Isteri Sarat Hamil, Suami Jangan Simpan Dendam Tapi Maafkanlah Kesalahannya Agar Bersalin Jadi Mudah

Jangan pernah menyimpan dendam pada isteri anda tapi cubalah memaafkan setiap kesalahan yang pernah dia lakukan nescaya dapat mempermudahkan urusannya untuk bersalin

Ramai orang kata tips mudah bersalin itu perlu banyak berjalan, buat ketuk ketampi, minum air selasih, jaga pernafasan dan sebagainya.

Tapi pernah tak terfikir tips mudah bersalin wajar dilakukan adalah daripada suami tercinta. Hmm..tapi bagaimana ya?

Caranya adalah dengan memaafkan segala kesilapan isteri yang mungkin pernah melukakan hati suami.

Semestinya setiap wanita mengimpikan untuk merasai nikmatya kehamilan selepas berkahwin. Malah, ia satu-satunya pengalaman hidup yang cukup indah dan membahagiakan bagi pasangan yang baru berkahwin atau sudah lama mengidam cahaya mata.

Apatah lagi, rumah akan lebih ceria dan berseri dengan keletah si kecil yang kadang-kadang mencuit hati dengan aktifnya dia berlari, bermain, bernyanyi dan sebagainya.

Selain itu, kebiasaannya kita sebagai orang Islam akan mengamalka doa mudah bersalin sebagai aspek spiritual yang boleh membantu wanita menjalani proses melahirkan dengan lancar dan selamat.

Apatah lagi, doa adalah senjata penting untuk mengharungi apa jua cabaran, dugaan hatta musibah sekalipun dalam hidup.

Malah kita biasanya akan mengamalkan doa-doa bersalin tertentu dan membaca ayat suci Al-quran supaya membantu mempermudahkan proses bersalin kelak.

Tips mudah bersalin - doa yang dianjurkan alim ulama

tips mudah bersalin Kredit: Keluarga

Ada dua jenis doa yang dianjurkan ahli agama untuk memudahkan isteri bersalin, memperoleh zuriat yang baik dan memelihara keselamatan kandungan.

Koleksi doa bersalin ini perlu dibaca oleh ibu yang menunggu saat untuk melahirkan anak.

Selain itu, doa ini juga boleh diamalkan kepada mereka yang menunggu kelahiran zuriat seperti suami atau ibu bapa.

Senarai doa ini diambil dari kitab suci Al-Quran.

tips mudahkan bersalin isteri Kredit: Fristcry parenting

#1. Doa mudah bersalin bagi orang yang menunggu ibu bersalin (suami sangat digalakkan untuk membaca doa ini)

"Allah menginginkan kemudahan bagimu, dan tidak menginginkan kesukaran bagimu" (Surah Al-Baqarah, ayat 185).

"Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dalam pengetahuan - Nya" (Surah Al-Fatir ayat 11).

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya" (Surah Al-Zalzalah , ayat 1-2)

Dengan amalan doa ini diharap, urusan bersalin ibu dapat dipermudahkan sekaligus memberi kekuatan kepada anda sekeluarga.

Apatah lagi doa bersalin ini dapat dijadikan sumber pahala dan taqwa kepada Allah SWT.

Jika sedang menunggu hari untuk bersalin, cubalah untuk positifkan diri dan melalui pengalaman bersalin dengan sebaiknya.

Bahkan, pengalaman bersalin yang harus diharungi itu tentunya sesuatu yang ditakuti para ibu jadi mohonlah keampunan dari suami sekiranya anda pernah menyakiti hatinya tanpa sedar atau sedar.

Dengan keredhaan suami itu, nescaya ia dapat mempermudahkan urusan bersalin ibu jadi lebih mudah lantas melahirkan bayi comel dengan penuh sifat.

Tips mudahkan ibu cepat bersalin

mudahkan bersalin Kredit: Donna.com.my

- Sentiasa mengamalkan bacaan surah Maryam sepanjang anda hamil.
- Amalkan bacaan surah tiga Qul. Kemudian baca selawat dan sapu di atas perut hingga ke bawah.
- Selepas mandi, minum air titisan dari hujung rambut sambil berselawat dan berniat agar dipermudahkan bersalin sebagaimana mudahnya air tersebut menitis.
- Banyakkan mengiring ke sebelah kiri semasa tidur di waktu malam.
- Mengamalkan makan kacang sayur bendi kerana dipercayai bertindak sebagai pelincir dan mempermudahkan urusan bersalin kelak.
- Amalkan makan buah kurma dengan bilangan ganjil.
- Membaca doa Nabi Yunus semasa berada di dewan bersalin. Kalau boleh baca setiap hari dan amalkan selalu.
- Untuk proses pelincir, ibu digalakkan minum minyak kelapa dara sebagai memudahkan proses kelahiran.
- Makan dua biji telur setengah masak bermula dua minggu sebelum due date.
- Sebut zikir Ya Fattah supaya laluan bayi terbuka dengan cepat.
- Baca 21 kali zikir Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir dan hembus ke dalam gelas kemudiannya minum.
- Amalkan senaman kemutan otot lantai pelvik.

Akhir sekali mohon maaf dengan orang sekeliling sama ada suami, ibu bapa, adik beradik, sahabat handai dan sebagainya. Kemudian berdoalah memohon segala urusan bersalin dipermudahkan Allah Yang Maha Esa.

Isteri Sarat Hamil, Suami Jangan Simpan Dendam Tapi Maafkanlah Kesalahannya Agar Bersalin Jadi Mudah

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Pesona Pengantin 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!