7 Tips Agar Bayi Anda Tidur Sepanjang Malam, Rahsia Dari Ibu Sebenar

undefined

Anda tertekan dan tak cukup tidur kerana bayi tak dapat tidur lena dan asyik menangis? Ini 7 tips agar bayi tidur sepanjang malam yang anda patut cuba!

Bagaimana nak buat bayi tidur sepanjang malam?

Salah satu benda yang sering kali jadi masalah pada ibu bapa adalah waktu tidur yang tidak cukup kerana bayi anda tidak dapat tidur.

Dan percayalah bukan anda sahaja melaluinya, hampir semua ibu bapa melaluinya! Dan tentu sahaja apa sahaja tip untuk membuatkan anak tidur lebih lena amatlah membantu.

Jangan risau. Kami akan membantu anda hari ini. Kami faham masalah anda.

bayi tidur sepanjang malam

Mereka menangis selama berjam-jam dan enggan tidur terutamanya di waktu malam. Corak tidur mereka tidak seperti orang dewasa.

Untuk menidurkan mereka adalah antara cabaran paling sukar dan ia sungguh menggeramkan.

Amat sukar untuk membuatkan mereka tidur selama 8 jam berterusan seperti orang dewasa. Dan ini memberi kesan kepada kita, ibu bapa juga.

Tetapi, selalunya para ibu akan dapat tahu bagaimana cara terbaik untuk menidurkan anak mereka dan membuatkan tidur mereka lebih lena. Contohnya seperti dalam video di bawah.

7 tips agar bayi tidur sepanjang malam

Dari video ini, 7 cara yang digunakan oleh 7 ibu berpengalaman ini untuk membuatkan bayi tidur sepanjang malam adalah dengan memberi:

  • bunyi pengering rambut
  • tepukan lembut di paha
  • lawan renung mata
  • beri napkin kegemaran
  • telefon pintar
  • bunyi ‘ting’ ketuhar gelombang mikro
  • gosokan lembut di antara mata

Unik tapi mudah saja untuk dicuba, kan?

Bagaimana dengan anak anda? Kongsikan tip yang anda guna untuk menidurkan anak anda. Dan jika masih ada ibu bapa yang belum menemui caranya, cubalah cara yang telah dikongsikan oleh para ibu ini.

Tak salah mencuba!

Kami harap perkongsian ini dapat membantu anda.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Hack Ibu Ini Berjaya Tidurkan Bayi Dengan Mudah Sungguh Menakjubkan!

Ibu Ini Berkongsi 10 Tip Bagaimana Nak Tidurkan Bayi Baru Lahir Anda

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!