Bahaya tindik telinga bayi yang ramai ibu bapa terlepas pandang!

undefined

Ramai ibu bapa yang terlepas pandang risiko tindik telinga bayi terlalu awal. Ini antara komplikasi yang mungkin boleh berlaku pada bayi anda...

Menjadi satu kelaziman untuk ibu bapa di Asia tindik telinga bayi perempuan dengan subang atau anting-anting. Ada juga ibu bapa yang terus melakukannya pada bayi mereka selepas bersalin!

Tetapi, sebelum buat keputusan tindik telinga bayi, ibu bapa harus tahu risiko dan manfaatnya terlebih dahulu.

Adakah tindik telinga bayi itu benar-benar selamat? Bagaimana pula dengan risiko infeksi sekiranya tindik telinga bayi terlalu awal?

Ini merupakan beberapa soalan yang akan dijawab melalui artikel ini.

Bila waktu sesuai untuk tindik telinga bayi?

tindik telinga, tindik telinga bayi, menindik telinga, menindik telinga bayi, tindik telinga anak, tindik telinga wanita, tindik telinga anak perempuan, tindik telinga bayi perempuan, bahaya tindik telinga, risiko tindik telinga, risiko tindik telinga anak

Jika ibu bapa telah membuat keputusan untuk tindik telinga bayi perempuan, adalah bagus jika anda menunggu sekurang-kurangnya bayi berumur enam bulan ke atas selepas mereka mendapatkan vaksinasi lengkap pada umur tersebut.

Dengan cara itu, ia dapat mengurangkan risiko serangan jangkitan tetanus (kancing gigi) dan jangkitan yang boleh menyebabkan pendarahan.

Jangkitan dan risiko yang mungkin terjadi selepas tindik telinga bayi

tindik telinga, tindik telinga bayi, menindik telinga, menindik telinga bayi, tindik telinga anak, tindik telinga wanita, tindik telinga anak perempuan, tindik telinga bayi perempuan, bahaya tindik telinga, risiko tindik telinga, risiko tindik telinga anak

Kredit: Majalah Kartini

Seperti yang kita tahu, menindik telinga ini dilakukan dengan cara mencucuk jarum 12 – 18 cm ke cuping telinga. Kemudian, sepasang subang emas diletakkan dalam lubang yang terhasil.

Apabila menindik telinga, pastinya akan ada penembusan kulit. Secara umumnya, kulit yang koyak di telinga itu akan menyebabkan

  • Pendarahan
  • Reaksi alahan apabila jarum meyentuh kulit
  • Telinga mungkin luka selepas anting-anting dimasukkan 
  • Mempunyai jangkitan kuman seperti bernanah
  • Meningkatkan keloids iaitu satu keadaan berbahaya di mana tisu parut tumbuh di atas luka

Menurut Dr Rossi, satu kajian yang dijalankan pada tahu 2005 telah menunjukkan kebanyakan pesakit yang mengalami keloid pernah tindik telinga ketika berumur 11 tahun

Oleh sebab itu, para saintis menjalankan kajian pada tahun yang sama dan menasihatkan kepada mereka yang berisiko mengalami jangkitan keloid, tidak boleh menindik telinga jika berumur bawah 11 tahun.

Lebih-lebih lagi, buat ibu bapa yang mempunyai anak dengan penyakit jantung kongnetial (CHD). Anda perlu fikir dua kali sebelum menindik telinga anak anda. 

Hal ini sebab individu yang menghidap CDH boleh mengalami kesan yang lebih serius. Ini adalah risiko yang cukup besar, hampir 53% pesakit CHD yang menindik telinga berisiko terkena jangkitan.

Sebab itu, pakar perubatan menyarankan supaya anda meletakkan antibiotik selepas tindik telinga bayi dilakukan.

Tips keselamatan untuk tindik telinga bayi

tindik telinga, tindik telinga bayi, menindik telinga, menindik telinga bayi, tindik telinga anak, tindik telinga wanita, tindik telinga anak perempuan, tindik telinga bayi perempuan, bahaya tindik telinga, risiko tindik telinga, risiko tindik telinga anak

Adalah bagus jika anda mengetahui risiko menindik telinga anak ini supaya dapat melakukannya dengan lebih selamat.

Berikut antara langkah keselamatan yang anda harus amalkan jikatelinga bayi telah ditindik:

  • Guna anting-anting emas kerana ia dapat mengurangkan kemungkinan alergi dan keradangan.
  • Jika klinik atau pakar pediatrik beri antibiotik, anda harus mengikut arahan yang dinyatakan bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan.
  • Pantau anting-anting tersebut seperti mengubah posisinya setiap hari.
  • Pastikan mereka yang berpengalaman saja yang menindik telinga anak anda dan dalam keadaan bersih.

Sentiasa dapatkan nasihat daripada pakar pediatrik tentang cara menjaga telinga bayi yang sudah ditindik supaya tiada jangkitan kecil berlaku.

Tanda-tanda jangkitan selepas menindik telinga bayi

  • Keluar kuning bernanah
  • Bengkak
  • Kemerahan
  • Kesakitan yang berterusan
  • Gatal-gatal

Bila patut jumpa doktor

Jika bayi menunjukkan gejala ini anda harus segera bawa bayi berjumpa doktor

  • Anting-anting tidak boleh digerakkan
  • Gelang anting-anting tertanam di dalam kulit
  • Infeksi tidak baik walaupun sudah menerima rawatan dalam masa dua hari
  • Bayi demam
  • Jangkitan merebak dengan menunjukkan kesan kemerahan

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

Waspada Anak Sakit Telinga, Ia Menyebabkan Jangkitan Kuman & Demam Berterusan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!