6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

undefined

Walaupun sudah banyak diberitahu tentang kepentingan dan kebaikan vaksin anak, masih ramai ibu bapa yang memilih untuk tak beri vaksin pada anak mereka.

Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana memiliki sistem kesihatan antara yang terbaik di dunia untuk memberikan vaksin anak. Sudahlah hanya perlu bayar RM1 untuk menerima rawatan di hospital dan klinik kerajaan, servis dan kepakaran yang diberikan juga sangat berkualiti.

Tidak terkecuali juga pemberian vaksin bagi 12 penyakit secara percuma.

Hanya perlu bawa anak ke klinik atau hospital untuk mendapatkan suntikan. Sangatlah mudah, bukan?

Mengapa Ibu Bapa Perlu Vaksin Anak Sejak Kecil Lagi?

Umum sedia maklum bahawa setiap individu mempunyai sistem imun badan berbeza, jadi ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk berusaha melindungi anak-anak mereka.

Vaksin untuk bayi penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah. Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit yang boleh membawa maut seperti:

  • Tibi (batuk kering) – Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
  • Pertusis (batuk kokol) – Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.Tetanus – Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
  • Haemophilus influenzae jenis (Hib) – Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
  • Polio – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
  • Campak – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
  • Beguk – Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
  • Rubella – Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)
  • Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.
  • Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis.
  • Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital.

Walau bagaimanapun, kita masih mendapati bahawa ada segelintir kumpulan di dalam masyarakat (ibu bapa) yang memilih untuk tidak vaksin anak mereka.

Ada beberapa sebab dan faktor mengapa keputusan itu diambil oleh sesetengah ibu bapa. Mari kita lihat apakah yang menjadi kebimbangan dan pegangan golongan ini.

6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Tak Mahu Vaksin Anak?

#1: Vaksin Anak Ada Bahan Kotor.

Bercakap tentang kotor, kandungan suntikan ini hakikatnya adalah air dan bahagian daripada bakteria atau virus tertentu.

Ada juga beberapa bahan tambahan lain seperti merkuri dan aluminium yang bertujuan untuk memelihara dan membantu meningkatkan keberkesanannya.

Tapi, jangan bimbang. Bahan-bahan tambahan ini tidak berkumpul di dalam badan anak dan kadarnya adalah sangat sedikit.

Lebih baik anda bimbangkan kandungan gula dan garam dalam makanan yang anda berikan buat mereka setiap hari.

#2: Vaksin Anak Tidak Halal Kerana Ada Bahan Daripada Khinzir.

Soal hukum dalam agama tidak boleh diambil daripada sembang-sembang di kedai kopi atau di laman sosial. Ia harus berpandukan kepada ahlinya.

Bagi menjawab persoalan hukum, Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri telah menjawab menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, vaksin adalah satu keperluan di dalam masyarakat. Sesetengah vaksin yang mengandungi bahan daripada khinzir telah dirawat dengan bahan kimia, menjadikan ia halal untuk diambil.

#3: “Anak Saya sihat, Kenapa Perlu Saya Vaksin Anak Saya?”

Konsep penting yang perlu difahami adalah vaksin tidak merawat, sebaliknya mencegah. Kalau selepas sakit baru tindakan diambil, namanya adalah rawatan.

Kenapa penting untuk mencegah?

Sesetengah penyakit memerlukan rawatan kecemasan segera. Contohnya batuk kokol (pertussis) dan kancing gigi (tetanus). Ada juga penyakit yang susah didiagnosis sehingga berlaku komplikasi, seperti hepatitis B.

Oleh itu, mencegah adalah langkah terbaik untuk menangani penyakit ini. Kos juga dapat dijimatkan. Tidak perlu membeli ubat dan membayar kos jika perlu ditahan di dalam wad.

#4: Vaksin Anak Adalah Hak Ibu Bapa.

Sebelum memikirkan tentang hak anda, cuba fikirkan juga hak anak serta orang di sekeliling. Mereka semua ada hak untuk bebas daripada penyakit. Jika lebih 95% masyarakat mengambil vaksin, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah.

Namun, hanya 92.08% sahaja rakyat Malaysia mengambil vaksin pada tahun 2017. Ini sangat malang untuk mereka yang tidak boleh mengambilnya kerana masalah kesihatan tertentu seperti sistem imun lemah.

Oleh itu, golongan ini akan selamat jika ramai yang mengambil vaksin. Hak masyarakat adalah untuk dilindungi daripada penyakit berjangkit.

#5: Bersikap ‘Tunggu Dan Lihat’ Dalam Memberi Vaksin Anak.

Ibu bapa berkemungkinan cenderung untuk mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ kerana beberapa faktor seperti keselamatan dan keberkesanan vaksin dalam kalangan anak-anak mereka.

#6: Vaksin Anak Tak Berkesan, Masih Dijangkiti Penyakit.

Sebahagian besar vaksin adalah berkesan, bergantung kepada jenis vaksin yang diambil. Pakar-pakar penyakit berjangkit akan berjumpa dan berbincang serta meramalkan apakah bakteria yang akan tersebar apabila tibanya musim selesema setiap tahun. 

Walaupun tidak dapat dicegah sepenuhnya, vaksin dapat membantu mengurangkan kematian serta mengurangkan jumlah kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital.

Kesan-kesan Yang Boleh Diterima Jika Si Kecil Tak Diberikan Vaksin.

#1: Berisiko dijangkiti penyakit bergejala yang menyebabkan kematian.

Jika kanak-kanak yang tidak menerima imunisasi lengkap tepat pada masanya, mereka akan terdedah kepada pelbagai penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin seperti hepatitis, batuk kering, batuk kokol, dan difteria1.

Tambahan pula, kanak-kanak juga mudah terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan lain; contohnya dijangkiti demam campak, komplikasi seperti cirit-birit, radang paru-paru, buta dan kekurangan zat makanan.

Menurut data kajian daripada Pusat Kawalan Berjangkit Amerika Syarikat (CDC), kebanyakkan kanak-kanak yang tidak divaksin, lebih cenderung untuk dijangkiti penyakit yang menyebabkan kematian.

#2: Ahli keluarga lain pun boleh dijangkiti dengan mudah.

Adakah anda mengenali orang lain di sekeliling kanak-kanak yang sakit dan tidak diberi imunisasi dan berisiko dijangkiti penyakit?

Apabila anda sakit, anak-anak, cucu dan ibu bapa anda mungkin juga berisiko.

Orang dewasa adalah sumber jangkitan pertusis (batuk kokol) yang paling biasa pada bayi, dan boleh membawa maut kepada bayi. Apabila anak anda mendapat vaksin, anda melindungi diri anda dan keluarga anda, serta mereka dalam komuniti anda yang mungkin tidak dapat divaksinasi.

Orang dewasa juga boleh dijangkiti dan mengalami gejala ringan dengan komplikasi yang membawa maut; contohnya, wanita hamil yang dijangkiti virus rubella berisiko tinggi untuk melahirkan anak dengan pelbagai gangguan yang dikenali sebagai sindrom rubella kongenital (CRS). Wanita hamil yang dijangkiti virus campak berisiko mengalami keguguran.

#3: Anda mungkin menyumbang kepada wabak penyakit dalam masyarakat.

Kes penyakit berjangkit dalam kalangan kumpulan yang terdedah boleh membawa kepada wabak komuniti yang lebih luas2. Itulah sebabnya kerajaan masih memberi vaksin polio kepada kanak-kanak. Apabila lebih ramai kanak-kanak terlepas vaksinasi mereka, penyakit yang telah merosot selama bertahun-tahun tiba-tiba boleh merebak semula.

Anda boleh membaca buku panduan ibu bapa ini dari CDC, Amerika Syarikat DI SINI.

#4: Anda perlu menanggung kos rawatan untuk penyakit dan komplikasinya.

Penyakit bukan sahaja memberi kesan langsung kepada individu dan keluarga mereka tetapi juga membawa tanda harga yang tinggi untuk masyarakat secara keseluruhan. Ia memerlukan rawatan yang mahal dan memakan masa.

Sebagai contoh, difteria memerlukan rawatan segera di hospital yang mempunyai kapasiti untuk merawat penyakit ini dan komplikasinya. Pesakit diletakkan di dalam bilik pengasingan dan memerlukan ubat khas.

Purata penyakit demam campak boleh bertahan sehingga 15 hari, biasanya dengan lima atau enam hari terlepas kerja atau sekolah. Orang dewasa yang mengalami hepatitis akan kehilangan purata satu bulan kerja. Dalam kes bayi yang dilahirkan dengan CRS, mereka memerlukan rawatan sepanjang hayat dan bantuan perubatan dan terapi kos tinggi.

#5: Penurunan kualiti hidup.

Penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin boleh menyebabkan hilang upaya sepanjang hayat, contohnya, demam campak boleh menyebabkan buta. Lumpuh adalah simptom paling teruk yang dikaitkan dengan polio kerana ia boleh menyebabkan hilang upaya kekal dan kematian.

Jadi, parents tolong fikir sebaiknya apa perlu anda lakukan untuk melindungi anak-anak ya.

Kesimpulannya, ibu bapa bertanggungjawab ke atas kesihatan dan kesejahteraan anak-anak mereka termasuk memberi mereka vaksin terhadap penyakit berbahaya.

Semoga artikel ini memberikan manfaat buat para ibu bapa di luar sana.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Baca juga: 

12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!