Nak 'Bermanja' Tidak Perlu Tunggu Malam, Ini Rahsia Bersetubuh Siang Hari Penuh Nikmat!

Tahukah anda bahawa tips bersetubuh tidak terhad dilakukan pada waktu malam? Ini kerana seks siang hari juga menjanjikan kenikmatan dan kepuasan bersama!

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga memikul tanggungjawab untuk memenuhi keperluan zahir dan batin. Tanpa kemesraan dan kasih sayang, hubungan anda cenderung mengalami pelbagai masalah. Justeru ikuti sahaja tips bersetubuh yang bakal kami kongsikan ini!

Kebanyakan suami isteri hanya turn on apabila malam sahaja untuk bersama. Sesetengahnya mengakui bahawa waktu ini adalah paling sesuai kerana suasana lebih sejuk, romantik dan tiada gangguan lain. Namun sebenarnya ketahuilah anda bahawa seks pada waktu siang juga menyeronokkan.

Tips bersetubuh pada waktu siang

tips seks siang hari

credit to sources

Disebabkan oleh seluruh masyarakat yang berada di zon merah diwajibkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan urusan pekerjaan dilakukan dari rumah, tentu sekali anda dan pasangan memiliki waktu bersama yang lebih.

Pada awalnya anda mungkin rasa mahu tidak mahu memandangkan mood pada waktu siang lebih tertumpu kepada aktiviti seharian. Kalau tidak cuba tips bersetubuh ini anda mungkin rugi kerana ia memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan dan hubungan suami isteri!

Antaranya ialah:

#1. Kenikmatan yang berbeza

Melakukan hubungan seksual pada waktu siang terutamanya pada musim kemarau seperti bulan ini mampu membuatkan anda dan pasangan orgasme yang tidak pernah dirasakan sebelum ini, bahkan ketika bermanja pada malam hari.

#2. Kesan sama seperti melakukan olahraga

Ketika cuaca siang, suhu persekitaran akan mengalami peningkatan. Jika anda bekerja dari rumah pada musim PKPB ini, tentu sahaja terpaksa duduk menghadap komputer riba dan kurang bergerak.

Namun jika meluangkan sedikit masa untuk melayani suami, anda dapat mengeluarkan peluh yang banyak melalui pelbagai gaya ketika bercinta. Kesannya, tubuh menjadi lebih sihat dan anda menjadi lebih fokus untuk menyempurnakan tugas seharian.

#3. Terasa lebih ghairah

petua bersetubuh

credit to sources

Suhu pada musim kemarau sememangnya cenderung merasai lebih panas. Pancaran matahari yang terik membuatkan kulit rasa lebih hangat. Bagi rumah yang tidak memiliki penghawa dingin, ia bukanlah menjadi suatu alasan untuk menolak ajakan suami.

Justeru, ketika ingin memulakan aktiviti seks bersama pasangan, pastikan anda menarik seluruh langsir di ruang bilik atau ruang tamu dan pasangkan kipas pada kelajuan maksimum.

Sediakan juga air bagi mengekalkan hidrasi tubuh dan dapat beraksi lebih baik. Ketika berlaku sentuhan tubuh, anda akan berasa lebih ghairah dalam berasmara.

#4. Nikmatnya menyejukkan tubuh selepas bercinta

Hubungan seksual yang dilakukan pada waktu siang sememangnya akan mengeluarkan lebih banyak peluh. Namun jangan risau kerana ia akan membuatkan anda rasa lebih nikmat kerana setelah selesai melakukan aktiviti bercinta ini, anda dapat merebahkan tubuh bersama-sama bagi menyejukkan badan.

Pada ketika ini suami isteri juga boleh berborak manja, mengimbas kembali kenangan lalu dan meluahkan perasaan cinta antara satu sama lain.

#5. Semua aktiviti siang hari boleh menjadi foreplay

tips bersetubuh siang hari

credit to sources

Musim panas kebiasaannya mendorong anda untuk mengenakan pakaian lebih nipis, selesa atau mungkin seksi bagi membuatkan tubuh selesa. Keadaan ini sebenarnya boleh merangsang ghairah suami dan berasa tidak tahan ketika anda di hadapannya.

#6. Mengurangkan rasa tertekan di rumah

Tentu sahaja apabila terpaksa duduk di rumah ini membuatkan anda rasa tertekan. Mahu keluar, risau pula akan ancaman Covid-19 kan? Justeru apa kata ajak sahaja suami bermanja di dalam bilik atau mana-mana sahaja ruang yang anda inginkan.

Elak memendam keinginan anda untuk bersama. Luahkannya pada suami dan aturkan jadual masa mengikut kesesuaian. Sesi seks pada siang hari ini dapat menjadi penyelamat bagi menghilangkan rasa penat, membuatkan tubuh lebih sihat dan sekaligus mengurangkan stres.

#7. Quickie sex cipta keseronokan bersama

Salah satu cara untuk memanfaatkan rehat siang adalah dengan melakukan seks pantas. Menurut sebuah kajian, ia memberikan kesan positif orgasme sehingga dapat bertahan lima hari.

Menurut Sam Burgess, endorfin dapat dihasilkan ketika seseorang ghairah bercinta. Ia membantu anda membuat keputusan lebih baik kerana minda dikatakan lebih santai. 

Justeru, ketika tempoh work from home ini, agenda sex after lunch rasanya sangat menarik untuk dicuba!

Sumber: Berita Enam, Haibunda

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Hubungan Di Ranjang Tidak Perlu Lama, SEKS 5 MINIT Menjanjikan Kepuasan Berganda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!