Nak Tahu Apa Akan Jadi Dalam Trimester 2 & 3 Kehamilan? Baca Ini Supaya Lebih Bersedia
Pasti ada yang tertanya-tanya, pada trimester 2 dan trimester 3 kehamilan apa yang akan berlaku kepada ibu hamil? Kami kongsikan kali ini.
Pada trimester pertama, bagi ibu hamil yang mempunyai alahan mereka biasanya alaminya ketika ini. Tetapi apa pula yang akan berlaku dalam trimester 2 dan trimester 3?
Pasti anda tertanya-tanya adakah masih akan mengalami alahan seperti loya dan muntah-muntah ketika memasuki trimester 2 kehamilan?
Adakah ia akan berlanjutan sehingga trimester 3? Atau mungkin ada perkara lain yang baharu yang mungkin akan anda alami?
Ini yang ibu hamil akan alami pada trimester 2 dan trimester 3 kehamilan
Kali ini kami kongsikan apa yang anda mungkin alami pada peringkat kehamilan ini. Kita akan mulakan dengan trimester 2 terlebih dulu.
Trimester 2 kehamilan ini yang ibu dijangka alami
Menurut, Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan & FertilitiDr Maiza, trimester 2 bermula pada minggu ke-14 dan berakhir pada minggu ke 2-7 kehamilan.
Paras hormon bhcg menjadi stabil dan mendatar pada minggu ke 16 dan ini menyebabkan ibu tidak lagi mengalami morning sickness tetapi ada juga yang masih mengalaminya.
Antara simptom yang akan dialami pada fasa ini adalah:
• perut yang semakin membesar
• kenaikan berat badan sekitar 0.5 kg seminggu
• merasakan pergerakan pertama bayi contohnya quickening
• sengal badan
• peningkatan selera makan
• tanda regangan pada perut, payudara, paha, atau punggung contohnya stretch marks
• perubahan kulit, seperti kegelapan kulit di sekitar puting, atau tompok yang lebih gelap di muka ‘chloasma’
• penghasilan kolostrum seawal 16 minggu
• bengkak pada pergelangan kaki atau tangan
• kejang kaki terutama pada waktu malam
Ketika ini semua organ dalaman bayi termasuk jantina telah terbentuk lengkap.
Antara masalah yang sering dikesan pada trimester 2 adalah:
• darah tinggi atau preeclampsia setelah kandungan berusia 20 minggu ke atas
• kencing manis
• anemia
• jangkitan salur kencing (UTI)
Peningkatan keinginan seksual dipengaruhi oleh peningkatan hormon estrogen yang meningkatkan aliran darah pada organ intim dan menyebabkan bahagian tersebut menjadi lebih sensitif. Cairan vagina turut meningkat ketika ini.
Kontraksi Braxton-Hicks seperti pengecutan otot rahim selama beberapa saat, tidak konsisten dan mungkin datang dan pergi secara rawak, bukanlah kontraksi sebenar dan ia tidak merbahaya. Seks, senaman yang ekstrem, dehidrasi dan pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan Braxton-Hicks.
Ketika ini jika anda ingin kekal sihat apa yang patut dilakukan adalah:
• disiplin mengambil vitamin pranatal
• bersenam secara berkala
• bina kekuatan otot pelvik dengan melakukan senaman kegel
• makan makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein rendah lemak, & serat
• kekalkan hidrasi dengan air kosong
• pengambilan kalori yang mencukupi (kira-kira 300 kalori lebih banyak daripada biasa)
• jaga kesihatan gigi dan gusi kerana masalah gigi dikaitkan dengan kelahiran pramatang
Trimester 3 kehamilan ini yang ibu dijangka alami
Trimester 3 bermula pada minggu ke 28 dan berakhir pada minggu ke 40.
Anggaran berat bayi mengikut tempoh kehamilan :
• 28 minggu 1kg
• 32 minggu 2kg
• 36 minggu 2.6kg
• 40 minggu 3.6kg
Pada usia 32 minggu ke atas, berat bayi meningkat sebanyak 250 gram bagi setiap minggu dan bayi seberat atau melebihi 4 kg dinamakan ‘macrosomia’ dan mempunyai risiko bahu tersangkut sekiranya melalui kelahiran normal.
Fetal kick chart atau pemantauan gerak bayi yang dicatatkan di dalam buku pink atau buku rekod kehamilan ibu dimulakan pada minggu ke 28 kehamilan.
Pada usia kandungan 38 minggu, 4 peratus bayi berada pada kedudukan songsang.
Bagi kehamilan anak sulung, kepala bayi bergerak masuk ke dalam rongga pelvis seawal 36 minggu. Apabila hanya 2/5 kepalanya berada di luar rongga pelvis, ini dinamakan head engagement dan bayi sudah berada dalam kedudukan normal dan bersedia untuk kelahiran.
Risiko bayi meninggal dalam perut pada 39 minggu kehamilan adalah kira-kira 12 peratus. Ibu yang tidak mempunyai masalah kehamilan digalakkan melakukan Perineal Massage ketika kandungan melebihi 34 minggu untuk mengurangkan risiko koyakan faraj ketika melahirkan tetapi perlu dapatkan kebenaran doktor yang merawat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Yang Perlu Anda Ambil Serius, WAJIB Baca!
Baca juga: Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya!
Baca juga: Yay, Positif Hamil! Ini 8 Perkara Anda Perlu Buat Sebaik Saja Disahkan Hamil
- Jenis Buah Untuk Ibu Berpantang & Makanan Untuk Orang Berpantang Pembedahan Yang Cepatkan Badan Pulih, Susu Meriah
- Muntah Darah Ketika Hamil (Hematemesis): 13 Penyebab Muntah Darah, Cara Mengatasi & Rawatan
- Perancang Keluarga Selepas Bersalin: Jenis Perancangan Keluarga Yang Berkesan & Bila Boleh Ambil