Sains Buktikan Isteri Yang Selalu Diurut Suami Lebih Ceria, Kurang Stres, Lebih Yakin!
Kasih sayang itu perlu dipupuk dan dibaja sentiasa salah satu yang suami boleh lakukan adalah dengan urut isteri anda!Cubalah!
Hubungan suami isteri banyak cabarannya, manakan tidak seorang dari dunia lain seorang lagi dunia lain. Tetapi kasih sayang itu perlu dipupuk dan dibaja sentiasa salah satu yang suami boleh lakukan adalah dengan urut isteri anda!
Jangan ingat kalau isteri anda suri rumah dia tidak stres ya, ada kemungkinan isteri anda lagi stres sebenarnya.
Urut isteri selalu supaya dia ceria, bahagia
Menurut laporan siakapkeli berdasarkan kajian dan pemerhatian, wanita yang sentiasa diurut oleh pasangan mereka akan berasa lebih gembira, ceria, penyayang dan yakin! Ini sebabnya:
5 manfaat urutan suami kepada isteri
#1. Urutan meredakan stres
Dari pagi sampai ke malam isteri sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan di rumah dan menguruskan anak-anak.
Kebanyakan masanya isteri tentu akan berasa letih, bukan saja penat fizikal tetapi juga penat mental. Maka tak hairanlah kadangkala isteri ni mudah emosional tak tentu pasal kan?
Urutan dan sentuhan boleh membantu mengurangkan paras kortisol (iaitu hormon stres) sebanyak 30% dan meningkatkan paras hormon gembira iaitu seratonin serta dopamine sehingga 31%.
#2. Urutan boleh meningkatkan sistem imun
Terdapat kajian yang mendapati urutan juga mampu meningkatkan penghasilan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit.
Ini bermaksud, kalau isteri sentiasa mendapat urutan, dah tentu dia akan berasa lebih sihat dan sukar dijangkiti penyakit.
Bila rasa sihat, wajah isteri pun akan nampak lebih berseri dan bersemangat di rumah.
Taklah asyik nak marah-marah saja kan? Suami pun pening. Jadi apa salahnya luangkan masa mengurut isteri anda.
#3. Membantu isteri lebih yakin
Percaya atau tidak, sesi urutan juga dapat membantu isteri berasa lebih selesa dengan tubuh badan mereka sendiri.
Ada isteri yang mula berasa malu, terutamanya selepas bersalin sebab tubuh badan mereka dah tak seperti dulu lagi.
Namun, urutan seorang suami menandakan menandakan kasih sayang mereka terhadap setiap pengorbanan isteri dalam melahirkan zuriat.
Sebab itu, isteri pun dapat berasa lebih konfiden terhadap kekurangan tubuh sendiri melalui urutan dan belaian si suami.
#4. Masa berkualiti bersama
Sesi urutan bukan saja menjadi sesi ‘rawatan’ badan, tetapi masa yang terluang bersama juga membantu merapatkan lagi hubungan antara suami isteri.
Tanpa sebarang gajet, tanpa gangguan televisyen, sentuhan dan belaian melalui urutan memainkan peranan penting dalam mengembalikan cinta pada pasangan.
Sambil mengurut, isteri boleh juga bercerita atau berbual tentang apa jua perkara yang terbuku di hati. Orang perempuan ni bila dapat luahkan pun dah cukup lega!
#5. Ia membuat isteri rasa dihargai
Tak kisahlah sama ada urutan suami tu sehebat tukang urut profesional atau amatur, yang penting sentuhan daripada seorang suami itu tentunya akan membuat isteri rasa saaaangat dihargai.
Tak semestinya hadiah yang mahal, urutan kasih sayang pun dah cukup membuat isteri rasa seronok.
Betul tak?
Isteri gembira, satu keluarga gembira!
Sebenarnya kalau tak ada kajian pun tentu kita boleh agak bagaimana urutan atau sentuhan kasih sayang daripada suami ini dapat memberi kesan yang amat besar terhadap isteri.
Jadi suami-suami dekat rumah tu, rajin-rajinlah urut isteri masing-masing ya. Sebabnya bila isteri happy, dia punya aura tu satu famili akan dapat tau!
Cuba kalau muka isteri masam je, satu rumah rasa tak ceria kan? Begitulah pentingnya aura si isteri dalam rumah tangga. Memang nampak simple je, tapi jika diambil mudah, kuranglah kebahagiaan dalam rumah tangga.
Suami perlu mainkan peranan mereka dalam membentuk isteri yang ceria. Jangan tunggu isteri dah meletup, masam muka baru nak bertindak. Suami yang bijak bertindak pantas gembirakan isteri!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: siraplimau
Baca juga: