Ini Apa Yang Ibu Hamil Patut Lakukan Di Trimester Ketiga Untuk Persediaan Bersalin!

undefined

Sudah nak sampai penghujung kehamilan, makin berdebar rasanya, terutama sekali di trimester ketiga, macam-macam nak dilakukan. 

Sudah nak sampai penghujung kehamilan, makin berdebar rasanya, terutama sekali di trimester ketiga, macam-macam nak dilakukan.  Tapi dalam masa yang sama cukup teruja untuk bertemu dengan si manja. 

Di hujung-hujung inilah macam-macam perkara yang perlu dibuat, dari segi penyediaan barangan bayi, proses untuk kelahiran dan macam-macam lagi!

Tapi satu benda yang sangat penting adalah persediaan badan anda untuk tiba waktu bersalin nanti. Baik dari segi senaman, mengamalkan makanan sunnah dan sihat juga makanan yang mampu memudahkan proses bersalin. 

Mengikut pengalaman ibu-ibu mengandung sebelum ini, berikut adalah apa yang mereka lakukan untuk mempercepatkan proses bersalin (bila sudah due ya), serta tip-tip memudahkan. 

Lakukan ini di trimester ketiga

trimester ketiga

#1. Banyakkan berjalan-berjalan di trimester ketiga ini, waktu inilah anda boleh pergi membeli belah barang keperluan anak dan diri sendiri apabila di hospital atau ketika pantang. Lakukan senaman ringan, turun naik tangga dengan perlahan, duduk atas bola gym, ia dapat merawat postur badan juga tau. Duduk mencangkung juga dikatakan dapat mempercepatkan proses kehamilan!

#2. Jika selalu sakit pinggang, selalulah duduk goyang-goyang atas gym ball. Malah disaat ibu hamil pepenggunaan gym ball sangat membantu.

#3. Jangan miss minum minyak kelapa dara, Minyak zaitun asli. 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. Kaya dengan Vitamin C dan kalsium. Dan juga dapat mencegah bayi dari ekzema. Ia juga elok disapu pada perut ibu mengandung, untuk elak terjadinya kesan regangan selepas bersalin nanti!

trimester ketiga

#4. Sapu minyak kelapa atau zaitun di perut, pinggang, paha sambil baca doa nabi yunus keluar dari perut ikan tu, tahu kan? Sapu dari atas ke bawah ye. Sambil-sambil urut dan membaca doa, anda boleh baring dan angkat kaki sedikit tinggi dari kepala. Ia bagus untuk mengurangkan sembap kaki.

#5. Kerap buat senaman kegel. Tujuannya untuk kuatkan otot perinium juga. Ia juga dapat membantu anda yang kerap  ke tandas setiap lima minit!

#6. Praktis teknik pernafasan yang betul. Ini bertujuan supaya ibu hamil tak banyak guna tenaga semasa proses kelahiran nanti. Juga ibu hamil perlu belajar cara untuk meneran ya, anda perlu tahu timing yang tepat untuk meneran, dan bagaimana cara yang betul.

#7. Urut bahagian perinium dengan minyak kelapa dara selama 10 minit. Kalau tak sampai, minta suami yang buatkan ya. Ini bertujuan supaya otot perinium menjadi lebih elastik. Jadi tidaklah koyak semasa bersalin nanti. Kalau koyak pun mungkin tidak teruk.

trimester ketiga

#8. Minum madu kelulut asli supaya sistem imunisasi si ibu kuat, tiada masalah kesihatan di saat-saat akhir menanti kelahiran. Ia juga dapat mencegah dari bayi terkena kuning yang tinggi. Ini elok diamalkan di trimester kedua lagi.

#9. Makan seberapa banyak kurma yang anda mampu. Eloknya setiap pagi, sebelum tidur, ambil mengikut nombor ganjil (sunnah). Ia mengenyangkan, tinggi serat, baik untuk proses penyusuan ibu, lahir saja bayi nanti, meriah susu badan anda!

#10. Banyak minum air kelapa muda supaya tubuh si ibu hamil sentiasa terhidrat. Air kelapa muda juga dapat menambah air ketuban mami yang semakin berkurang apabila tiba saat kelahiran.

#11. Fikirkan yang baik-baik sahaja, apabila anda lebih positif ia dapat mengawal kontraksi dengan lebih baik, lantas proses pembukaan pangkal rahim pun lebih cepat. Beroda banyak-banyak dan jangan lupa minta maaf kepada suami, ibu bapa dan rakan-rakan ya!

Jadi sudahkah anda bersedia ibu-ibu? Jika ya, bagus! Jika tidak lagi, anda boleh lakukan langkah di atas untuk memudahkan laluan bayi nanti. Percayalah sedikit usaha akan membuahkan hasil. Kalau tak menjadi pun tak mengapalah janji anak mencuba. Yang penting kita ikhtiar. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: FB Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu

Baca juga:

Trimester Ketiga Hamil Paling Mencabar? Jika Ibu Mengalami 5 Perkara Ini, Segera Jumpa Doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!