Video Viral Anak Comel Menjawab Ketika Dimarahi Bapa

Video anak comel ini yang sedang dimarahi ayahnya kerana bermain dengan gunting telah viral sejak ia dimuat naik petang semalam.

Video anak comel ini yang sedang dimarahi ayahnya kerana bermain dengan gunting telah viral sejak ia dimuat naik petang semalam. Karenah si comel ini telah mencuit hati lebih daripada sejuta pengguna Facebook dengan jawapan spontannya.

Dalam video tersebut, bapa yang bimbang dengan keselamatan anaknya, telah menegur dan mengingatkan kanak-kanak itu supaya jangan bermain dengan benda-benda yang tajam. Setelah dimarahi, anak kecil itu yang takut itu cuba untuk menyalahkan abangnya pula.

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=CZnpYNWuenE

(Abang) “Kaden”

Bapa: Siapa yang buat ni?

Anak: Kaden!

Bapa: Kaden?! Dia gunting rambut?

Anak: Ah..gunting kat rambut

Bapa: Betul?

Anak: Ha, betul!

Bapa: Tak tipu!?

Anak: Tak tipu!

Rotan boleh tak?

video anak comel

Bapa tersebut pun bertanya patut dirotan ke tidak. Tanpa memikir dengan panjang kanak-kanak itu bersetuju patut dirotan. Tetapi apabila di tanya siapa yang patut dirotan, kanak-kanak itu jual nama abangnya sekali lagi. Lucu betul, sehingga bapa pun tidak dapat mengekalkan wajah yang serius.

Video anak comel buat kenangan

Video-video macam ini memang wajar dirakamkan buat kenang-kenangan. Dalam zaman digital ini, hampir setiap orang mempunyai telefon bimbit yang dilengkapkan dengan kamera dan fungsi video.

Sudah cukup teruk ibu bapa hari ini seringkali mementingkan telefon bimbit dan media social sahaja sedangkan tumpuan harus diberikan kepada anak mereka. 

Kanak-kanak membesar dengan begitu pantas. Kadang-kadang tanpa disedari, zaman kanak-kanak mereka berlalu dalam sekelip mata dan anda akan tertanya-tanya mana kenangan yang terlepas? Jangan salahkan telefon bimbit pula, itukan alat sahaja.

Tetapi bagaimana kalau kita dapat menggunakan telefon dengan cara yang positif? Jangan asyik main telefon bimbit je, sebaliknya alihkan tumpuan anda kepada keluarga dan gunakan telefon bimbit untuk merakam semua kenangan anda. 

video anak comel

sumber: © Masterfile

Senyuman pertama bayi, kali pertama anak berdiri, langkah pertama anak sebelum dia berjalan dan kemudiannya berlari. Muka tidur mulut ternganga, tangan kecil yang membelai muka ibu, muka dengan senyuman luas kerana bapa balik dari kerja.

Ia hanya mengambil masa yang singkat untuk merakam satu kenangan. tetapi saat ia berlalu, ia hilang selama-lamanya. Walaupun sibuk gila, berhentilah untuk sektika dan lihat di sekeliling kamu. Saya yakin pasti ada saat-saat dengan anak dan keluarga yang patut dihargai dan diingati.

Video Oleh: Norhayati Ismail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Comel & Bijak Sebenarnya Ikut Genetik Ibu @ Ayah? Ini Jawapan Yang Sebenar!

Baca juga: Rakaman Video Bayi Comel Gembira Dilepaskan dari Bedung

Baca juga: 8 Bukti Bayi Anda Lebih Bijak Dari Apa Yang Anda Sangka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!