Malaysia Jalin Kerjasama Untuk Hasilkan Vaksin Covid-19, Ini Berita Gembira Buat Rakyat!
Pakar Rusia dan Malaysia dilaporkan sedia membincangkan kemungkinan meningkatkan kerjasama dalam aspek pembangunan vaksin Covid-19.
Pakar Rusia dan Malaysia dilaporkan sedia membincangkan kemungkinan meningkatkan kerjasama dalam aspek pembangunan vaksin Covid-19.
Mungkin ini berita gembira yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia berhubung virus yang meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia itu.
Adakah Malaysia semakin menghampiri untuk memilikinya?
Vaksin Covid-19 : Adakah Malaysia semakin hampir memilikinya?
Menurut laporan sebuah portal berita tempatan, pakar Rusia dan Malaysia sedia membincangkan kemungkinan untuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan vaksin Covid-19.
Kenyataan itu berdasarkan temubual bersama Duta Rusia ke Malaysia, Naiyl Latypov.
Katanya, Kremlin ingin mengadakan persidangan video dua hala bagi tujuan itu.
“Saya harap ia boleh dilakukan minggu depan, kami sedang menunggu respon dari Malaysia,” katanya.
Malaysia kerjasama dengan 6 negara cari vaksin
April lalu, dilaporkan enam negara bersetuju bekerjasama dengan Malaysia dalam aspek pembangunan vaksin dan perubatan merawat pesakit Covid-19.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia merekodkan 70 vaksin Covid-19 sedang dibangunkan.
Yang mana lima entiti berada pada fasa penilaian klinikal serta terdapat negara berkongsi kepakaran pengeluaran perubatan yang boleh diguna pakai untuk merawat Covid-19 seperti Hydroxychloroquine (HCQ) dan anti malaria.
Eropah mungkin terima 400 juta vaksin jika ujian percubaan berjaya
Selain itu, turut dilaporkan AstraZeneca Plc sudah menandatangani kontrak dengan kerajaan Eropah untuk membekalkan vaksin yang berpotensi mencegah jangkitan Covid-19.
Ia adalah perjanjian tahap tertinggi AstraZeneca Plc dalam menangani pandemik koronavirus.
Kontrak berkenaan adalah berkaitan pembekalan 400 juta dos vaksin, yang dibangunkan oleh Universiti Oxford dan kini masih di fasa penilaian klinikal.
Sekiranya hasil percubaan berjaya meyakinkan pengawal selia bahawa vaksin itu selamat dan berkesan, penghantaran dijangka akan dimulakan pada akhir tahun ini.
Norma baharu perlu jadi amalan untuk putuskan rantaian
Susulan kebenaran rentas negeri dikeluarkan kerajaan bermula 10 Jun lalu, ramai yang mengambil peluang melakukan perjalanan untuk menziarahi ibu bapa di kampung halaman atau berjalan di pusat beli-belah dan tidak kurang juga yang melancong.
Jadi apa yang boleh anda lakukan bagi terus memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 kerana kita tahu ia tidak pernah ‘melupakan’ kita.
#1. Sentiasa amalkan kebersihan
Pastikan menjaga kebersihan menjadi amalan. Kementerian Kesihatan sentiasa mengingatkan supaya kerap membasuh tangan dengan sabun dan air atau menggunakan hand sanitiser.
Elakkan juga menyentuh mata, hidung dan mulut selepas bersentuhan dengan sebarang permukaan, dan tutup mulut apabila batuk dan bersin (dan kemudian basuh tangan).
Terus mandi apabila balik ke rumah selepas melakukan urusan di luar. Selain itu, walaupun disahkan bahawa setakat ini tiada laporan jangkitan Covid-19 disebarkan melalui makanan namun kebersihan dalam pengendalian makanan perlu berada di tahap tertinggi.
#2. Amalkan jarak sosial
Jarak sosial bukan lagi sesuatu yang pelik. Semakin ramai orang yang anda jumpa dan bersentuhan, lebih banyak kemungkinan untuk terdedah kepada jangkitan.
Untuk mengurangkan risiko, pastikan berada dijarak sekurang-kurangnya 1-meter dari mana-mana individu yang batuk atau bersin.
#3. Pakai topeng muka apabila berada di tempat awam
Anggap saja topeng muka kini aksesori penting apabila ke mana-mana. Pemakaian topeng muka mampu menghindarkan diri daripada terdedah kepada jangkitan sekiranya ada orang yang bersin atau batuk di sekitar anda. Mudah bukan? Ia kini boleh diperolehi di mana-mana dan dalam pelbagai saiz.
Jadi tiada alasan untuk tidak memakainya!
#4. Sentiasa ikuti perkembangan terkini berhubung Covid-19
Ia bagi memastikan anda sentiasa ada maklumat terkini tentang apa saja berkaitan Covid-19. Mana tahu kawasan yang dilawati mungkin termasuk dalam kluster yang terlibat!
#5. Sentiasa berwaspada
Bak kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kita perlu jaga kita, jaga keluarga kita, jaga masyarakat kita dan jaga negara kita. Jadi sentiasa berwaspada jaga anak, keluarga dan ibu bapa terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas supaya mereka terhindar daripada jangkitan.
Sumber: freemalaysiatoday, theedgemarkets, thestar
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia