,” katanya. “Waktu itu, jam sudah kira-kira pukul 5 pagi. Saya menggerakkan tangan saya dan mendapati Darcie-Rose telah berbaring dan tidak lagi bernafas. “

Ketika keluarga itu sedang menunggu ambulans tiba, ibu Darcie cuba untuk menyelamatkan anak perempuan mereka tetapi ia hanyalah sia-sia.

Mereka terus membawa bayi mereka ke hospital dalam masa sepuluh minit, tetapi si kecil itu telah disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di sana.

tidur bayi

Kredit: BBC News

Dr. Roger Malcomson, ahli patologi pediatrik yang menjalankan bedah siasat terhadap Darcie, mendapati terdapat tanda-tanda asphyxia, termasuk darah di paru-parunya.

“Memandangkan kepala bayi ada di atas lengan ayah, ia mungkin menjadi punca kematian Darcie. Ini boleh mengakibatkan kelemasan ketika tidur bersama ibu bapa.” katanya dalam satu laporan Mirror.

Cara tidur bayi yang selamat

Satu jabatan polis tempatan telah mengadakan satu kempen “Tidur Selamat”.

Video itu menunjukkan bahawa lebih 50% daripada 4,000 kematian bayi setiap tahun adalah disebabkan oleh persekitaran tidur yang tidak selamat.

Sids.org menyatakan bahawa dalam tempoh 20 tahun yang lalu di Amerika Syarikat, terdapat penurunan dalam kematian yang diklasifikasikan sebagai Sudden Death Syndrome (SIDS).

Sebaliknya, berlaku pula peningkatan dalam kematian yang diklasifikasikan sebagai mati lemas akibat kemalangan.

Jika anda perlu juga tidur bersama bayi anda, ada satu alternatif yang boleh anda cuba.

Anda boleh berkongsi bilik dengan bayi anda, tapi pastikan yang dia tidur di katil yang berasingan (dalam kot bayi) kerana ianya adalah lebih selamat buat si kecil anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

https://my.theasianparent.comtips-tidur-nyenyak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!