Anda Selalu Tidur Lepas Sahur? Hati-Hati Dengan 5 Masalah Kesihatan Akibatnya Ini!

undefined

Ada beberapa sebab kenapa anda tidak boleh tidur selepas sahur. Antaranya kerana 5 masalah kesihatan ini. Jom semak untuk lebih peka dengan badan kita!

Saat bulan Ramadhan menjelma, seluruh umat Muslim di dunia akan menjalankan ibadah puasa. Salah satu hal yang perlu dilakukan sepanjang berpuasa adalah bangun sahur sebelum subuh.

Meskipun seksa juga sebenarnya nak bangun awal untuk bersahur kerana mengantuk, tetapi jangan sesekali tidur selepas sahur ya! Hal ini kerana, tidur selepas sahur mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

5 Sebab Kenapa Anda TAK PATUT Tidur Selepas Sahur

#1 Pedih ulu hati

tidur selepas sahur, tidur setelah sahur, tidur lepas sahur, tidur setelah sahur menurut islam, tidur setelah makan sahur, tidur sesudah sahur, tidur setelah sahur tidak baik, tidur selepas sahur gemuk, tidur sebelum sahur, tidur setelah sahur bagi ibu hamil

Tidur selepas sahur akan menyebabkan pedih ulu hati. Hal ini kerana penghasilan asid yang berlebihan akan tersebar lalu tertolak naik ke dada anda. 

Naiknya gas dan asid ini akan menyebabkan sendawa dan rasa pahit di sekitar mulut. Hal ini tentu sahaja tidak baik untuk kesihatan anda!

#2 Strok

Sebuah kajian mendapati tidur selepas sahur akan meningkatkan risiko strok. Penelitian ini dilakukan di Fakulti Kedoktoran Universiti Ioannina yang disertai hampir 500 orang.

250 peserta penelitian pernah mengalami strok sebelum ini. Sementara 250 orang lagi didiagonis dengan sakit yang disebut sebagai sindrom Koroner Akut.

Hasil penelitian mendapati, individu yang tidur selepas 4-5 jam makan memiliki risiko lebih rendah dari terkena strok. Teori ini mengaitkan asid dalam perut dengan sleep apnea yang boleh menyebabkan strok. 

Jika tubuh lebih berusaha keras untuk mencerna makanan, maka ada kemungkinan terjadinya peningkatan tekanan darah, gula dalam darah, dan kadar kolestrol. 

 Hal ini dapat meningkatkan risiko strok!

#3 Diabetes

tidur selepas sahur, tidur setelah sahur, tidur lepas sahur, tidur setelah sahur menurut islam, tidur setelah makan sahur, tidur sesudah sahur, tidur setelah sahur tidak baik, tidur selepas sahur gemuk, tidur sebelum sahur, tidur setelah sahur bagi ibu hamil

Terus tidur selepas sahur juga akan menyebabkan gula dalam darah naik di pagi hari. 

Pilihan yang lebih tepat untuk mencegah gula dalam darah naik adalah dengan mengambil makanan kaya protein (telur, susu, daging, ikan) dan sumber karbohidrat kaya serat seperti gandum, beras merah, nasi jagung, kentang, dan ubi kayu.

#4 Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)

Perbuatan tidur setelah sahur juga akan membuatkan anda berisiko alami gastroesophageal reflux disease (GERD). Hal ini menyebabkan makanan yang dicerna dalam perut naik ke kerongkong, dan asid perut muncul.

Malah, anda juga berisiko terkena masalah pencernaan! Hal ini kerana apabila tubuh tidak dalam posisi menegak, ia tidak dapat mencerna makanan dengan sempurna. 

#5 Gangguan tidur

tidur selepas sahur, tidur setelah sahur, tidur lepas sahur, tidur setelah sahur menurut islam, tidur setelah makan sahur, tidur sesudah sahur, tidur setelah sahur tidak baik, tidur selepas sahur gemuk, tidur sebelum sahur, tidur setelah sahur bagi ibu hamil

Tidur setelah sahur sudah semestinya akan buat anda sakit dan kembung perut. Mana nak selesa jika nak tidur, kan?

Lebih-lebih lagi kalau anda baru saja makan makanan pedas dan berlemak!

Cara Selamat Yang Betul Untuk Tidur Setelah Sahur

Dipetik dari Kompas.com, Dr Dian Permatasari menjelaskan, tidur setelah sahur boleh saja dibuat. Tapi, anda perhati berapa jarak waktu antara selepas makan. 

Anda tidak disarankan untuk tidur terus selepas sahur. Tapi, cuba jarakkannya selama setengah jam atau selepas habis Subuh. Kalau betul-betul tidur lepas makan, makanan belum sempat turun ke bawah. Ini yang menyebabkan ketidakselesaan perut!”

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Fadhila Auliya dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkenapa-ibu-kerap-mengantuk

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!