Kajian: Jika Wajah Bayi Mirip Bapa, Dia Lebih Sihat dan Jarang Jatuh Sakit!

Kajian menunjukkan wajah bayi yang mirip bapanya akan lebiih sihat berbanding bayi lain. Sejauh manakah kebenarannya dan mengapa ia berlaku?

Wajah bayi antara yang sering menjadi topik perbualan apabila ada orang datang melawat keluarga baru. Wajah bayi akan dibandingkan sama ada lebih menyerupai ibu, bapa atau ahli keluarga yang lain.

Ada yang kata jika wajah anak perempuan menyerupai bapanya, hubungan mereka akan sejuk. Yang mana ia bermaksud hubungan mereka akan sentiasa baik. 

Biasanya ada yang kata anak perempuan pertama wajahnya akan lebih mirip kepada bapanya disebabkan itu anak perempuan pertama akan rapat dengan bapa. 

Baca juga: KAJIAN: Anak Yang Ada Hubungan Baik Dengan Bapa Kurang Bermasalah Tingkah Laku

Wajah bayi mirip bapa lebih sihat, jarang jumpa doktor!

Wajah bayi

Menurut artikel yang dilaporkan dalam Men’s Corner, ada kebarangkalian perkaitan anda tahap kesihatan bayi dengan persamaan raut wajah antara ibu bapa mereka.

Kajian penyelidik daripada Binghamton University dan Southern Illinois University, yang memfokuskan kepada 715 keluarga yang mana bayi hanya tinggal dengan ibu mereka.

Kajian menunjukkan, anak lelaki atau perempuan yang mempunyai wajah mirip bapa kurang menghidap asma. Mereka juga kurang berjumpa dengan doktor kerana jarang sakit!

Selain itu, bagi pasangan yang sudah tidak tinggal bersama, kajian menunjukkan jika anak mereka mempunyai wajah mirip bapanya, bapanya akan lebih kerap untuk berjumpa dan ziarah anaknya. Ia berlaku secara spontan dan menurut kajian ia mungkin kerana gene bapa itu lebih banyak pada anaknya. 

Bapa main peranan penting dalam perkembangan emosi anak

Wajah bayi

Bapa memainkan peranan yang amat penting dalam membesarkan anak dan ia berkait rapat dengan kesihatan anak kecil. 

Kajian ini sekaligus menunjukkan pentingnya peranan bapa dalam perkembangan emosi anak yang sekaligus akan memberi kesan kepada kesihatan mereka. 

Beberapa penyelidikan awal turut menguatkan lagi kenyataan ini yang mana pengkaji mendapati bahawa golongan ayah mudah tertarik dengan kanak-kanak yang memiliki wajah seiras dengan mereka, dan secara tidak langsung meluangkan lebih banyak masa dengan mereka.

Jadi ia menunjukkan pentingnya keseimbangan peranan ibu dan bapa walaupun masing-masing sudah tidak sehaluan dan tinggal bersama. Kerjasama antara kedua-dua ibu bapa dengan memainkan peranan masing-masing memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan anak-anak. 

Pentingnya peranan ibu bapa dalam bentuk emosi anak

Wajah bayi

Anak memberontak, cepat marah atau kerap meragam! Situasi itu pastinya membuatkan ibu bapa tertekan dan buntu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasinya apatah lagi jika si kecil buat perangai di rumah orang atau di tempat awam.

Hakikatnya, situasi itu bukan sahaja dipengaruhi faktor fizikal mahupun kesihatan si anak, namun pada masa sama ia turut berkait rapat dengan perkembangan emosi mereka.

Faktor kekurangan masa ibu bapa untuk diluangkan bersama anak-anak kerana tuntutan kerja di rumah mahupun di pejabat pastinya merumitkan lagi keadaan emosi si kecil tersayang.

Menurut, Pakar Psikoterapi Klinikal & Pengetua Akademi Keibubapaan Asia, Ko Teik Yen kebanyakan ibu bapa tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan memenuhi keperluan peribadi mereka sendiri.

Faktor kesibukan dalam menguruskan anak di samping tuntutan tugas di pejabat menjadikan kebanyakan ibu bapa sering kali mengabaikan diri sendiri serta individu di sekelilingnya.

Situasi itu bukan sahaja mengganggu emosi kedua-dua ibu bapa malah ia juga mengakibatkan anak terpaksa dihantar ke kelas tambahan atau kem tertentu bagi memastikan masa mereka terisi.

Keadaan ini dalam jangka masa panjangnya boleh menjejaskan ikatan kekeluargaan, yang mengakibatkan hubungan kekeluargaan menjadi kurang baik disebabkan anak membesar tanpa mendapat bimbingan dan dampingan ibu bapa secukupnya.

Kesihatan anak ada kaitan dengan emosi

Emosi sangat berkaitan rapat dengan sistem badan seseorang. Jadi jangan pandang remeh keadaan emosi yang stabil boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

Sebab itu amat penting untuk sentiasa memupuk emosi sihat pada kanak-kanak kerana ia akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan mereka secara keseluruhan.

Seperti orang dewasa, jika emosi tercalar biasanya mereka akan rasa tidak bermaya dan tidak bersemangat untuk berbuat sesuatu. Jadi sama juga situasinya dengan kanak-kanak. Oleh itu jagalah emosi anak anda supaya mereka sentiasa gembira!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Men’s Corner, Harian Metro

Baca juga: Ibu Boleh Kerap Beri Anak Makan Sayur Bayam, Ia Menguatkan Tulang & Cegah Masalah Kesihatan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!