Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 9 Bulan

undefined

Berdiri dan berjalan sambil memegang sesuatu hanya antara salah satu perkara yang bayi anda boleh lakukan apabila dia berusia 9 bulan.

Hanya 3 bulan dari sekarang, bayi anda akan menyambut hari jadi pertamanya! Apa pula milestone kanak-kanak 9 bulan kita kali ini? 

Si kecil kita sudah pandai mengucapkan beberapa perkataan (biarpun tidak berapa tepat) dan sedang membesar menjadi individu yang suka mengembara! Inilah antara milestone kanak-kanak 9 bulan yang anda pasti tak sabar nak tengok:

Perkembangan Fizikal

milestone kanak-kanak 9 bulan

Milestone kanak-kanak 9 bulan – Bayi anda kini pakar merangkak dan akan cuba berdiri atau berjalan sambil memegang tepi perabot

Kemahiran motor bayi anda bertambah baik bulan ini. Kini, dia sudah pakar merangkak, ada yang pandai merangkak turun naik tangga!

Dia mungkin juga fasih menukar kedudukan dengan cepat: dari duduk kembali ke merangkak dan bergolek. Berhati-hati ya! Bayi anda mungkin akan mula menarik tepi perabot untuk cuba berdiri atau berjalan sambil memegang perabot untuk dari satu tempat ke tempat yang lain.

Jadi pastikan rumah anda ‘baby proof‘ dan selamat!

Anak anda sedang membesar, suka mengembara dan akan tunjuk minat untuk bergerak dan meneroka. Anda boleh menggalakkannya dengan beri lebih banyak ruang untuk bergerak.

Tulang dan ototnya juga semakin kuat membolehkan bayi merangkak macam pakar. Dia mungkin merangkak dengan hanya satu tangan dan kedua-dua lututnya sambil memegang objek dengan tangan yang lain!

Kemahiran motor halus anak juga akan bertambah baik. Sekarang dia sudah boleh mengambil mainan yang lebih kecil dan mengawal pergerakan tangannya dengan lebih baik. 

Oleh kerana bayi anda kini lebih aktif, kenaikan berat badan mungkin lebih perlahan bulan ini berbanding bulan sebelumnya. Ibu bapa tidak perlu bimbang, ini perkara normal.

Perkembangan Kognitif

milestone kanak-kanak 9 bulan

Milestone kanak-kanak 9 bulan – Bayi anda sudah pandai membaca bahasa tubuh

Ibu bapa mungkin perasan bayi lebih teliti dan ingin tahu. Dengan pemahaman bahasa yang bertambah baik dan kemahiran untuk memahami bahasa tubuh, jangan hairan kalau bayi suka meneliti apabila ibu bapa mereka sedang bercakap.

Malah, dia sudah faham apabila ibu bapa cakap “TIDAK/JANGAN” melalui tindakan mereka.

Pada bulan ini bayi juga akan mula meniru tindakan anda, bunyi yang anda buat dan akan buat apa saja untuk mencuit hati orang dewasa dan buat mereka ketawa.

Perkembangan Pertuturan Dan Bahasa

milestone kanak-kanak 9 bulan

Milestone kanak-kanak 9 bulan – Biarpun asyik membebel, pemahaman bayi anda sebenarnya banyak berkembang

Anda mungkin akan dengar bunyi “mama” atau “papa” keluar dari mulut comel itu. Walaupun banyak kali bunyinya seperti bayi anda asyik membebel sahaja, ini tidak bermakna pemahamannya tidak berkembang.

Dia mungkin belum faham maksud perkataan yang digunakan, tapi dia boleh teka dari nada suara anda.

Jadi banyaklah bercakap dengan bayi anda supaya dia boleh belajar cara untuk berkomunikasi. Bayi fikir anda boleh memahaminya, jadi pastikan anda memberi perhatian sepenuhnya dan menjawab apabila dia mengatakan sesuatu. 

Tapi jaga percakapan anda, dia mungkin akan meniru anda!

Perkembangan Sosial Dan Emosi

milestone kanak-kanak 9 bulan

Milestone kanak-kanak 9 bulan – si manja lebih sedar dengan persekitarannya dan tidak mahu berjauhan dari ibu bapa

Ini adalah masa yang baik untuk mengajar bayi anda perbezaan antara emosi yang baik dan yang tidak baik.

Melalui nada suara anda, bayi anda sudah tahu jika anda gembira ataupun tidak. Tapi, walaupun dia kenal perkataan “TIDAK/JANGAN,” ini tidak bermakna dia akan ikut kata anda setiap kali.

Kurangkan penggunaan perkataan ini supaya bayi anda tidak jadi keliru. Sebaliknya, katakan “tidak (no)“, dan alihkan anak anda dari tempat itu atau alihkan objek yang anda tidak mahu dia sentuh atau masuk ke dalam mulut, kemudian berikan objek baru untuk membantu anak memahami maknanya.

Pada bulan ini, si manja anda juga lebih sedar dengan persekitarannya dan tidak mahu berjauhan dari ibu bapa. Dia seolah-olah tahu bila ibu bapa akan meninggalkannya, dan akan jadi cemas apabila orang asing mendekatinya.

Kesihatan Dan Nutrisi

milestone kanak-kanak 9 bulan

Milestone kanak-kanak 9 bulan – Corak pemakanan bayi anda mungkin akan bertukar

Anak cerewet makan? Bulan ini ibu bapa boleh mula memperkenalkan makanan dengan pelbagai tekstur dan citarasa. Ini untuk membentuk tabiat pemakanan yang baik supaya anak tidak kekurangan nutrien.

Corak tidur bayi anda juga boleh berubah bulan ini kerana dia lebih aktif bermain tanpa mengambil kira siang mahupun malam.

Pencapaian setiap bayi berbeza

Cara bayi anda bercakap, bertindak, belajar, dan bermain akan memberi petunjuk tentang perkembangannya.

Walaupun semua ini adalah milestone kanak-kanak 9 bulan, panduan ini menunjukkan perkembangan secara menyeluruh saja. Ibu bapa perlu ingat yang setiap bayi akan berkembang pada kadar yang berlainan. 

Jika anda rasa bimbang dengan perkembangan bayi anda, rujuk kepada pakar kanak-kanak untuk keterangan lanjut.

 

 

 

 

Baca juga:

Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 8 Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!