Latih Kemampuan Anak Sejak Usia 3 Tahun, Ini 5 Tips Berguna Dari Dr Sheikh Muszaphar

undefined

Salah satu pegangan yang dititik berat oleh beliau adalah pentingnya melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi!

Siapa yang tidak kenal dengan Dr Sheikh Muszaphar, angkawasan pertama Malaysia yang merupakan orang pertama dan satu-satunya warga Malaysia yang telah pergi ke angkasa.

Baru-baru ini, theAsianparent berkesempatan menemui beliau dan menerima perkongsian beberapa tips untuk berjaya untuk anak-anak.

Tips Untuk Berjaya: Forum Pelajar Cemerlang KUMON 2019

Latih Kemampuan Anak Sejak Usia 3 Tahun, Ini 5 Tips Berguna Dari Dr Sheikh Muszaphar

Mr Yosuke Sugawa Pengurus Besar Kumon Malaysia

Kami menerima jemputan untuk acara Forum Pelajar Cemerlang KUMON 2019, di mana  seramai 771 pelajar Kumon dari lebih 200 pusat di Malaysia telah menerima pengiktirafan atas prestasi cemerlang mereka dalam satu majlis di Hotel Marriott Putrajaya yang dihadiri seramai lebih 2,400 orang pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar Kumon.

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia Sebagai Tetamu Jemputan dan Wakil Ibu Bapa KUMON

Kumon Malaysia merupakan program pendidikan Matematik dan Bahasa Inggeris selepas sekolah yang mencungkil potensi kanak-kanak bagi mencapai potensi secara menyeluruh melalui pembelajaran kendiri.

Program Kumon sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 – 17 tahun dan sejak penubuhannya pada tahun 1997, Kumon kini memiliki lebih 200 buah pusat di seluruh negara dengan jumlah pelajar seramai lebih 33,000 orang. 

tips untuk berjaya, dr sheikh muszaphar, tips berjaya, tips dr sheikh muszaphar, pemikiran orang berjaya, kunci untuk berjaya, berjaya dalam hidup, astronaut pertama malaysia, kumon, cerita orang berjaya, cara untuk berjaya dalam pelajaran, tips kejayaan pelajar cemerlang, 5 tips untuk berjaya, kunci kejayaan,

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, (Kumon Parent/Tetamu Jemputan) Ms Dana Lekshmi Kumon, Tenaga Pengajar dan Mr Yosuke Sugawa, Pengurus Besar Kumon

Tahun ini Kumon telah menjemput Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor,  angkasawan pertama Malaysia untuk memberi kata-kata semangat buat para pelajar Kumon, dan berkongsi kisah hidupnya.

Beliau percaya Kumon mempunyai kaedah yang baik untuk perkembangan pendidikan dan sahsiah anak-anaknya, seperti ciri 7c berikut:

  • Kawalan (control)
  • Kecekapan (competence)
  • Kesanggupan (coping)
  • Keyakinan (confidence), hubungan (connection)
  • Watak (character)
  • Sumbangan (contribution)

5 Tips Untuk Berjaya Mengikut Cara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar 

Kali ini, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang juga merupakan bapa kepada 2 orang anak perempuan yang kini sedang mengikuti program Kumon dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

Selain berkongsi ilmu dan pengalamannya sebagai angkasawan, Dr Sheikh Muszaphar turut menggariskan 6 tips untuk berjaya, mengikut cara yang dititipkan kepada anak-anaknya.

#1 Bercita-cita Tinggi

tips untuk berjaya, dr sheikh muszaphar, tips berjaya, tips dr sheikh muszaphar, pemikiran orang berjaya, kunci untuk berjaya, berjaya dalam hidup, astronaut pertama malaysia, kumon, cerita orang berjaya, cara untuk berjaya dalam pelajaran, tips kejayaan pelajar cemerlang, 5 tips untuk berjaya, kunci kejayaan,

Tanamkan impian yang besar dalam hidup, dan bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Jika anak ingin jadi doktor, pupuk si kecil untuk belajar bersungguh-sungguh dan yakinkan yang dia boleh.

Tuliskan impian di buka nota atau tampalkan azam di bilik tidurnya, supaya dia lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan mendapatkan cita-cita yang diingini. Katakan pada anak anda, jika ingin bercita-cita, biarlah cita-cita tersebut besar, bukan sekadar ala kadar.

#2 Hindari Perasaan Takut

Jika anak takut terhadap sesuatu, dia harus menangani perasaan gementar tersebut dengan berhadapan masalah tersebut dan bukannya melarikan diri dari masalah.

Sekiranya anak takut dengan air, bawalah dia ke kelas berenang dan sekiranya dia gementar berhadapan dengan orang ramai, apa kata beri semangat untuk anak anda menyertai persembahan pentas yang memerlukan dia berhadapan dengan orang ramai!

#3 Berani

Sentiasalah berani meluahkan pendapat, dan jangan takut sekiranya pendapat tidak diterima. Sekiranya mempunyai sebarang persoalan, jangan malu untuk bertanya pula!

#4 Fasih Berbahasa Inggeris

Kita sedia maklum yang Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang sering diguna pakai di kebanyakan negara,  dan memainkan peranan penting dalam kemajuan di dunia. Menguasai Bahasa Inggeris akan memberikan kanak-kanak kelebihan dalam banyak perkara dalam jangka masa panjang.

Kerapkan bercakap dengan anak menggunakan Bahasa Inggeris di rumah, dan belikan bahan bacaan yang sesuai untuk mengukuhkan pembacaannya dalam Bahasa Inggeris.

#5 Rutin

tips untuk berjaya, dr sheikh muszaphar, tips berjaya, tips dr sheikh muszaphar, pemikiran orang berjaya, kunci untuk berjaya, berjaya dalam hidup, astronaut pertama malaysia, kumon, cerita orang berjaya, cara untuk berjaya dalam pelajaran, tips kejayaan pelajar cemerlang, 5 tips untuk berjaya, kunci kejayaan,

Amalkan mempunyai rutin dalam kehidupan supaya anak terbiasa dan tidak mengeluh apabila melakukan sesuatu. Ini dapat membuatkan anak lebih berdisiplin dan sikap ini akan berterusan sehingga dewasa.

Apabila anak berdisiplin, kehidupannya juga akan lebih teratur dan akan mempengaruhi cara kerja dalam jangka masa panjang kelak. Walaupun kelihatan susah pada mulanya, pasti anak akan berjaya mengamalkan rutin dalam kehidupannya kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumon Malaysia, sila layari:

Laman web: www.kumonmalaysia.com
Facebook: https://www.facebook.com/kumonmalaysia/

Umur berapakah sepatutnya anak pandai menulis, sebut ABC dan nombor?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.com3-bahasa-asing-untuk-lebih-berjaya/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!